Ticker

6/recent/ticker-posts

CARA BUAT PASSPORT DI KDN JALAN DUTA



CARA BUAT PASSPORT DI KDN JALAN DUTA | Nak bercuti ke luar negara tapi passport takde???? Sini ada penyelesaiannya. Bagi yang pertama kali ke KDN Jalan Duta untuk membuat passport, rajinkanlah bertanya kerana di sini memang luas. Perkara pertama sekali sebelum pergi ke Pejabat Imigresen pastikan segala maklumat diri yang dikehendaki dibawa. Contohnya,gambar passport dan salinan kad pengenalan..Pastikan gambar passport mengikut kriteria yang dikehendaki. Jika tidak berkesempatan membawa gambar passport,usah bimbang kerana di setiap Pejabat Imigresen ada disediakan kedai gambar. Cuma itulah, kadang-kadang masa itu emas ;)


Untuk apply Passport Malaysia Antarabangsa (PMA)  ni senang je kelayakan dia:-


- Kelayakan - Warganegara Malaysia
- Tempat Memohon - Permohonan boleh dikemukan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia jika berada di luar negara
- Tempoh Sah Laku - Tempoh sah laku selama 5 tahun dari tarikh dikeluarkan dan sebelum keluar Negara pastikan tempoh sah laku passport tidak kurang 6 bulan 

Spesifikasi Gambar Passport Polikarbonat :-


Kepingan gambar bersaiz 35mmx 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang. 


Bayaran Passport bermula tahun 2015 telah ditukar kepada
Rm200 untuk 5 tahun


Bab ni Mat Remos nak titik berat ke korang! Baca ya agar masa korang nak buat pembayaran or pendaftaran tak rumit :D



-Masa dah dapat no.giliran di kaunter 11 iaitu kaunter pertanyaan/kaunter no.giliran, korang akan diberi 2 no.giliran yang sama, so korang jangan pulak gatal tangan yang satu tu korang nak simpan dan lagi satu korang buang,buat gitu memang nak kena marah la dengan pegawai sana nanti,hehe

-Bila no.giliran dipanggil, sediakan kad pengenalan dan no.giliran siap-siap okay. Satu no.giliran tu akan diambil oleh pegawai di tempat pendaftaran iaitu masa korang berada di kaunter PMA. Okay,tinggal satu no.giliran untuk dipanggil masa nak bayar nanti,untuk pengetahuan korang..no tu sila jaga elok-elok. hilang no tu pepandai la nak menjawab nanti,LOL

-Masa untuk tunggu pendaftaran tu makan masa selama sejam jugak la,sebab masa tu orang dah ramai,padahal baru pukul 9 lebih,haha..berduyun orang pegi buat passport -..-"

-Lepas setel daftar semua,malas admin tunggu kat situ..so admin pegi la makan 1 jam.. lepas je siap makan naik balik tempat tu then duduk sekejap no.giliran aku dah dipanggil kat kaunter juruwang tu,haaaa... aku ingat time daftar tu jugak bayar,rupanya asing-asing -..-"


-Okay, bila siap bayar semua,akan dapat satu slip pembayaran,yang ni satu lagi. SILA SIMPAN ELOK-ELOK ,haha.. tapi haritu Mat Remos tak sempat nak ambik passport haritu jugak sebabnya kena rushing ke tempat lain..

-So, Mat Remos ambik passport hari lain,masa nak ambik passport hari lain tu korang kena ambik no.giliran lagi sekali dan boleh ambil passport di kaunter SERAHAN PMA, haritu Mat Remos pegi seawal yang boleh,kiranya pegawai tu baru nak on pc,kakakakaka.. rushing punya pasalkan. So SIAP! haha... macam-macam dugaan nak buat passport ni haaaa :P



Admin sarankan bagi yang baru-baru nak buat passport ,bila sampai Pejabat Imigresen tu tolonglah jadi orang yang banyak bertanya ye,bukan apa..kadang kita tak tahu sistem mereka macamanakan,haaaa. Oleh itu,jangan malu untuk bertanya dan lagi satu silalah datang awal ke Pejabat Imigresen tu sebab no.giliran selalunya kehabisan awal ;)


Nasib baik harga buat dan renew passport dah murah dan tempoh sah laku dipanjangkan, jimat wang ringgit,masa dan tenaga. Sebenarnya, kalau masih ada tempoh sah laku 2 tahun tu sangat rugi sebenarnya. Better ambil 5 tahun dan it's okay, start 2015 tempoh sah laku telah ditetapkan kepada 5 tahun dan berharga rm200. ^__^

Okay, rasanya tempoh sah laku passport Mat Remos dah nak expired,jomlah kita renew untuk mengembara ke lain negara ;)

Maklumat lanjut lagi: Portal Jabatan Imigresen Malaysia Antarabangsa

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Catat Ulasan

5 Ulasan