Ticker

6/recent/ticker-posts

MENCARI TEMPAT MAKAN DENGAN APLIKASI JALAN JALAN CARI MAKAN

MENCARI TEMPAT MAKAN DENGAN APLIKASI JALAN JALAN CARI MAKAN (JJCM) | Satu aplikasi yang diberi nama Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) telah dilancarkan secara rasmi dengan menampilkan beberapa fungsi baru yang pastinya akan memudahkan lagi para pecinta makanan berkongsi atau mencari tempat makan. Aplikasi ini diilhamkan daripada program kembara makanan yang popular di TV3 iaitu Jalan Jalan Cari Makan

Mencari Tempat Makan Dengan Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan
Mencari Tempat Makan Dengan Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan

FUNGSI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM)


Sebenarnya Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) telah pun mula menemui pengguna pada akhir 2015 dan mencatat lebih 250 ribu muat turun. Namun atas beberapa faktor, aplikasi ini telah diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna. Dengan tranformasi 360 darjah, aplikasi ini tampak lebih segar dengan wajah baru. Berikut adalah antara fungsi yang terdapat pada aplikasi JJCM ni :

Mencari Tempat Makan Dengan Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan
Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan

Mencari Tempat Makan Dengan Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan
Fungsi carian berdekatan

1. Fungsi carian berdekatan membolehkan pengguna melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS mereka. Contoh jika berada di Kuala Lumpur, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada di Kuala Lumpur.

Mencari Tempat Makan Dengan Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan
Fungsi comment

2. Setiap pengguna yan mendaftar akaun mereka di aplikasi ini boleh memuat naik sebarang komen dan ulasan mengenai tempat makan yang mereka kunjungi. Pengguna juga boleh memberi cadangan jika ada lokasi tempat makan yang menarik dan pasukan editorial aplikasi JJCM akan pergi ke lokasi tersebut.

Mencari Tempat Makan Dengan Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan
Tawaran Offpeak

3. Tawaran diskaun dan potongan hebat restoran dan tempat makan seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak. Pengguna aplikasi JJCM boleh mendapat diskaun sehingga 70% bagi restoran yang terpilih menerusi paparan "Offpeak Deals" yang sentiasa dikemaskini setiap hari.

Mencari Tempat Makan Dengan Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan
Fungsi tempahan awal

4. Aplikasi JJCM menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak. Dengan hanya beberapa langkah mudah, pengguna aplikasi JJCM tidak perlu beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran mereka.


CARA MEMBUAT TEMPAHAN RESTORAN MELALUI APLIKASI JJCM


Mencari Tempat Makan Dengan Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan
Cara buat tempahan

Langkah 1 : pilih restoran yang berkenan di hati
Langkah 2 : Masukkan nombor telefon bimbit, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung
Langkah 3 : Pengguna akan menerima pengesahan melalui email

Segalanya lebih mudah menggunakan aplikasi JJCM. Tambahan pula pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan untuk fungsi ini. Hanya perlu bayar harga makanan sahaja, tiada caj tambahan

Mencari Tempat Makan Dengan Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan
Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)

Dengan adanya aplikasi seperti Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ini, sedikit sebanyak dapat membantu pengguna untuk mencari tempat makan bila mereka berhadapan dengan kepayahan membuat keputusan untuk makan di mana. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Link di bawah :

Google Play: bit.ly/JJCMAndroid
App Store: bit.ly/JJCMApple



Catat Ulasan

0 Ulasan