Ticker

6/recent/ticker-posts

5 TARIKAN UTAMA DI CAPRI BY FRASER HOTEL RESIDENCES KUALA LUMPUR

Capri By Fraser Hotel Residences Kuala Lumpur adalah salah satu destinasi terbaik untuk percutian singkat di Kuala Lumpur tidak kira bersama keluarga mahupun bersama teman-teman. Baru-baru ni, kami di Projek Travel sempat meluangkan masa untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di Capri By Frase Hotel Residences Kuala Lumpur. Untuk perkongsian kali ini, kami akan berkongsi tentang 5 tarikan utama di Capri By Fraser untuk tatapan anda semua. Mana tahu kan ada yang bercadang nak datang bercuti di Kuala Lumpur dalam masa terdekat dan masih tercari-cari lokasi untuk menginap. Mungkin Capri By Fraser adalah jawapannya.


Sebelum kita merungkai 5 tarikan utama di Capri by Fraser Kuala Lumpur, apa kata kami berkongsi dulu sedikit-sebanyak informasi berkaitan Capri. Capri By Fraser Kuala Lumpur adalah bangunan 33 tingkat yang dijadikan Hotel Residence. Hotel Residence maksudnya sebahagian daripada premis didiami oleh penduduk tetap manakala sebahagian lagi premis disewakan sebagai hotel. Pendek kata, dua dalam satu. Capri terletak di lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan Mid Valley Mega Mall dan juga Connexion @ Nexus. Ok, jom kita tengok apa 5 tarikan utama di Capri By Fraser Hotel Residence Kuala Lumpur. Check it out!


#1. Konsep Urban Khas Untuk e-GenerationTravellers

Di saat melangkah masuk ke Capri By Fraser Kuala Lumpur, kami cukup terpesona dengan kecanggihan dan kekemasan tatarias ruang lobi. Dilengkapi dengan iMac di receptionist counter dan menyediakan iMac workstation khas untuk visitors yang menginap, ini menggambarkan Capri By Fraser mementingkan konsep urban khas untuk e-generasi travellers




Selain itu, apartment dan bilik yang disediakan juga mempunyai ciri-ciri high-tech sejajar dengan tagline yang diwar-warkan iaitu, "Work & Play with Style!". Semasa percutian singkat kami di sana, kami berpeluang menginap di 3 Bedroom Deluxe.   




Antara kategori bilik yang disediakan di Capri By Fraser Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
  • Studio Deluxe
  • 1 Bedroom Deluxe
  • Capri Club
  • Capri Club Premiere
  • 3 Bedroom Deluxe





Capri By Fraser Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Traveller's Choice Award 2015 oleh Trip Advisor.  Jadi, tak payah was-was, tak payah ragu-ragu untuk menginap di Capri by Fraser. Memang diiktiraf dan semestinya " worth the money".


#2. Caprilicious 

Caprilicious merupakan satu-satunya kafe yang terdapat di Capri yang menyajikan aneka juadah untuk breakfast, lunch dan dinner. Caprilicous dengan kapasiti 90 paxs untuk ruang dalam kafe dan mampu memuatkan sehingga 20 paxs untuk ruang luar kafe. Caprilicious terbuka untuk orang awam yang inginkan sesuatu kelainan dalam menikmati juadah isitimewa. 






Caprilious akan menampilkan menu yang berlainan setiap bulan. Jadi, untuk anda yang berdekatan, terutamanya yang berkerja di kawasan Kerinchi, bolehlah singgah-singgah untuk menikmati menu special di Caprilicious untuk makan tengah hari. Caprilicious juga menawarkan service untuk mengadakan majlis makan malam syarikat atau event corporate.


#3. Outdoor Infinity Swimming Pool dan Jet Pool

Tarikan utama di Capri By Fraser semestinya outdoor Infinity Swimming Pool di roof-top. Bagi kami, swimming pool di Capri By Fraser Kuala Lumpur ini merupakan salah satu Unique Selling Point (USP) berbanding hotel-hotel atau resort-resort lain di Kuala Lumpur. Pengalaman mandi-manda di roof-top sambil meninjau city view memang memberi ketenangan dan keseronokan.



Selain itu, lagi satu tarikan menarik adalah Jet Pool. Khas untuk anda yang inginkan privasi, Jet Pool di aras paling atas adalah pilihan yang tepat. Dengan dilengkapi bubbles, keseronakan mandi-manda sambil relaxing memang mengujakan.





#4. KL Night View

Menginap di Capri By Fraser Kuala Lumpur tanpa  menikmati keindahan pemandangan bandar sekitar Bangsar South dan Kerinchi (city view) memang tidak lengkap terutamanya keindahan di malam hari. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa di roof-top sambil menghirup udara segar dan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Antara kemudahan yang disediakan di roof-top adalah Garden Terrace


#5. Kemudahan Cukup Lengkap

Akhir sekali, semestinya sevice dan fasiliti yang cukup lengkap menjadikan Capri By Fraser pilihan terbaik untuk percutian. Dengan adanya High-speed internet access, Gymnasium dan aerobics room 24 jam, Kickboxing, Games Room, steam dan sauna, dan Kid playroom. Pendek kata, kemudahan yang disediakan merangkumi semua peringkat umur seisi keluarga.


Antara port paling best untuk santai-santai adalah Games Room. Di sini, ada disediakan pool table, foosballm Sony PS4 dan Xbox Kinect. Untuk memaknakan lagi percutian di Capri by Fraser, Games Rooms adalah tempat yang paling ideal untuk rekreasi dan riadah bersama keluarga dan teman-teman.






Kalau nak ke mana-mana, perkhidmatan Shuttle bus secara berkala ada disediakan oleh pihak Capri. Untuk jadual perjalanan, boleh rujuk di kaunter pegawai keselamtan di ruang lobi. Untuk keselatamatan, jangan bimbang. Sistem sekuriti di sini memang tip-top. Setiap tetamu yang menginap atau penduduk tetap akan diberikan kad akses untuk mengaktifkan lif.


Direktori:

Memandu kereta
Boleh diakses melalui Federal Highway, New Pantai Expressway (NPE) dan Kerinchi Link

Pengangkutan awam
RapidKL LRT - Stesen Universiti (Kelana Jaya Line)

Jarak dari lapangan terbang
KLIA - 57km / 43 minit
KLIA 2 - 57km / 43 minit
Subang Airport - 22km / 28 minit


Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Facebook:
Capri By Fraser

Website:
Capri By Fraser Kuala Lumpur

 Instagram:
@CapriByFraser


Sampai di sini saja perkongsian untuk kali ini. Semoga sedikit-sebanyak dapat membantu anda semua merancang percutian dan memilih destinasi penginapan yang terbaik. Last but not least, sekalung penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pihak pengurusan Capri by Fraser Kuala Lumpur atas layanan dan service yang terbaik.

Untuk sebarang pertanyaan atau reservation, boleh hubungi:

No. telefon:
603-2386 0800

Email:
reservations.kualalumpur@capribyfraser.com

Catat Ulasan

3 Ulasan