Ticker

6/recent/ticker-posts

JANGAN SAMPAI TERTINGGAL FLIGHT!

Alhamdulillah, sudah selamat sampai di kampung halaman, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.  Penerbangan bersama AirAsia dari KLIA 2 ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mengambil masa lebih kurang 1 jam. Flight seawal jam 6:30 pagi, sememangnya sangat mencabar especially untuk pastikan tak tertinggal flight. Berkejaran juga lah pagi tadi. 


Untuk perkongsian kali ini, terutamanya time peak season seperti musim cuti raya macam ni, kami di Projek Travel terpanggil untuk memberi tips dan peringatan kepada semua pembaca macam mana cara untuk kita elakkan diri dari tertinggal flight. Orang kata, beringat sebelum kena. Di sini kami ringkaskan 6 aspek utama yang wajib korang titik beratkan kalau tak nak jadi mangsa tertinggal flight. Nanti tak pasal-pasal ada pula yang kena beraya di airport. 


Perlepasan Dalam Negeri


#1 Check in awal

Maksud check in awal kat sini adalah check in melalui aplikasi AirAsia ataupun lawan web. Kalau guna aplikasi boleh request e-boarding pass. Kalau check in guna website, boleh print siap-siap boarding pass. Elakkan daripada check in di airport. Bimbang takut tak sempat nak check in mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu 1 jam sebelum waktu penerbangan dan bimbang juga takut kena beratur panjang. Silap haribulan, terlepas flight! 


#2 Siap-sedia dengan contingency plan

Alternatif lain kalau tak ada boarding pass, boleh print di kiosk. Contohnya, korang dah check in di aplikasi tapi tak dapat e-boarding pass di smartphone. Tak pun, korang dah check in di website dan print boarding pass siap-siap, tapi tertinggal atau tercicir di mana-mana. Jangan panik! Jangan bazirkan masa nak pergi beratur di kaunter. Langkah paling selamat dan cepat adalah korang pergi ke kiosk AirAsia dan reprint balik boarding pass. Hanya perlu masukkan nombor booking dan pilih reprint. Settle! Semoga tips ini dapat membantu korang untuk sentiasa siap-sedia dengan contingency plan. Ingat, flight tak akan tunggu kita walau sesaat. Jadi, dalam apa jua situasi, kita kena sentiasa get ready dan bertindak pantas. 


#3 Rancang perjalanan

Kalau flight around 6:30 pagi, kena lah rancang perjalanan betul-betul. At least, kena sampai di airport 1 jam awal sebelum waktu penerbangan. Kena consider kesesakan yang akan berlaku especially time peak season, lagi-lagi musim raya.


Kalau plan nak naik bas, estimate waktu perjalanan siap-siap. Contohnya, dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)  ke KLIA 2 menaiki bas mengambil masa 1 jam perjalanan manakala menaiki ERL transit dari TBS ke KLIA 2 pula hanya mengambil masa 30 minit. Then, kena tahu trip pertama untuk ke airport start pukul berapa. Kalau ERL dari TBS, basically jam 4:45 pagi dah ada first train ke KLIA 2. Part merancang perjalanan ke airport memang kena buat betul-betul. Silap percaturan, memang tinggi risiko untul terlepas flight. So, peringatan untuk semua,  better sampai awal di airport. Elakkan rasa resah dan gelisah berkejaran ke sana sini ala-ala Bollywood style di airport.  Seriously,  amat memenatkan!


Kesesakan di kaunter check in luggage


#4 Datang lebih awal untuk check in luggage

Ini peringatan khas untuk korang yang ada luggage besar-besar dan perlu check in luggage sebelum fly. Kalau hand-carry luggage, boleh lah nak sampai awal 1 jam sebelum waktu penerbangan. Tapi, kalau dah bawa luggage berbondong-bondong dan perlu check in luggage yang melebihi saiz yang dibenarkan, memang korang wajib datang awal. Expect the long queue. Ini realiti sebenar yang berlaku hari ini sempena cuti hari raya. Sangat panjang dan pastinya memakan masa. So guys, better datang awal untuk settlekan semua urusan yang sepatutnya. Ingat, fail to plan is plan to fail. Elakkan diri daripada menjadi mangsa tertinggal flight. Beringat sebelum kena! 


Hand-carry luggage policy


#5 Pastikan hand-carry luggage tak lebih 7kg dan ikut saiz yang telah ditetapkan

Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, pastikan korang follow betul-betul luggage policy AirAsia. Sekarang, memang ketat pengawasan di pintu masuk balai perlepasan domestik mahupun antarabangsa.Setiap hand-carry luggage akan ditimbang untuk pastikan ia tidak melebihi had yang dibenarkan iaitu 7kg. Lagi satu, bagasi mestilah mengikut piawaian dimensi dan saiz yang ditetapkan. Kalau sini tak lepas, memang akan effect masa. Boleh jadi korang akan kalut dan rushing kejar masa bila kena settlekan soal luggage semua. Worst comes to worst, urusan luggage tak settle, flight dah bertolak. Korang say hi hi, dia kata bye bye. So, better follow the rules!


Kesesakan sempena musim cuti raya


#6 Ambil kira kesesakan di security check dan immigration

Last but not least,  korang kena mengambil kira kesesakan yang akan kita hadap di security check. Nak beratur, nak check luggage, buang tali pinggang, wallet, jam tangan dan macam-macam lagi memang mengambil masa. Kalau flight ke luar negara, kena consider masa untuk beratur di Kaunter imigresen. The main point is, be early as possible. Kita tak tahu samaada queue panjang atau pendek. Tapi percayalah! Kalau musim raya macam ni, memang kena datang awal sebab queue sumpah panjang. Tengok pun dah nervous!


Inilah 6 aspek penting yang wajib korang titik beratkan kalau nak elakkan dari tertinggal flight especially musim cuti raya atau peak season. Semoga bermanfaat! Kami di Projek Travel mengucapkan selamat hari raya dan semoga anda semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. 


Maaf Zahir & Batin

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Hahaha saya pernah miss flight jamam study dulu
    ..lucu pula bila ingat balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya hampir tertinggal flight. Paling teruk, duduk je sesaat, pintu flight pun tertutup. Fuh, lega. Keluar habis peluh jantan buat berlari di airport.

      Lepas kejadian tu, memang dah serik, hahaha

      Padam