Ticker

6/recent/ticker-posts

HOTEL PILIHAN | BEST WESTERN SUN SUN HOTEL, MACAU


HOTEL PILIHAN | BEST WESTERN SUN SUN HOTEL, MACAU | Kami telah memilih Hotel Sun Sun untuk penginapan kami selama 3 hari 2 malam di Macau. Hotel ini merupakan hotel yang cukup selesa dan bagus. Hotel Sun Sun ini terletak di Ponte e Horta dimana ianya berdekatan dengan laut. Jika bernasib baik, korang boleh menikmati keindahan laut dan keindahan Macau dari tingkap bilik korang. 


Ianya dikatakan terletak di daerah lama yang meriah di mana Portugis pertama menjejakkan kaki di Macau 450 tahun yang lalu.


Dengan hanya megambil masa 5 hingga 15 minit berjalan kaki, korang boleh menjejaki tempat-tempat menarik seperti Senado Square, runtuhan St Paul dan banyak tempat menarik lain di Macau. Terminal feri Macau dan pintu sempadan Cina di Zhuhai hanya 8 minit, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Macau yang terletak di daerah Taipa hanya dalam jarak 20-minit menaiki teksi.


Jika tidak mahu berjalan kaki, korang bernasib baik kerana lokasi Hotel Sun Sun ini sangat strategik kerana ianya berdekatan dengan stesyen terakhir bagi Bas 3A yang mana ianya boleh membawa korang ke banyak destinasi menarik di Macau dengan hanya HKD 3.2 sahaja untuk sekali naik. 

Deluxe Room Twin Beds

Kami berpeluang menyewa Deluxe Room Twin Beds yang mana ianya cukup luas dan selesa untuk 2 orang tetamu dewasa seperti kami.



Hotel Sun Sun ini juga dilengkapi dengan restoran dan bar. Untuk pengetahuan korang, mereka mempunyai 176 buah bilik tetamu untuk disewa yang mana ianya terletak di 15 tingkat bangunan, termasuk Deluxe Suite.



Guest Room Amenities:
Television
In-room movies available
Cable or satellite television
DVD player available and movies available
Telephone with IDD
Dataports
Room service from 9:00 a.m. to 10:30 p.m.
Hairdryer available
Iron, ironing board available
Refrigerator available
Rollaway beds available in some rooms
High Speed internet
Desk/work area
Air-conditioning
In-room safe available
Sofabed available
Adjoining rooms available

Tidak perlu takut dan berebut  jika gadget korang kehabisan bateri. Hotel ini ada menyediakan banyak international plug yang mana ianya sudah tersedia untuk digunakan. *bukan satu atau dua, tapi kitaorang yakin ia lebih dari perlu.


Kos kami selama 3 hari 2 malam untuk 2 orang dewasa di Hotel Sun Sun ini adalah RM730 tidak termasuk breakfast. Apa yang mengujakan kami, dari cermin tingkap bilik, kami boleh melihat keindahan laut , keindahan sekitar Macau dan yang paling best kami dapat melihat Ruins Of St. Paul dan bukit yang mana terletaknya muzium Macau dan kubu pertahanan portugis pada zaman dulu.


Untuk pengetahuan korang juga, Hotel Sun Sun ni merupakan 100% smoke-free hotel dan menyediakan High Speed Internet. Jadi tidak perlu risau untuk update aktiviti harian korang disini ke media sosial mahupun blog. Bagi mereka yang nak stay lama di sini, mereka juga ada menyediakan service Guest laundry dan Dry cleaning.


Apa yang lebih penting, staff mereka memang sangat peramah dan membantu. Kebanyakan staff mereka merupakan warganeraga filipina yang bekerja di Macau

LOKASI HOTEL SUN SUN MACAU

Lokasi Hotel Sun Sun ini sangat senang untuk dicari. Hanya perlu mencari landmark Ponte 16 dan boleh belok ke kiri untuk ke lokasi hotel.

landmark hotel ponte16

BEST WESTERN Hotel Sun Sun

No.14 E16 Praca Ponte E Horta, Macau, 
Concelho de Macau 00853

View Larger Map
Driving Directions

Phone: +853 28939393
Fax: +853 28938822

Email:
hotel@bwhotelsunsun.com.mo

Website:
http://book.bestwestern.com/bestwestern/CN/Macau-hotels

Check In 2PM (14:00)
Check Out 11AM (11:00)

Currency: 
 MACAU PATACAS (MOP) & HKD
Time Zone: 
Greenwich Mean Time + 8

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Catat Ulasan

0 Ulasan