Ticker

6/recent/ticker-posts

BUFET RAMADHAN 2015 DI PICC | PUTRAJAYA

BUFET RAMADHAN 2015 DI PICC | PUTRAJAYA | Bulan puasa dah makin menghampiri kita umat islam. Maka sudah menjadi satu kemestian bagi kita untuk mencari tempat yang sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun sahabat terdekat.

Untuk entry kali ini, Mat Remos ingin berkongsi dengan korang mengenai Buffet Ramadhan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau lebih dikenali sebagai  PICC. Pada tahun 2015 ni, PICC telah memperkenalkan promosi Berbuka Puasa Kali Kedua mereka iaitu ‘Buffet Ramadhan 2015’ yang bertemakan “Hidangan Tradisi Warisan Budaya”. Untuk pakej berbuka puasa pada kali ini,  PICC akan menyediakan 300 jenis hidangan yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan.

“Hidangan Tradisi Warisan Budaya”
Pakej berbuka puasa di PICC pada tahun 2015 ini akan bermula pada 20 Jun dan akan berakhir pada 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM 88.00 untuk dewasa dan RM 44.00 untuk kanak-kanak. Untuk pengetahuan pembaca, bayaran bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Foto PICC
Bufet Ramadhan untuk kali ini juga diadakan di Cafe@PICC, yang mana ia dikatakan dapat memuatkan 1000 orang pada satu masa.

HIDANGAN BUFET RAMADHAN PICC 2015



Antara senarai hidangan utama yang akan menjadi tumpuan adalah Sup Ekor Berempah, Kerabu Betik Muda (Som Tam) Buah Pauh Daging Salai, Nasi Ulam Utara, Kerang Bakar Bersambal, Shawarma Ayam dan Daging, Satar Terengganu, Rendang Kambing, Gulai Daging Pisang Muda, Pajeri Jantung Pisang,  dan lain-lain lagi hidangan yang berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu.


Kambing golek
Nasi Beriani
Nasi Beriyani_ Foto PICC
Manakala, senarai Pemanis Mulut yang akan disediakan ialah seperti Chocolate Fountain bersama buah-buahan segar yang di celup dengan chocolate, Apam Balik dan Kueh Onde-Onde.


Dapur terbuka menyediakan makanan panas

Sinonim dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, PICC turut menyediakan pelbagai jenis bubur sebagai pelengkap untuk berbuka puasa. Antara hidangan bubur yang disediakan adalah Bubur Lambuk Berempah PICC, Bubur Kacang Hijau Durian, Pengat Labu dan Pengat Pisang.


Promosi ini  turut menyediakan hidangan yang berasaskan pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine beserta Sos Bolognese, Napolitana dan Carbonara. Bagi mereka yang inginkan kelainan semasa berbuka puasa, boleh mencuba hidangan pasta yang lazat ini.

HIDANGAN BERBUKA MENGIKUT TEMA


Bufet ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti “Pembuka Selera”, “Kecur Liur, “Pemanis Mulut”, “Manisan Periuk Tanah Liat”, “Gerai Utama  PICC”, “Kawah Warisan”, “Aneka Panggang”, “Kebun Buah Pak Rusmie”, “Aneka Keropok” dan “Jeruk Pak Ali”.


Kecur Liur
Kawah Warisan
"Haus" ruangan minuman

“CABUTAN BERTUAN- DUIT RAYA TUNAI”


Apa yang lebih menyeronokkan adalah, sambil kita menjamu selera, pengunjung berpeluang memenangi “Cabutan Bertuah” dengan hadiah utama “Duit Raya Tunai” sebanyak RM 3,000.00 disamping hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih RM10,000.00. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Syawal di laman Facebook PICC.

Bersempena dengan bulan ramadhan ini juga, pihak pengurusan PICC turut menyediakan solat terawih berjemaah bermula pada hari pertama promosi ini bertempat di surau yang disediakan bagi kemudahan orang ramai. Surau wanita di aras Mezzanine manakala surau lelaki di aras Concourse.


Blogger dan Chef yang menyediakan hidangan di Bufet Ramadhan PICC
Bagi mereka yang mencari kelainan semasa berbuka puasa samada bersama keluarga atau rakan-rakan disamping menikmati pemandangan indah sekitar Bandar Putrajaya, PICC adalah destinasi yang terbaik untuk anda datang berbuka puasa. Rosma AF  akan menghiburkan para pengunjung dengan alunan muzik yang sesuai dengan bulan Ramadhan sepanjang tempoh promosi ini.


TEMPAHAN BUFET RAMADHAN PICC 2015 


Bagi tempahan untuk Buffet Ramadhan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887 6162. Pada tahun ini tempahan juga boleh didapati melalui online booking dilaman web  www.ticketonline.my/picc.

PICC turut menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan mereka. PICC juga turut menawarkan pakej korporat untuk majlis rumah terbuka atau “Raya Open House” bagi syarikat – syarikat korporat.

Sekiranya ada yang berminat, sila hubungi talian 03-8887 6000 atau lawati laman web PICC di http://www.picc.com.my, untuk mendapatkan maklumat mengenai acara atau pakej yang ditawarkan dengan pantas bolehlah menggunakan saluran media sosial rasmi Facebook PICC iaitu http://www.facebook.com/piccmalaysia atau Twitter PICC @piccmalaysia.

Bagi mendapatkan maklumat korporat PICC, sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau emel kumari.nahu@picc.com.my .

PICC diuruskan oleh :
Putrajaya International Convention Centre Sdn. Bhd.
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Website : www.picc.com.my
Facebook/Twitter : @piccmalaysia

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Fuh! Kalau pergi sini, balik rumah je confirm cari mesin timbang berat bhaha

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ramadhan dah hampir. Kami kurang makan di luar. Sebab kami terus makan nasi. Maklumlah perut ori Asia. Nasi terkam dulu.

    BalasPadam