Ticker

6/recent/ticker-posts

MENEROKAI KEINDAHAN & KEUNIKAN HUTAN ROYAL BELUM

Dengan hanya menginap di BELUM RAINFOREST RESORT tidak akan memenuhi fitrah sebenar kita ke Royal Belum. Aktiviti yang harus bagi mereka ke sini adalah Ekspedisi Meneroka Keindahan Royal Belum Rainforest, di mana Royal Belum itu sendiri merupakan satu kawasan yang cukup terjaga di utara hujung negeri Perak Darul Ridzuan dan pasti akan menjanjikan sesuatu yang cukup hebat untuk korang terokai.



Mungkin ramai yang ingat bahawa Hutan Amazon merupakan hutan yang paling tua di dunia memandangkan keluasan Hutan Amazon berkali ganda lebih luas dari Hutan Belum di Perak, dan sering dipropagandakan oleh media asing sebagai yang paling hebat di dunia.

Namun, bukti saintifik dan sejarah sukar untuk ditidakkan. Ternyata usia Hutan Belum lebih tua dari Hutan Amazon iaitu 130 juta tahun, malah kebanyakkan hutan hujan di negara kita mempunyai usia yang lebih lama dari usia Hutan Amazon. Negara kita sebenarnya menyimpan khazanah yang lebih berusia dan lebih bernilai. *mana kami dapat info ni? 

Hutan ini diberikan nama The Royal Belum kerana biodiversiti yang ada di dalamnya, dan beberapa penemuan-penemuan alam yang tak terdapat di tempat lain menjadikan ia istimewa. Hutan ini diletakkan di bawah pengawasan tentera dan orang awam tidak dibenarkan memasukinya tanpa permit. *sebelum masuk kena daftarkan diri dahulu.


Keluasan Hutan Royal Belum adalah 290,000 hektar dan dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Manakala, bahagian bawah merupakan hutan sekunder.

BEBERAPA FAKTA DAN INFO MENARIK MENGENAI HUTAN ROYAL BELUM

Diisytiharkan sebagai Royal Belum oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2003. Royal Belum diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007. Kawasan diwartakan seluas 117,500 hektar.

Pokok Medang

Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.


A video posted by amir nawawi (@amir_nawawi) on

Hutan Royal Belum juga menjadi habitat hidupan liar seperti Burung Enggang, Badak Sumbu Sumantera, Gajah, Beruang Matahari, Harimau dan Tapir serta juga mempunyai tarikan sungai seperti Sungai Kejar, Sungai Papan, Sungai Ruok, Sungai Tiang dan Sungai Kooi.

Air Terjun Sungai Kooi di Royal Belum

Belum, belum, beluuuummm! ini merupakan bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum. Royal Belum mempunyai tiga dari 20 spesies bunga terbesar dunia di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

Sumber: Majlis Daerah Gerik, Perak

MAKLUMAT MENGENAI PAKEJ HUTAN ROYAL BELUM


i) Melalui Pihak Perbadanan Taman  Negeri Perak

Perbadanan Taman Negeri Perak
Tingkat 1, Kompleks Banggunan Kerajaan Negeri
Daerah Hulu Perak, Jalan Sultan Abd Aziz
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-7914543/05-7917858
Email: fadhilahtamannegeri@gmail.Com
Website : Royal Belum State Park

ii) Melalui pihak nature guide yang didaftar dengan Perbadanan Taman Negeri Perak

Zulkarnain Manas : 019 – 408 3043
Azmi : 012 – 578 9554
Samsudin : 019 -526 0067

iii) Melalui Pihak Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort
Pulau Banding, 33200 Gerik
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-791 6800
Fax:  05-791 7600
Email : info@belumresort.com
Website: Belum Rainforest Resort

iv) Melalui Agensi Pelancongan yang berdaftar



Foto : Gaya Travel, amirnawawi.com

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Pergi Royal Belum memang best part trip ni. Buat jungle trekking tu agak mencabar bagi ibu-ibu mengandung hahahaha

    BalasPadam
  2. pergh menarik! great escape dari belantara konkrit

    BalasPadam