Ticker

6/recent/ticker-posts

ETIKA MENONTON PERSEMBAHAN DI ISTANA BUDAYA

ETIKA MENONTON PERSEMBAHAN DI ISTANA BUDAYA

ETIKA MENONTON PERSEMBAHAN DI ISTANA BUDAYA | Istana Budaya merupakan sebuah dewan persembahan yang bertaraf dunia dimana pelbagai persembahan berskala besar akan dilakukan disini. 

Sebagai lokasi pentas bertaraf dunia, etika menonton persemabahan di Istana Budaya haruslah dititikberatkan oleh semua pengunjung sebagai penghormati status Istana Budaya itu sendiri.

ETIKA MENONTON PERSEMBAHAN DI ISTANA BUDAYA

Disenaraikan adalah etika sebelum memasuki Istana Budaya:
  • Tiada sebarang rakaman gambar atau video
  • Makanan dan minuman adalah dilarang dibawa masuk 
  • Tidak dibenarkan meninggalkan sampah didalam panggung
  • Dilarang untuk meludah merata-rata
  • Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa didalam panggung
  • Dilarang merokok
  • Kanak-kanak dibawah 6 tahun adalah dilarang masuk
  • Dilarang memakai pakaian yang tiada lengan
  • Dilarang memakai pakaian yang berkolar bulat atau kolar V
  • Dilarang memakai seluar pendek
  • Jeans koyak adalah dilarang
  • Pakaian yang mencolok mata adalah dilarang
  • Dilarang memakai topi didalam panggung
  • Tidak memakai sandal
  • Selipar adalah dilarang
  • Dilarang membawa payung kedalam panggung

Kesemua larangan ini adalah bertujuan menjaga status Istana Budaya sebagai pusat budaya yang tinggi nilainya. Sekiranya anda melanggar etika ini, anda akan ditahan diluar oleh Pegawai Istana Budaya daripada masuk kedalam panggung untuk menonton. 

MR harap etika menonton persembahan di Istana Budaya yang MR kongsikan ini dapat membantu semua pembaca yang pertama kalinya menjejakkan kaki ke Istana Budaya Kuala Lumpur

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. tp haritu ramai je yg pakai jeans, terutamanya artis artis, ermmm myb sbb menghayati teater kot.hehehe

    BalasPadam
  2. Menarik, ramai yang tak tau pasal etika ni..

    BalasPadam