CITARASA RAMADHAN HOTEL PURI PUJANGGA UKM | Dengan bertemakan "Citarasa Ramadhan" Hotel Puri Pujangga UKM telah mempersembahkan pelbagai jenis menu makanan untuk Bufet Berbuka Puasa yang akan bermula pada 20 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015 di Begonia Coffee House mereka.
Begonia Coffee House |
Suasana di Begonia Coffee House |
HARGA BUFET RAMADHAN HOTEL PURI PUJANGGA UKM
Harga Bufet Ramadhan |
Harga Bufet Ramadhan di Hotel Puri Pujangga UKM ini ialah RM 70.00 untuk seorang dewasa dan RM 35.00 untuk seorang kanak-kanak yang berusia dari 6 hingga 12 tahun. Bagi kanak-kanak yang berumur dibawah 6 tahun adalah percuma.
Untuk korang yang membuat tempahan awal, layak mendapat harga promosi Early Bird dengan harga RM 60 per nett bermula dari 31 Mei hingga 18 Jun 2015. Makanan ini akan dihidangkan bermula dari 7 malam hingga 10 malam
MENU CITARASA RAMADHAN
Pelbagai jenis menu istimewa |
Bufet Berbuka Puasa disini menjanjikan pelbagai jenis menu istimewa seperti Pecal kampung , Rojak Tauhu Bakar,kuang Chalit, Seng Sup Soto Madura, Roti John, Murtabak, Mee Mamak Puri, Satay, Ikan Bakar, Seafood Parcel, Mee Kari, Mee Rebus, Nasi Beriani Gam Ayam , Ayam Percik Kelantan, Daging Salai Kuah Lemak, Sotong Paprik Ala Thai, Ikan Tenggiri Goreng Acar, Asam Pedas Daging Tetel, Keli Masak Lemak Cili Api, Ayam Goreng Cencaluk, dan hidangan signature bufet ramadhan iaitu Kambing Panggang dan banyak lagi.
Kambing Panggang |
Korang juga akan dapat rasa juadah pencuci mulut seperti Ais Krim goreng, Cendol, Pelbagai Jenis Kek, Kuih-muih Melayu, Chocolate Bread Butter Pudding, Pelbagai Jenis Puding dan Jeli, French Pastries serta Bubur.
Pavlova |
Di ruangan minuman pula, mereka ada menyediakan minuman seperti Sirap Selasih, Limau Asam Boi, Bandung, Soya, Katira, teh Tarik dan Nescafe Tarik. Tidak hanya dengan menu diatas sahaja, buah-buahan tempatan juga menjadi hidangan pilihan untuk setiap pelanggan mereka seperti manggis, rambutan, pisang emas dan buah dokong.
Blogger Cik Lily Putih |
Blogger Hazman dan Shakiddo |
KEMUDAHAN : Surau bagi lelaki dan wanita juga disediakan dan parking kereta adalah percuma kepada setiap pegunjung.
Untuk maklumat lanjut mengenai Bufet Berbuka di sini, korang boleh hubungi :
Ms Khaila Khalid
Email : khaila@puripujangga.com.my
Tel : 03 - 8927 4128 / 8926 2443
H/p: 017 - 699 2437
Website : www.puripujangga.com.my
1 Ulasan
Pavlova tu menyelerakan tekak saya pula...
BalasPadam