BUFET RAMADHAN 2015 DI PICC | PUTRAJAYA | Bulan puasa dah makin menghampiri kita umat islam. Maka sudah menjadi satu kemestian bagi kita untuk mencari tempat yang sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun sahabat terdekat.
Untuk entry kali ini, Mat Remos ingin berkongsi dengan korang mengenai Buffet Ramadhan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau lebih dikenali sebagai PICC. Pada tahun 2015 ni, PICC telah memperkenalkan promosi Berbuka
Puasa Kali Kedua mereka iaitu ‘Buffet Ramadhan 2015’ yang bertemakan “Hidangan Tradisi
Warisan Budaya”. Untuk pakej berbuka puasa pada kali ini, PICC akan menyediakan 300 jenis hidangan
yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan.
Pakej berbuka puasa di PICC pada tahun 2015 ini akan bermula pada 20 Jun dan akan berakhir pada 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM 88.00 untuk dewasa dan RM 44.00 untuk kanak-kanak. Untuk pengetahuan pembaca, bayaran bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Bufet Ramadhan untuk kali ini juga diadakan di Cafe@PICC, yang mana ia dikatakan dapat memuatkan 1000 orang pada satu masa.
Foto PICC |
HIDANGAN BUFET RAMADHAN PICC 2015
Antara senarai hidangan utama yang akan menjadi tumpuan adalah Sup Ekor Berempah, Kerabu Betik
Muda (Som Tam) Buah Pauh Daging Salai, Nasi Ulam Utara, Kerang Bakar Bersambal,
Shawarma Ayam dan Daging, Satar Terengganu, Rendang Kambing, Gulai Daging
Pisang Muda, Pajeri Jantung Pisang, dan
lain-lain lagi hidangan yang berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu.
Kambing golek |
Nasi Beriani |
Nasi Beriyani_ Foto PICC |
Dapur terbuka menyediakan makanan panas |
Promosi ini turut menyediakan hidangan yang berasaskan pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine beserta Sos Bolognese, Napolitana dan Carbonara. Bagi mereka yang inginkan kelainan semasa berbuka puasa, boleh mencuba hidangan pasta yang lazat ini.
HIDANGAN BERBUKA MENGIKUT TEMA
Bufet ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti
“Pembuka Selera”, “Kecur Liur, “Pemanis Mulut”, “Manisan Periuk Tanah Liat”, “Gerai
Utama PICC”, “Kawah Warisan”, “Aneka
Panggang”, “Kebun Buah Pak Rusmie”, “Aneka Keropok” dan “Jeruk Pak Ali”.
Kecur Liur |
Kawah Warisan |
"Haus" ruangan minuman |
“CABUTAN BERTUAN- DUIT RAYA TUNAI”
Apa yang lebih menyeronokkan adalah, sambil kita menjamu selera, pengunjung berpeluang memenangi “Cabutan Bertuah” dengan hadiah
utama “Duit Raya Tunai” sebanyak RM 3,000.00 disamping hadiah-hadiah menarik
yang bernilai lebih RM10,000.00. Penyertaan adalah terbuka kepada semua
pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Syawal di laman
Facebook PICC.
Bersempena dengan bulan ramadhan
ini juga, pihak pengurusan PICC turut menyediakan solat terawih berjemaah
bermula pada hari pertama promosi ini bertempat di surau yang disediakan bagi
kemudahan orang ramai. Surau wanita di aras Mezzanine manakala surau lelaki di
aras Concourse.
Blogger dan Chef yang menyediakan hidangan di Bufet Ramadhan PICC |
Bagi mereka yang mencari
kelainan semasa berbuka puasa samada bersama keluarga atau rakan-rakan
disamping menikmati pemandangan indah sekitar Bandar Putrajaya, PICC adalah
destinasi yang terbaik untuk anda datang berbuka puasa. Rosma AF akan menghiburkan para pengunjung dengan
alunan muzik yang sesuai dengan bulan Ramadhan sepanjang tempoh promosi ini.
TEMPAHAN BUFET RAMADHAN PICC 2015
Bagi
tempahan untuk Buffet Ramadhan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887
6162. Pada tahun ini tempahan juga boleh didapati melalui online booking
dilaman web www.ticketonline.my/picc.
PICC turut menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat-syarikat
yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan mereka.
PICC juga turut menawarkan pakej korporat untuk majlis rumah terbuka atau “Raya Open House” bagi syarikat – syarikat korporat.
Sekiranya ada yang
berminat, sila hubungi talian 03-8887 6000 atau lawati laman web PICC di http://www.picc.com.my, untuk mendapatkan maklumat mengenai
acara atau pakej yang ditawarkan dengan pantas bolehlah menggunakan saluran
media sosial rasmi Facebook PICC iaitu http://www.facebook.com/piccmalaysia atau Twitter PICC @piccmalaysia.
Bagi mendapatkan maklumat korporat PICC, sila hubungi Cik Kumari Nahu di
talian 03-8887 6000 atau emel kumari.nahu@picc.com.my .
PICC
diuruskan oleh :
Putrajaya
International Convention Centre Sdn. Bhd.
Dataran
Gemilang, Presint 5
62000
Putrajaya
Tel :
03-8887 6000
Faks :
03-8887 6499
Facebook/Twitter
: @piccmalaysia
3 Ulasan
Fuh! Kalau pergi sini, balik rumah je confirm cari mesin timbang berat bhaha
BalasPadammusim dia dah sampai bro :) ahahah
PadamAlhamdulillah ramadhan dah hampir. Kami kurang makan di luar. Sebab kami terus makan nasi. Maklumlah perut ori Asia. Nasi terkam dulu.
BalasPadam