LAFAZ NIAT PUASA YANG LENGKAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Projek Travel, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Hari ini, 27 May 2017 , bersamaan 1 Ramadan dimana semua umat islam memulakan ibadat puasa selama sebulan.








Saya percaya, ramai diantara kita yang tahu apa makna nya erti puasa. Buat yang dah tahu atau tidak tahu, sekali lagi saya sertakan apa maksud puasa 

Puasa Ramadan

Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri terhadap sesuatu. Dari segi istilah lain bermaksud menahan diri dari melakukan hal yang membatalkan puasa yang dimulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari yang di sertakan dengan niat. Puasa juga merupakan salah satu Rukun Islam ke 4 yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Muslim pada bulan Ramadan. 


Puasa pada bulan Ramadan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 90km atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.


Puasa menurut Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 pecahan : 

  1. Puasanya orang biasa (shaum al-'umum): menahan diri dari hal yang membatalkan puasa seperti makan dan minum. 
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', yaitu tidak terlalu memikirkan hal keduniaan.  

Firman Allah swt dalam al quran :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 


Artinya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)



Hukum Berpuasa


Berpuasa pada bulan ramadan merupakan salah satu daripada Rukun Islam ke 4. Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar. 

Rukun Puasa

Niat
a) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :  


نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى  
Ertinya : Sengaja aku puasa besok hari dalam menunaikan fardhu Ramadan tahun ini kerana Allah swt. 


b)Menahan diri daripada makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


Syarat Wajib Puasa

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  •  SIhat/ Mampu berpuasa / berupaya
  • Bermukim
Perkara  yang membatalkan puasa

  • Makan atau minum dengan sengaja
  •  Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh pada siang hari
  • Keluar mani dengan sengaja
  •  Keluar darah haid
  • Nifas atau wiladah
  • Gila
  • pengsan sepanjang hari
  • Murtad
Adap Berpuasa
  • Membaca Al-Quran
  • Bersedekah
  • Melewatkan bersahur
  • Menyegerakan berbuka
  • Membaca doa ketika berbuka
  • Mula berbuka dengan buah atau makanan manis
  • Mendirikan solat sunat tarawih
Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah berfirman: Semua amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya. Puasa adalah perisai. Apabila suatu hari salah seorang dari kalian sedang berpuasa maka janganlah dia mengucapkan kata-kata kotor ataupun berteriak-teriak. Apabila ada orang yang mencaci-maki dirinya atau memeranginya maka ucapkanlah; Aku sedang puasa, Demi tuhan yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada harum kasturi. 

Seorang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan; ketika berbuka puasa maka dia merasa senang, dan ketika berjumpa dengan Rabbnya maka dia pun merasa senang dengan puasanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Ringkasan dari kitab Shifat Shaum Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada Ramadhan karya Syaikh Salim bin Ied al-Hilali dan Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid.


kredit :  Sujasmir Hamid


Selamat berpuasa semua! Semoga segala amalan kita pada tahun ini lebih bermakna hendaknya 

Catat Ulasan

0 Ulasan


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com