Ticker

6/recent/ticker-posts

THE FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR HOTEL PERTAMA BERTARAF ANTARABANGSA

THE FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR HOTEL PERTAMA BERTARAF ANTARABANGSA | Sejarah penubuhan The Federal Hotel, Kuala Lumpur | Baru-baru ini Projek Travel berpeluang menginap 3 hari 2 malam di The Federal Hotel, Kuala Lumpur. Sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang pertama di Malaysia dan diuruskan oleh Federal Hotels International (FHI). Untuk pengetahuan korang, FHI ditubuhkan sekitar tahun 1957 dan telah melebarkan sayapnya ke Singapore (The Federal Hotel), Hong Kong (Suncrest Tower), Australia (The Grace Hotel Sydney), United Kingdom (The Hotel Tria) dan banyak lagi.

Merdeka Wing yang baru sahaja siap diubahsuai
Mengenai The Federal Hotel , hotel ini telah dirasmikan pada 28 Ogos 1957 dan dibuka kepada kedutaan asing yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. The Federal Hotel ditubuhkan oleh Tan Sri Datuk Low Yat iaitu seorang ahli perniagaan yang aktif dalam bidang perhotelan sekitar tahun 1950-1960 an. Kalau nak tahu, Plaza Low Yard pun milik beliau.


Bilik Merdeka Wing yang telah siap diubahsuai

Hotel ini merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Lokasi The Federal Hotel yang ditengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu bersebelahan Plaza Low Yat memang sangat strategik. Nak shopping, boleh shopping di Berjaya Times Square. Nak beli gadget, boleh singgah ke Plaza Low Yat yang merupakan shopping mall yang menjual barangan IT terbesar di Malaysia. Nak overnight, boleh overnight di Bukit Bintang. Penat shopping & overnight, boleh check in di The Federal Hotel.

Sepanjang penubuhan The Federal Hotel, banyak pencapaian yang telah diperoleh. Antara pencapaian tersebut ialah :


PENCAPAIAN THE FEDERAL HOTEL
1
Mandarin Palace – Listed in Malaysia Tatler 2011 & 2012 malaysia’s best reastaurant for its exceptional cuisine and service.
2
Recipient of the Best Federal Territory Kuala Lumpur (FTKL) Beautiful & Illuminated Building 2007 Award in the Hotel category
3
 Mandarin Palace – Recipient of The Malaysia Tatler’s Award for Malaysia Best Restaurant in 1997, 2002, 2003, 2004 & 2005


Ruangan mesyuarat turut disediakan 


Dengan pelbagai pencapaian yang telah dirangkul oleh The Federal Hotel, telah dapat membuktikan bahawa hotel ini merupakan satu hotel yang sangat disegani & dikenali serta sering menjadi pilihan orang ramai tidak kira rakyat tempatan atau pelancong luar. 

Korang yang plan bercuti atau menghadiri meeting di Kuala Lumpur, jangan lupa merasai sendiri pengalaman manis menginap di The Federal Hotel . Gerenti puas hati lah kata orang! Sebarang tempahan atau maklumat lanjut mengenai The Federal Hotel, boleh ke website berikut :-

http://www.fhihotels.com/ atau www.gracehotel.com.au 

______________________________________________________________

Artikel oleh : Hafiz Hafizol ( www.hafizhafizol.my ) 
Diedit oleh : Khai Artzfar ( www.budakpacak.com ) 
Gambar oleh : Feeq says ( www.feeqsays.com)

Catat Ulasan

2 Ulasan