MELOMPAT BEBAS DI JUMPSTREET TRAMPOLINE PARKS PETALING JAYA | JumpStreet Trampoline Parks adalah tempat permainan urban yang menakjubkan yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak, dengan pelbagai pilihan trampolin dari lantai sehingga dinding. bagi mereka yang pernah melaui pengalaman hebat bermain di sini, mereka pasti akan datang kembali. Bagi mereka yang belum mencuba, MR nasihatkan untuk korang datang dan cuba sendiri pengalaman di JumpStreet Trampoline Parks terbesar ini. Datang dengan rakan-rakan anda dan / atau keluarga anda dan menikmati keseronokan melompat di indoor JumpStreet Trampoline Parks ini.
LOKASI | Untuk pengetahuan korang, lokasi JumpStreet Trampoline Parks ini terletak di daerah Petaling Jaya, iaitu berdekatan dengan landmark Jaya One. Ianya betol-betol berada didalam kawasan kilang Bosch dimana terdapat satu warehouse khas yang diubahsuai bagi memuatkan fasiliti sukan lasak yang cukup hebat ini.
Lokasi JumpStreet Trampoline Parks_ kredit foto google map |
JUMP STREET
No.8a,
Jalan 13/6,
Seksyen 13
46200 Petaling Jaya,
HARGA TIKET | Jika korang ingin berkunjung kesini, harga tiket yang ditawarkan bagi setiap individu adalah dikira per hour, dimana kadar bayaran untuk setiap jam adalah RM27 (untuk peak days; Khamis hingga Ahad dan cuti umum) dan RM22 (bagi hari biasa; Isnin hingga Rabu).
Harga tiket masuk ke Jump Street |
Off-Peak Sessions:
Monday, Tuesday and Wednesday (excluding public holidays)
Peak Sessions:
Thursday, Friday, Saturday, Sunday and public holidays (National, Kuala Lumpur and Selangor).
General Admission
|
Per Hour
|
Off- Peak
|
RM22 (including GST)
|
Peak
|
RM27 (including GST)
|
Anda mesti memakai Jump Street grip socks |
*Anda mesti memakai Jump Street grip socks. Ini adalah bertujuan untuk keselamatan. Anda hanya perlu untuk membeli mereka sekali dan boleh membawanya bersama untuk lawatan anda berikutnya.
Tag berwarna |
AKTIVITI DI JUMP STREET | Mesti ramai yang tertanya -tanya apa sebenarnya kita boleh lakukan di sini? *takkan sekadar melompat-lompat katak je kot kan?
Lompatan asas |
Dengan bantuan trainer yang terlatih. Kita akan diajar beberapa lompatan asas yang boleh dibuat di sini. Lompatan di sini cukup berbeza dengan lompatan biasa yang kita buat di luar. Jika diluar, untuk membuat satu lompatan kita perlu bandkan badan kita untuk dapatkan daya tujahan yang secukupnya. Tetapi di JumpStreet Trampoline Parks ini kita hanya memerlukan tujahan dari jari kita sahaja. *menarik bukan.
Ada beberapa lompatan asas yang perlu kita pelajari sebelum kita boleh mencabar diri kita ke stage seterusnya, iaitu stage yang lebih mencabar dan beraksi.
Foam Pit |
Di area Foam Pit ni korang boleh merasai sendiri pengalaman lompat dan gulung. Lompat dari depan atau dari belakang mengikut kemahiran dan keyakinan yang kita ada. Ianya seakan-akan melompat di papan anjal. Cuma bezanya ia bukan melompat kedalam air, tapi kita akan melompat dan akan disupport oleh foam yang lembut apabila mendarat. *awas, pastikan anda tidak memakai cermin mata dan meletakkan duit dan smartphone anda di dalam poket seluar. Jika jatuh, susah dah nak cari.
Big Bag & High Performance |
Seterusnya anda akan dibawa ke area Big Bag & High Performance. Disini biasanya port bagi mereka yang sudah expert dalam kemahiran melompat di Trampoline.
Amacam? ada bran tak? MR sendiri, untuk lompatan asas pun belum lepas lagi. Kalau nak buat skill macam ni memang kena datang buat latihan hari-hari lah kan. huhu.
Dodgeball Court_ kredit foto pinkymomma.com |
KEMUDAHAN LAIN | Disini disediakan parking percuma, locker simpan barang dengan bayaran RM4, water cooler, surau lelaki dan wanita, tandas dan cafe untuk lepak dan minum.
Locker boleh disewa_kredit foto idabaharum.com |
Foto berkumpulan- kredit foto idabaharum.com |
6 Ulasan
terbaik madiiii..info lengkap betul..jom kita repeat lagi..best betul melompat ari tu hahahahaha
BalasPadamterima kasih kak.
PadamSesuatu yang menyeronokan tapi rasanya akak awal lagi tarik diri.
BalasPadamcuba sekali nak lagi kak
PadamALAMAKKKKK sgguuh tak sopan gmbo sy tu yer HHAHAHAH adeih *tutup muka*
BalasPadamboleh melompatlah sesuka hati ya
BalasPadam