Ticker

6/recent/ticker-posts

TAPIR HAIWAN TERLINDUNG | SUNGAI DUSUN WILDLIFE RESERVE


Perjalanan kami ke Hulu Selangor telah membawa kami ke suatu tempat yang cukup menarik iaitu ke Sungai Dusun Wildlife Reserve yang mana ianya terletak di Kuala Kubu Baru Daerah Hulu Selangor. Untuk pengetahuan korang, Sungai Dusun Wildlife Reserve ini adalah tempat dimana berlakunya kebanyakan aspek pemuliharaan haiwan-haiwan terancam di Malaysia khususnya. 

Sungai Dusun Wildlife Reserve ada menyediakan kemudahan platform pemerhatian untuk memudahkan penyelidik untuk menjalankan kajian tingkah laku haiwan tanpa mengganggu haiwan tersebut. Tambahan pula, di Sungai Dusun Wildlife Reserve ada terdapat dua habitat semula jadi berpagar, di mana kandang ini digunakan untuk kajian ekologi tingkah laku di bawah keadaan separa semula jadi seolah habitat haiwan asal.


Sungai Dusun Wildlife Reserve juga merupakan salah satu tempat di mana berlakunya aktiviti pemuliharaan haiwan yang hampir pupus iaitu TAPIR*korang tau tak bahawa TAPIR ni merupakan ikon kepada Hulu Selangor. Ada beberapa ekor Tapir telah di tempatkan disini, dimana ianya datang dari beberapa tempat berlainan di sekitar negara kita Malaysia. Ada juga diantara anak Tapir dari tragedi kematian ibu dari hutan negeri Pahang.


Pusat Pemuliharaan Tapir ini diwujudkan untuk menyediakan perlindungan bagi Tapir pelarian khususnya, penjagaan Tapir baka, menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan mengenai tapir dan untuk menjadikan sebagai pusat rujukan bagi Tapir di negeri Selangor. Apapon Pusat Pemuliharaan Tapir ini tidak dibuka kepada tontonan umum kerana atas sebab-sebab tertentu.


Selain dari kewujudan spesis Tapir, disini juga ada mempunyai Crocodile Farm yang mana ianya dijaga dalam habitat asal yang berpagar.

Kredit Foto : Akugraphy

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Eat.Travel.Write Selangor 3.0 - Selangor International Culinary Adventure, iaitu lawatan media yang diadakan pada 21 hingga 24 April 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) sempena mempromosikan Negeri Selangor.


Catat Ulasan

1 Ulasan