Kali ni seorang Sahabat PT telah berkongsi pengalaman beliau memnunaikan umrah di tanah suci Mekah. Jom kita baca, Insyallah satu hari nanti peluang untuk kita pula ke sana. Aamiin.
KOTA KINABALU, 15 December 2015 - Mungkin ini adalah rezeki YI dan keluarga dapat mengerjaka ibadah Umrah pada tahun ini dibawah pimpinan Nur Multazam Travel & Services Sdn Bhd, sebuah syarikat travel yang dimilik 100% oleh bumiputra Sabah. Umrah kali ini akan mengambil masa 12 hari 10 malam dari 15 - 26 December 2015 melalui Dubai dengan harga RM 6 900 seorang.
Pada hari keberangkatan, ramai saudara mara turut menghantar sampai ke Kota Kinabalu International Airport, YI dan 10 lagi ahli keluraga lain merupakan jemaah umrah kali ni. Dalam jam 2 petang kami diberi taklimat terakhir dan cara-cara solat didalam pesawat oleh Haji Alak selaku ketua rombongan umrah kali ini seramai 48 orang jemaah. Sebelum masuk keruangan menunggu kami diberi masa untuk mengabiskan masa bersama ahli keluarga yang lain.
Disetiap kali penerbagan Nur Multazam Travel & Services Sdn Bhd memilih Royal Brunei Airline menjadi Airline rasmi untuk setiap kali umrah. Kami perlepas dari Kota Kinabalu International Airport pada 5.35 petang dengan number pesawat BI 826 ke Brunei International Airport yang hanya mengambil masa 40 minit penerbangan, kami tiba di Bandar Seri Begawan pada 6.15 petang, disini kami mempunyai masa 2 jam dan 20 minit sebelum meneruskan perjalan kami ke Dubai.
Pada jam 8.25pm kami meneruskan perjalan kami ke Dubai dengan number pesawat BI 97 pejalanan ke Dubai mengambil masa lebih kurang 9 jam. Terfikir jap lamayer dari KL ke KK pun YI dah tak tahan bosan ni pulak 9 jam. Masa nak masuk pesawat terpegun jap dengan pesawat Boeing Dreamliner 787 (sape peminat kapal terbang mesti tau kenapa) di tambah pulak salam dan senyuman dari akak akak pramugari yang cantik molek bertudung terus lupa pasal pejalanan 9 jam.
Kami tiba di Dubai International Airport jam 1.30 pagi waktu Dubai. Ehh? "mana sampai 9 jam, 5 jam je la! Dik! beza waktu Malaysia dengan Dubai 4 jam diorang lewat 4 jam dari kita ada faham". Ingat dapat balik hotel cepat rupanya kat immigration punya la panjang barisan lambat pulak tu. Dah hampir 40 minat beratur baru sampai YI yer turn, lepas dah selesai terus pergi ambik beg and tunggu yang lain kat area menunggu tunggu semua ada kami pun terus ke hotel.
Kami sampai di hotel kira-kira jam 3.30pagi perjalan dari airport ke hotel pun dah 30 minit. Nak settle bilik dah 30minit dapat masuk bilik dalam kul 4 pagi. Cantik bilik ni secantik nama hotel nie Rayan Hotel but sayang tak dapat tidur kat katil yang sedap ni sedab kul 6.30 pagi dah kena turun sarapan dan check out. Lepas tu nak teruskan perjalan ke Madinah so dapat baring baring dan tumpang mandi jer la.
Lepas check out kami meneruskan perjalanan kami ke Dubai International Airport Terminal 2 untuk meneruskan perjalanan ke Madinah dengan penerbangan FlyDubai number pesawat FZ 893 yang megambil masa 3 jam perjalanan. FlyDubai merupakan rakan penerbangan Royal Brunei yang mana penumpang yang ingin ke Madinah menerusi Dubai akan menaiki FlyDubai untuk meneruskan perjalanan.
Kami tiba di Madinah jam 2.20 petang waktu Saudi Arabia. Setalah selesai immigration kami disambut oleh Puan Pegarah Nur Multazam sendiri iaitu Hajjah Yatie dan Mutawif Haji Abdul Basit yang berpengalaman 15 tahun menjadi mutawif. Setelah semua sudah selesai mengambil kesemua beg kami pun terus ke Kota Madinah untuk check in.
Selama kami berada di Madinah kami menginap di Hotel Madinah Al-Mubarak yang hanya 50 meter dari Masjid Nabawi. Setelah selesai check in kami pun rehatkan diri sebelum ke masjid untuk solat isyak. Selepas isyak kami pun terus ke ruang makan untuk dinner lepas dinner kami diminta untuk berkumpul di lobby hotel sebab mutawif nak ajak jalan-jalan area Masjid Nabawi. Kami jalan-jalan ke area perkuburan Al-Baqi, Quba Hijau, Masjid Abu Bakar As Siddiq, Masjid Ali Ibn Abi Talin, Masjid Ghamama dan Pasar kurma.
Hari Kedua di Madinah kami dibawa ke Masjid Quba untuk solat sunat di sana, selesai solat kami terus menuju Kilang Al-Quran, disana hanya kaum adam sahaja yang dibenarkan masuk dan setiap kaum Adam di Hadiahkan senaskah Al-Quran sebagai buah tangan dari Raja Arab Saudi. Di sebabkan kebun kurma tutup kami tidak berkesempatan untuk memetik buah kurma segar. Kami terus ke Bukit Uhud untuk melawat perkuburan pejuang pejuang Perang Badar. Setelah selesai lawatan kami pun terus balik ke hotel dan terus siapkan diri untuk ke Masjid Nabawi.
Hari ketiga free and easy dan Solat Jumaat. Kami mengambik peluang untuk shopping setelah selesai solat jumaat, disini setiap kali waktu solat banyak peniaga akan berniaga di kaki lima dan harganya tersangat la murah. Kalau pandai tawar menawar lagi bagus sebab bukan semua peniaga akan bagi murah, jangan risau peniaga kat sini reti berbahasa melayu. Apa lagi memborong la makcik-makcik semua, YI tak terjebak YI hanya beli 4 jubah jer itu pun untuk kegunaan sepanjang umrah dan siapa kata di Madinah takde Starbucks.
Hari keempat di Madinah, merupak hari terakhir kami di Madinah sebelum kami bertolak ke Mekah, pagi tu kami sempat shopping sikit yang mana tak cukup, biasa la atok nak belikan buah tangan untuk cucu yer so teman la. Selepas waktu Zohor dan mengucapkan selamat tinggal kepada Nabi Muhammad. Kami pun terus ke Masjid Abyar Ali untuk Meeqaat yang pertama dan solat sunat. Setelah habis solat kami pun meneruskan perjalan ke Kota Mekah yang mengambil masa lebih kurang 4 jam.
Kami tiba di Kota Mekah kira jam 8 malam dan terus check in di Hotel Malak Al Taqwa 2 kira kira 300 meter dari Masjid Al-Haram. Kami dijamu makan malam sebelum membuat Umrah yang pertama. Kami memulakan perjalan ke Masjid Haram pada 10.30 malam, pertama kali melihat Kabah rasa sebak dan berasa bertuah dapat menjadi tetamu Allah SWT. Kami serombongan melakukan tawaf, saie dan selesai kira-kira satu jam sebelum solat subuh. Setelah solat subuh kami balik semua ke hotel dan sarapan.
Hari kedua di Kota Mekah, pagi tu YI hanya berehat di hotel kerana penat sangat dan bangun dari tidur setalah azan zohor. Selapas makan tengah hari YI dan adik pergi sendiri ke Masjid Haram untuk kejar waktu solat asar dalam perjalan kami sempat selfie kat menara kedua tertinggi dunia Menara Jam Mekah dengan ketinggian 601 meter dari aras jalan. Setekah seleasi solat isyak kami sempat melakukan tawaf sunat di tawaf area jejantas, habis je tawaf balik ke hotel untuk makan malam.
Hari ketiga di Kota Mekah, selepas sarapan kami berkunpul di lobby untuk ziarah luar. Untuk lawatan hari ni kami sempat ke Jabal Sor, lalu di Jabar Nor, lepas tu kami terus ke Jabal Rahmah dan berdoa di atas bukit.
Selepas habis lawatan kami terus melakukan Meeqaat untuk Umrah yang kedua. Setelah tiba di hotel kami terus ke tempat makan untuk makan tengah hari. Sesudah makan kami terus ke Masjid Haram untuk melakukan umrah yang kedua. Kami selesai tawaf dan saie sebelum isyak setelah habis isyak kami pun balik ke hotel.
Selepas habis lawatan kami terus melakukan Meeqaat untuk Umrah yang kedua. Setelah tiba di hotel kami terus ke tempat makan untuk makan tengah hari. Sesudah makan kami terus ke Masjid Haram untuk melakukan umrah yang kedua. Kami selesai tawaf dan saie sebelum isyak setelah habis isyak kami pun balik ke hotel.
Hari keempat di Kota Mekah, YI tak dapat kemana-mana sebab demam teruk, badan panas, batuk dan selsema nak bangun time tu pun tak larat. Makan ubat dan tidur jer.
Hari kelima di Kota Mekah, Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, YI dah ok sikit walupun batuk dan selsema masih ada, yang penting badan dah tak panas dan boleh bangun. selepas sarapan pagi kari kami melakukan ziarah luar ke ladang Unta dan muzium Kabah dan Masjid Nabawi.
Selepas lawatan kami terus melakukan Meeqaat untuk umrah yang ketiga. Sampai je kat Hotel kami terus ke Masjid haram untuk umrah ketiga. Kami selesai umrah yang ketiga selepas solat asar. Malam tu dalam pukul 1 pagi ayah ajak satu family pergi buat tawaf sunat dan alhamdulillah sempat juga bergambar kat depan Kabah.
Selepas lawatan kami terus melakukan Meeqaat untuk umrah yang ketiga. Sampai je kat Hotel kami terus ke Masjid haram untuk umrah ketiga. Kami selesai umrah yang ketiga selepas solat asar. Malam tu dalam pukul 1 pagi ayah ajak satu family pergi buat tawaf sunat dan alhamdulillah sempat juga bergambar kat depan Kabah.
Hari keenam di Kota Mekah hari ni free and easy jer, lepas waktu asar ada doa selamat kat tempat makan. Selepas solat Isyak YI sempat ke Zam Zam Mall, semata mata nak cari Starbucks. Ni pun dapat tahu dari insta orang dan memberani diri tanya kat mana Starbucks kat Mekah ni. Sebab cari kat google tak jumpa.
Hari ketujuh di Kota Mekah, merupakan hari terakhir di sini. Selepas solat subuh kami terus ke Masjid Haram untuk melakukan Tawaf Wida untuk mengucapan selamat tinggal rasa sedih pun ada time tu entah bila lagi boleh menjadi tetamu Allah SWT.
Sesudah selesai tawaf dan solat kami pulang ke hotel untuk sarapan pagi setelah sarapan kami pun bertolak ke Kota Jeddah untuk berangkat ke Dubai. Perjalan dari Kota Mekah ke Kota Jeddah mengambil masa dalam 2 jam. Kami bertolak ke Dubai dengan FlyDubai FZ 843 pada jam 6 petang. Perjalan ke Dubai megambil masa 3 jam dan tiba di Dubai International Airport Terminal 2 pada jam 10 malam waktu Dubai.
Sesudah selesai tawaf dan solat kami pulang ke hotel untuk sarapan pagi setelah sarapan kami pun bertolak ke Kota Jeddah untuk berangkat ke Dubai. Perjalan dari Kota Mekah ke Kota Jeddah mengambil masa dalam 2 jam. Kami bertolak ke Dubai dengan FlyDubai FZ 843 pada jam 6 petang. Perjalan ke Dubai megambil masa 3 jam dan tiba di Dubai International Airport Terminal 2 pada jam 10 malam waktu Dubai.
Kami di pindahkan ke Terminal 1 untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Begawan. Kami ada lebih kurang 7 jam berada di Airport Dubai, So ada yang tidur ada borak borak mostly tidur la. YI apa lagi jalan jalan kat Airport cari Starbucks. Akhirnya jumpa juga walaupun mahal beli je la. Kalau tak beli mengantok pulak. Kami meneruskan perjalan kami ke Brunei International Airport dengan penerbangan Royal Brunei Airline BI 98 yang megambil masa 8 jam. Selepas sarapan dihidangkan YI pun apa lagi terus tidur sehingga tiba di Brunei International Airport. Kami tiba di Brunei International Airport jam 5.35 petang waktu Brunei.
Kami meneruskan perjakan ke Kota Kinabalu International Airport dengan penerbangan Royal Brunei Airline BI 827 yang mengambil masa 40 minit dan kami semua selamat sampai di Kota Kinabalu pada jam 8 malam.
Tempat yang wajib pergi:
Madinah : Masjid Nabawi, Makam Nabi Muhammad SAW, Masjid Quba, Kilang Al-Quran.
Mekah: Masjid Al-Haram, Jabal Rahmah, Ladang Unta, Zam Zam Mall
Perkara yang best mungkin tak dapat dilupakan:
Madinah: Dapat solat kat Raudah, Dapat tengok Makam Nabi Muhammad SAW, Dapat Solat dibelakang Imam Madinah.
Mekah: Dapat lihat Kabah depan mata, Dapat Sentuh Kabah, Dapat selesaikan umrah walaupun kurang sihat, Di sapa oleh Imam Masjid Al-Haram.
Ini la serba sedikit pengalam yang YI dapat kongsi dengan korang semua semasa YI mengerjakan ibadah umrah baru baru ini. InsyaAllah satu hari nanti YI akan kembali lagi ke sana.
Artikel dari : www.yazidizzat.com
2 Ulasan
nice sharing
BalasPadamOoh. ..peminat Starbucks rupanya
BalasPadam