Ticker

6/recent/ticker-posts

KEMPEN #PTxGREEN24 SEMPENA #GREEN24CHALLENGE AIRASIA

Kempen #PTxGREEN24 yang dianjurkan oleh Projek Travel berjaya mencapai target yang disasarkan iaitu 240 perkongsian di laman Instagram menggunakan hashtag #PTxGREEN24. Kempen ini dijalankan sempena kempen #GREEN24 yang diterajui oleh AirAsia dalam memerangi isu pemanasan global (Global Warming) selama 24 jam pada 30 Januari 2016 (Sabtu).





Masih tertanya-tanya apa itu kempen #GREEN24 dan #GREEN24Challenge? Secara ringkas dan tuntas, kempen ini dijayakan untuk mendidik masyarakat sekeliling dalam memberi kesedaran tentang tindakan yang sewajarnya diambil untuk mencapai objektif menghijaukan bumi (Go Green) dalam melestarikan alam sekitar. 

Selepas tempoh 24 jam kempen #PTxGREEN24 yang dilancarkan serentak dengan kempen #GREEN24Challenge dan #GREEN24 oleh AirAsia, kami kagum dengan semangat dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh netizen dalam menjayakan kempen ini. Tepat jam 11:17, Projek Travel berjaya mendapat penyertaan ke-240 (sempena kempen 24 jam) hasil perkongsian pemilik akaun Instagram Neyra Shazeyra.  Melalui kempen dan perkongsian tentang kempen kesedaran #GREEN24Challenge di Instagram, kami teruja dan berbangga dengan ripple effect yang berlaku. Masing-masing seronok dan berlumba-lumba berkongsi inisiatif terbaik mereka. Secara keseluruhannya, lebih kurang 257 penyertaan diterima menggunakan hashtag #PTxGREEN24.


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kempen ini secara langsung mahupun tak langsung. Kami di Projek Travel, berbesar hati untuk memberi penghargaan kepada 5 pemilik akaun (peserta) dengan inisiatif terbaik yang dikongsikan sepanjang kempen #GREEN24 #GREEN24Challenge di Instagram dalam tempoh 24 jam. Nantikan, siapakah 5 pemenang bertuah yang akan dijemput ke majlis #GREEN24Night di Baskin Robbin Times Square pada 4 Februari 2016 (Khamis). Pemenang utama akan membawa pulang RM100 tunai.


Jom, sama-sama kita tengok kesemua penyertaan dan sokongan padu sempena kempen #GREEN24 yang telah menyertai Projek Travel Movement dalam menyokong kempen #GREEN24Challenge dengan hashtag rasmi #PTxGREEN24



Semoga semangat dan kesungguhan kita semua dalam menjayakan kempen Go Green bukan setakat 24 jam ini saja. Biarlah usaha murni ini akan berterusan sampai bila-bila. Dan ingatlah, sekecil-kecil usaha kita, pastinya memberi impak positif dalam usaha memerangi isu pemanasan global. Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Ok?


"The Best Way To Achieve BIG GOALS Is To Take SMALL STEPS"

Catat Ulasan

3 Ulasan