Ticker

6/recent/ticker-posts

2 BUDAYA TERSEMBUNYI DI SELANGOR

2 BUDAYA TERSEMBUNYI DI SELANGOR

Siapa sedar bahawa ada banyak hal yang belum di terokai di negeri Selangor khususnya di dalam hal kebudayaannya. Siapa juga sangka di balik kepesatan negeri selangor membangun, ada beberapa hal budaya mereka yang masih terpelihara oleh sebahagian dari rakyatnya.

WAYANG KULIT JAWA

2 BUDAYA TERSEMBUNYI DI SELANGOR

Wayang kulit cukup sinonim dengan rentak budaya negeri Kelantan. Tapi untuk pengetahuan korang semua, di negeri Selangor juga mempunyai Wayang Kulit juga iaitu dikenali sebagai Wayang Kulit JawaWayang Kulit  itu sendiri di katakan berasal dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Wayang Kulit ialah bentuk watak tertentu yang dilukis dan ditebuk di atas kulit lembu dan ditampal pada kayu nipis dan panjang.

Perbezaan antara Wayang Kulit di Kelantan dengan Wayang Kulit Jawa adalah dari segi bentuk watak dan bahasa. Persembahan Wayang Kulit ini asalnya dipengaruhi oleh agama Hindu dengan mengisahkan tentang lagenda Mahabrata dan Ramayana, tetapi di Malaysia Tok Dalang berkisahan mengenai kehidupan masyarakat dan isu semasa yang kadang-kala lucu yang lebih bersesuaian dengan bangsa Melayu Jawa dan agama Islam.

Setiap watak digerakkan dibelakang skrin putih oleh Tok Dalang sambil bercerita dengan suara yang diubah-ubah mengikut watak yang dilakonkannya sambil diiringi muzik gamelan. Penonton akan duduk menghadap skrin putih dan akan melihat bayang yang bergerak-gerak sambil mendengar cerita Tok Dalang.

Seni Budaya Warisan Gamelan & Wayang Kulit
Balai Seni Simpang 4
Kg Parit 11, Pasir Panjang
45400 Sekinchan
Selangor

KUDA KEPANG & BARONGAN

2 BUDAYA TERSEMBUNYI DI SELANGOR

Ramai di antara kita beranggapan bahawa "Kuda Kepang" yang popular di kalangan masyarakat Melayu Jawa hanya terdapat di negeri Johor. Anggapan itu sebenarnya silap kerana, kita harus sedar bahawa masyarakat Melayu Jawa juga ada terdapat di beberapa daerah negeri selangor seperti Tanjung Karang, Sabak Bernam, Sepang, Banting (Kuala Langat) dan Kuala Selangor (Noriah Mohamed, 2001:147)

"Kuda Kepang"  berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorak warnakan untuk menjadikan ia lebih menarik.

Lazimnya satu kumpulan "Kuda Kepang"  mempunyai 10 hingga 15 orang penari. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua (dayang). Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan.

Tarian "Kuda Kepang" ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Walau bagaimanapun, terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian kuda kepang ini.

Persatuan Seni Budaya Warisan Kuda Kepang
Homestay Kampung Haji Dorani
Sungai Besar, Selangor.

Program Rentak Selangor ini di adakan hasil kerjasama Majalah Gaya Travel dan Selangor Youth Generation Development, Sports, Cultural and Entrepreneurship Development (UPEN).

2 BUDAYA TERSEMBUNYI DI SELANGOR

Rujukan :

Noriah Mohamed. (2001). Jawa Di Balik Tabir. Bangi: Penerbit UKM. ( 42 PL 5161.N67 n.5)

Catat Ulasan

0 Ulasan