Ticker

6/recent/ticker-posts

BUFFET RAMADHAN ASMARA PENCHALA BY FELDA D'SAJI




BUFFET RAMADHAN ASMARA PENCHALA BY FELDA D'SAJI | Restoran Asmara Penchala sudah dikenali ramai semenjak ianya mula menjadi salah satu lokasi penggambaran untuk slot drama Akasia TV3 iaitu Teman Lelaki Upahan. Mat Remos dan rakan blogger juga telah berkesempatan ke sana untuk menikmati juadah berbuka puasa yang mana mereka menyajikan makanan Warisan Islam Nusantara.

RESTORAN ASMARA PENCHALA


RESTORAN ASMARA PENCHALA
ASMARA PENCHALA merupakan sebuah restoran yang bertemakan kampung moden dan kontemporari dan terletak di Kampung Sungai Penchala. Senibina dan tatarias Restoran Asmara Penchala berkonsepkan Bali style.

Ruangan tertutup berhawa dingin
Ruangan tertutup berhawa dingin
Ruangan terbuka
ASMARA PENCHALA menyediakan kemudahan yang cukup lengkap untuk tetamu mereka menjamu selera dengan selesa termasuklah ruangan terbuka dan ruangan tertutup yang berhawa dingin dengan berlatar belakangkan muzik yang menghidupkan lagi suasana menjamu selera.

Sinki 
Keindahan dekorasi dan ambiance di sini dapat membawa kita semua seolah-olah berada di Bali. Jadi, Mat Remos cadangkan kepada semua yang rasa ingin dapatkan ketenangan dan merawat kecelaruan jiwa dari stress kerja, bolehlah berkunjung ke sini sambil menikmati juadah yang memikat selera.

Ruangan romantik untuk pasangan kekasih
Rekabentuk indah restoran ASMARA PENCHALA ini telah menggabungkan rekabentuk moden kontemporari di samping memelihara kebudayaan tempatan Melayu yang menjadikan sebahagian dari suasananya yang cukup romantis.

ASMARA PENCHALA  adalah tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi acara dari segi perniagaan sehinggalah majlis perkahwinan, seminar, persidangan, akad nikah, dan macam-macam lagi. Secara keseluruhannya, Restoran ini mampu menampung sehingga 700 orang tetamu pada satu masa.

Website : http://asmarapenchala.com/

BUFFET RAMADHAN ASMARA PENCHALA BY FELDA D'SAJI



Menu yang disajikan di Buffet Ramadhan Asmara Penchala by Felda D'Saji ini adalah berlainan setiap hari. Apa yang menarik perhatian Mat Remos, disini pelanggan boleh menikmati menu kampung yang jarang boleh kita dapat di bandar seperti Kuala Lumpur ini. Antara menu tersebut adalah gulai siput sedut, telur itik masak lemak, sambal hitam pahang dan macam-macam lagi.

Pelbagai masakan ala kampung yang sangat enak
Ikan bakar
Selain dari hidangan kampung yang sangat sedap, buffet ramadhan di sini juga ada menyediakan makanan ala Italian di Italian Corner. Ia termasuk Spaghetti Aglio, Spaghetti Carbonara, Seafood Kava, Ceasar Salad, Pasta Salad, Garden Salad, Waldong Salad, dan berbagai makanan yang sangat menyelerakan.

HARGA BUFFET RAMADHAN | Harga buffet ramadhan di ASMARA PENCHALA BY FELDA D'SAJI ini sangat berpatutan. Dengan harga RM 59.00 seorang dewasa dan hanya RM 35.00 untuk kanak-kanak.


Bagi mereka yang inginkan kelainan untuk suasana berbuka mereka boleh memilih Gazebo yang dihias cantik berkonsepkan candle light. Dengan hanya tambahan RM50.00, anda dan pasangan boleh menikmati suasana berbuka puasa yang cukup romantik.*pastikan anda booking awal kerana mereka hanya mempunyai 2 buah gazebo .

Gazebo yang dihias cantik berkonsepkan candle light
Terima kasih kami ucapkan kepada ASMARA PENCHALA dan FELDA D'SAJI kerana sudi menjemput kami untuk berbuka puasa di sini. Ikhlas Mat Remos katakan bahawa makanan dari FELDA D'SAJI memang tidak mengecewakan. Apa yang kami dengar tentang keenakan masakan dari FELDA D'SAJI sebelum ini memang bukan sekadar khabar angin. Ianya memang benar.

Dari segi lokasi, mungkin agak susah untuk pertama kali ke sini kerana ianya agak tersorok dari kesesakan bandar. Tapi apa yang pasti lokasi ini sangat tenang dan selesa untuk berbuka puasa dan melakukan apa-apa program. *tambah pula boleh berbuka puasa di Gazebo Cinta bersama yang tersayang. eh

Kemudahan surau yang luas juga disediakan untuk pegunjung mereka memunaikan solat dengan selesa.

ASMARA PENCHALA
Pihak pengurusan Asmara Penchala dan D'Saji
Selain dari Restoran Asmara Penchala, D'Saji juga mempunyai 3 lagi lokasi buffet berbuka mereka iaitu di Dewan Perdana Felda (RM79, RM42nett), D'Saji KL Titiwangsa (RM75,RM39nett), dan Restoran Felda Villa (RM69,RM39nett).




LOKASI ASMARA PENCHALA | Lokasi yang mudah untuk anda ke ASMARA PENCHALA ini adalah sama ada exit ke bukit lanjan (dari sg.buloh) atau boleh melalui persimpangan petronas (dari sg.buloh) di mana bersebelahan jalan tersebut adalah pusat membeli belah The Curve/Ikea atau anda boleh melalui persimpangan TTDI, Damansara

Address :
Lot 2933,
Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur‎

Google Map Direction:
https://goo.gl/maps/lPj5a

Email: 
info@asmarapenchala.com

Tel No :
03-26988302

Website :
www.ramadhanbuffet.com

Catat Ulasan

1 Ulasan