TRAVEL KE BANDUNG | Mesti ramai yang tertanya kalau ke BANDUNG apa tempat yang best untuk dilawati. Untuk itu kami telah bersama-sama ke BANDUNG mencari sesuatu yang istimewa.
Untuk pengetahuan, BANDUNG bukanlah bandar yang biasa. BANDUNG mempunyai suhu yang lebih sejuk sepanjang tahun daripada kebanyakan bandar-bandar lain di Indonesia. Bandar ini terletak di lembangan sungai yang dikelilingi oleh gunung berapi. Menarik bukan?
Ini adalah antara #6 tempat bagi kami perlu di lawati jika anda ke BANDUNG. Jom!
#1 Kawah Putih
gambar dari emorfes.com |
Kawasan sekitarnya dikelilingin hutan. Perjalanan ke selatan dari Bandung, ibu kota Jawa Barat , anda akan dikelilingi oleh gunung dengan pemandangan yang indah , landskap yang indah berlatar hutan tropika dan bukit berkabus. Untuk ke kawah putih ni anda hanya dikenakan 17 ribu rupiah seorang iaitu harga baru bagi 2015.
#2 Gunung Tangkuban Perahu
gambar dari www.tempatpariwisataindonesia.com |
Kira-kira 20km dari bandar Bandung. Gunung ini berketinggian 2.084 meter. Perlu dilawati jika anda inginkan sesuatu yang luar biasa kesan dari lava dan sulfur yang terletus.
#3 Kampung Daun
gambar dari anekatempatwisata.com |
Tempat perkongsian tentang tradisional Indonesia. Kawasan yang sungguh indah. Penuh dengan makanan tempat dan moden. Kampung daun ini lebih dikenali dengan slogan Culture Gallery and Cafe. Kadar harga makanan di sini adalah antara 8 ribu Rupiah sehingga 115 ribu Rupiah.
#4 Rumah Mode
Gambar dari anekatempatwisata.com |
Rumah Mode lebih dikenali sebagai Rumah Mode Factory Outlet. Apa yang istimewanya di sini, anda akan dapat melihat suasana yang penuh dengan budaya. Tapi di dalamnya terjual barangan pakaian serba moden. Jika anda penat berjalan dan membeli belah. Boleh singgah rasa ais krim durian fresh di luarnya. Rumah Mode disebut Moh-day.
#5 Dago Pakar
Gambar dari www.thebandungtour.com |
Kawasan air terjun yang sememangnya menyamankan. Di sini juga ada kolam ikan yang besar untuk anda merasakan seronoknya travel. Selain itu, di Dago Pakar Bandung ini turut mempunyai gua sebagai tempat peninggalan sejarah di zaman penjajahan Jepun dan Belanda. Sangat Menarik!
#6 Gedung Sate
Bangunan yang diasaskan berciri neo-klasik dan diranumkan dengan seni asli. Mempunyai seni bina yang bercirikan sate di bahagian menaranya. Gedung Sate ini adalah salah satu bangunan yang cantik di Indonesia.
Jika anda ke Bandung, jangan lupa untuk carikan souviner untuk kami. Memang ternanti untuk dengar cerita anda lak.
p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)
6 Ulasan
Jangan lupa makan buah strawberi bandung yang manis itu. Masih terasa di lidah ini manisnya strawberi bandung.
BalasPadamnak lawat sana balik....
BalasPadamJyeah! Should keep this article boleh refer balik kalau planning nak ke Bandung! TQ PT!
BalasPadamWah
BalasPadamwah rindu nya nak pegi ke sana.. jangan lupa jugak pegi ke saung angklung .. best tengok diorang main angklung
BalasPadamKawah putih sama tangkuban perahu sudah pernah :D Keren dua tempat itu memang~~
BalasPadam