Ticker

6/recent/ticker-posts

TIPS HILANGKAN MABUK LAUT

TIPS HILANGKAN MABUK LAUT | Baru – baru ini, Team Projek Travel telah dijemput oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Terengganu untuk ke Terengganu bagi merasai sendiri pengalaman serta memeriahkan Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu atau Terengganu Squid Jigging Festival 2015


Sudah pasti team Projek Travel mendapat pengalaman yang terbaik di sana. Dengar cerita masa hari pertama mencandat 80% peserta mabuk laut. Mesti ada diantara korang yang tertanya ada ke tips untuk hilangkan mabuk laut ni?


Disini Mat Remos senaraikan antara tips untuk korang hilangkan mabuk laut. Walaupun bukan 100% berkesan, tetapi bolehlah digunakan untuk mencegah dari mabuk teruk kan .
  • 1# Jangan terlalu banyak berfikir ataupun melakukan perkara yang rumit di atas bot 
  • 2# Jika mula terasa mual, pandanglah ke langit 
  • 3# Ubah mind set , jangan fikir nak mabuk laut bagai, tenangkan fikiran 
  • 4# Sapu minyak angin di kepala dan perut 
  • 5# Makan sebelum melakukan aktiviti 
  • 6# Makan Pil sea sickness atau Pil Til Chi Ket Aun 
  • 7# Bawa air mineral secukupnya. Trust me you will need it ! 
  • 8# Nak termuntah ? Muntah je habis – habisan . Lepas dari tu confirm korang stable balik 
  • 9# Jangan terlalu banyak bergerak, dan jangan pandang terus ke ombak laut 
  • 10# Letak pita pelekat di pusat. Nampak pelik , tapi serius menjadi ! 
Jadi ini antara 10 tips hilangkan mabuk laut yang korang boleh gunakan jika nak pergi mencandat sotong atau ketika naik bot. Kalau korang ada apa – apa tips untuk dikongsikan , just drop your comment below!

Jangan lupa untuk ikuti kisah seterusnya mengenai Pengalaman Mencandat Sotong di Terengganu!

Gaya Travel Magazine


Web : http://www.gayatravel.com.my/


Tourism Terengganu


Web : http://tourism.terengganu.gov.my/

Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu,
Tingkat 9, Wisma Darul Iman, 
20503 Kuala Terengganu, 
Terengganu Darul Iman 

Tel : 09-623 1957

Itu sahaja perkongsian Mat Remos kali ini. InshaAllah banyak lagi yang kami ingin kongsikan kepada anda semua. Semoga projektravel ini menjadi sumber inspirasi anda :D


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tak berkesan kat kite weh.
    Betul ke nama pil tu? Bukan chi kit teck aun ke...ubat cherry berry?

    BalasPadam
  2. satu lagi.. hidu bau limau purut..

    BalasPadam
  3. yang nombor 10 tu memang pelik....kena cuba!

    BalasPadam
  4. Satu lagi tips terbukti berkesan, makan asam. Asam paling best yang kulit limau tu

    BalasPadam