Hotel Royal Kuala Lumpur akan mengadakan Promosi bulan Ramadan bertemakan Citarasa Pantai Timur dari 28hb Mei-23hb Jun 2017 di Makan-makan Coffee House, Tingkat M dari pukul 6.30pm - 10.00 pm sepanjang bulan dengan harga istimewa sebanyak RM85.00 nett seorang untuk juadah lazat berbuka puasa.
Berikut merupakan beberapa sajian enak yang disediakan di Buffet Ramadhan 2017 Hotel Royal Kuala Lumpur
***Nasi Kerabu, Ayani Percik, Daging Bakar,***
***Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol,***
***Daging Gulai Kawah,***
***Daging Masak Hitam,***
***Gulai Pucuk Paku***
***Ekor Sapi, Tulang Rawan***
*** Onde Onde, Taik Itik, Kuih Koci, Sira Ubi, Akok ***
Preview Ramadan Citarasa Pantai Timur telah dirasmikan oleh dua Tetamu terhormat secara serentak dengan pukulan Gong pada 26hb April 2017 pada hari Rabu di Makan-makan Coffee House. Tetamu terhormat ialah YM Tengku Puan Sri Dato' Elena Bt. Tengku Kamarulzaman dan juga Y. Bhg Tan Sri Dr. Ng Yen Yen, JP.
Chef dari Kelantan, Puan Rohani yang biasa menyediakan santapan Kerabat Diraja Kelantan telah di jemput ke Hotel Royal Kuala Lumpur untuk mengetuai kumpulan Chef hotel dalam menyediakan makanan tradisional berkonsepkan Citarasa Pantai Timur. Chef Hafif dengan krew Hotel Royal Kuala Lumpur telah membuat lawatan ke Pantai Timur untuk membawa balik rempah ratus dari sekitaran rantau berikut untuk menyajikan makanan tradisional kepada para tetamu hotel untuk berbuka puasa.
Hotel Royal Kuala Lumpur bukan sahaja mempromosikan Makanan Pantai Timur sempena bulan Ramadan yang mulia ini, malah ia juga menjalankan aktiviti amal jariah seperti mengumpul derma dan membuat sumbangan ikhlas untuk membina masjid Madrasatul Qur'an Pinang Baru untuk kanak-kanak fakir miskin di Terengganu.
Selain dari ini, Hotel Royal Kuala Lumpur akan menjalankan aktiviti kebajikan ataupun Tanggungjawab Sosial Korporat dengan Rumah Anak Yatim bersama TV3 dan syarikat rakaman indigital Recording di dalam bulan Jun di mana anak-anak yatim akan diundang ke hotel untuk berbuka puasa dan menerima sumbangan dari Hotel Royal Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Qistina Wong di talian 03-2148 6888.
0 Ulasan