Ticker

6/recent/ticker-posts

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR LOKASI PATUT DILAWATI

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
Kredit gambar: https://commons.wikimedia.org

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR LOKASI PATUT DILAWATI |
Bagi korang yang menggemari hasil kraf, admin cadangkan korang datang ke Kompleks Kraf, Jalan Conley Kuala Lumpur kerana disana admin yakin korang pasti akan teruja. Ini adalah kali pertama admin sampai kesini.

Tempoh hari admin berpeluang untuk jalan-jalan disekitar Kompleks Kraf atas jemputan pihak portal beli belah atas talian iaitu www.ROOPAWAN.com. Dah alang-alang memenuhi jemputan tu, admin sempat mencuci mata. Rupanya banyak yang admin tidak tahu apa yang menariknya di Kompleks Kraf ini. 

Kompleks Kraf Kuala Lumpur menawarkan produk pelancongan seni kraf untuk pengunjung tempatan dan luar negeri. Bangunan kompleks yang bercirikan seni bina Melayu Terengganu menghimpunkan produk–produk kraf tangan tradisi mahupun moden kontemporari dari seluruh negara. Haaa menarik bukan?!

Mengetengahkan panorama desa dengan landskap yang berkonsepkan Malaysiana yang membezakan Kompleks Kraf dengan gedung beli- belah berprestij di sekitar Kuala Lumpur. Apa yang admin difahamkan mereka mengenengahkan tiga konsep iaitu pendidikan, pemasaran dan pembudayaan. Kiranya bila korang mengunjungi Kompleks Kraf, korang menerokai kehidupan masyarakat Malaysia.

JUALAN KRAF ASLI MALAYSIA 

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
Kredit foto: https://attractionsinkualalumpur.blogspot.my

Kompleks Kraf Kuala Lumpur menawarkan kepelbagaian produk asli sebagai cenderahati, hiasan dalaman, perhiasan diri, fesyen tekstil terkini, produk hiasan laman dan taman mahupun kegunaan harian.

Keunikan produk-produk cenderahati ini boleh didapati di Kedai Karyaneka Cenderamata dan SDSI CraftShoppe. Kedai Karyaneka Korporat pula menawarkan produk-produk cenderamata korporat daripada logam perak, tembaga, piuter, kayu dan kristal.

Peminat-peminat fesyen terkini pula boleh memperoleh batik, tenunan dan songket boleh di Karyaneka Kraf Butik. Produk-produk khas yang mempunyai konsep dan bertema dengan pengekalan elemen tradisi kontemporari direka khas oleh pereka-pereka dalaman dipamerkan khas untuk jualan dilobi Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan dikenali dengan jenama PREKA.

RUANGAN DEWAN BERSENI UKIRAN

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Kompleks Kraf juga menyediakan kemudahan-kemudahan komuniti dan sosial yang boleh disewa oleh syarikat-syarikat swasta, agensi kerajaan serta orang perseorangan bagi aktiviti perkahwinan, acara korporat, jamuan makan, majlis perasmian, seminar dan aktiviti-aktiviti riadah.

Laman Wau – ruang berukiran moden dan tradisional yang dilengkapi dengan tata rias dan pencahayaan, kemudahan sistem bunyi dan LED skrin sesuai untuk aktiviti berskala kecil dan santai. Boleh memuatkan seramai 100 hingga 150 orang. Tempoh hari semasa majlis anjuran ROOPAWAN, dewan ini digunakan sebagai ruangan untuk pertunjukan fesyen sempena hari raya nanti. Memang cantik ukiran disini.

ELEMEN PENDIDIKAN DIDALAM KRAF

Kredit foto: https://attractionsinkualalumpur.blogspot.my

Keunikan apa bila berada di Kompleks Kraf Kuala Lumpur terletak pada aktiviti disini. Korang boleh merasai sendiri pengalaman menghasilkan produk kraf di Perkampungan Kraf dalam seni pembuatan batik, beg, ukiran kayu, seramik, logam, piuter dan penghasilan aksesori perhiasan diri.

Apabila korang berkunjung di perkampungan pelukis, korang akan menyaksikan karyawan seni memperagakan hasil seni berimej Malaysia dari pelbagai medium, gaya dan bentuk yang diterjemahkan melalui kanvas, teknik catan mahupun potret memberikan satu santapan jiwa yang menarik. Pengunjung boleh berinteraksi serta menyaksikan karyawan seni meluahkan idea dan ilham serta mempelajari seni catan.

-------------------

Jadi apa tunggu lagi untuk cuba korang datang ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sebab bila disana korang bagai berada disebuah perkampungan melayu yang sangat cantik dan sangat asli. Selain itu, pelbagai aktiviti dan lokasi cantik yang boleh korang jadikan sebagai kenangan. 



Catat Ulasan

0 Ulasan