Ticker

6/recent/ticker-posts

PEMINAT KEK JOM SINGGAH GULA PETITE DAN GULA CAKERY

Peminat Kek Jom Singgah Gula Petite Dan Gula Cakery | Jika ditanya, ada atau tidak peminat kek dari kaum lelaki? Kebiasaanya dari golongan perempuan dan dengan manisan sebegini juga mampu membuat perasaan sedih bertukar menjadi gembira. Di sini, saya ingin kongsikan di mana pelbagai pilihan aneka kek, sandwich, masakan panas, minuman sejuk dan panas turut disediakan. Untuk pengetahuan pembaca Projek Travel, Gula Cakery dan Gula Petite mempunyai peminat yang tersendiri. Baru-baru ini juga, Gula Cakery telah membuka cawangan keduanya iaitu di IOI City Mall, Putrajaya yang diberi nama Gula Petite oleh pemiliknya, Nor Arieni Adriena Binti Mohd Ritzal yang telah dirasmikan oleh Dato' Husni Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU.

Jika ada yang tidak tahu lagi, cawangan pertama berada di lokasi Kota Kemuning di mana, di sana kalian boleh mencuba menu panas seperti Nasi Tomato, Creamy Carbonara dan Grilled Chicken Chop. Cara dan resepi memasak mungkin berlainan dari restoran-restoran lain dan adalah sangat wajib untuk anda semua mencuba menu panas di Gula Cakery, Kota Kemuning. Bukan itu sahaja, Gula Cakery turut menyediakan Kelas Bakeri kepada kanak-kanak bermula usia 2 tahun dan dewasa dengan harga yang sangat berpatutan.

PEMINAT KEK JOM SINGGAH GULA PETITE DAN GULA CAKERY
Pilihan Aneka Kek Di Gula Petite dan Gula Cakery

10 Perkara Yang Menarik Berkenaan Gula Cakeri dan Gula Petite:-
  1. Menyediakan 13 jenis kek setiap hari.
  2. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi-baloi.
  3. Rasa? Sudah tentu sedap dan saya telah mencubanya sendiri.
  4. Kek Gula Pandan Melaka menjadi kesukaan kepada setiap pelanggan yang datang membeli di Gula.
  5. Setiap minggu mempunyai kelainan dari jenis kek.
  6. Cream Puff resepi Paris turut popular dan anda pun WAJIB mencuba.
  7. Brownies Vivy sangat sedap dan nama Brownies ini asalnya dari Vivy Yusof dimana Vivy sendiri pernah membeli brownies dengan Gula Cakery.
  8. Untuk pengetahuan anda semua, Gula Cakery dan Gula Petite merupakan kedai dan pemilik yang sama dan jangan pula terkejut di mana, pemilik kafe ini masih di usia muda namun beliau mempunyai kelebihan yang luar biasa.
  9. Ketika pembukaan Kafe Gula Petite, turut dilancarkan Buku Nota Resepi Istimewa yang ditulis sendiri oleh pemiliknya bersama beberapa resepi yang dikongsi kepada pembeli dengan harga RM85.
  10. Lokasi betul-betul di hadapan ice skating.
PEMINAT KEK JOM SINGGAH GULA PETITE DAN GULA CAKERY
Cream Puff resepi dari Paris

PEMINAT KEK JOM SINGGAH GULA PETITE DAN GULA CAKERY
Kek Gula Pandan Melaka

Kek Gula Pandan Melaka
ini merupakan salah satu kek yang sangat popular dan pengambilan tempahan yang paling laris dek rasa dia yang sedap. Nak cuba? Jom ke Kota Kemuning atau IOI City Mall. Semoga anda semua gembira dan tidak rasa menyesal langsung untuk membeli akan datang.

Catat Ulasan

0 Ulasan