BERCUTI MENEROKAI ALAM SEMULAJADI DI AGROFARMSTAY MELAKA | Agrofarmstay menantikan sesiapa sahaja yang ingin bercuti dan mendekati alam semulajadi. Ini kerana mereka mempunyai kemudahan dan tempat yang sesuai untuk mereka yang cintakan alam semulajadi.
INFO MENGENAI AGROFARMSTAY
Agrofarmstay Melaka ini menyediakan kemudahan penginapan yang sangat sesuai untuk pelbagai program dengan menyediakan 5 jenis penginapan yang pelbagai mengikut kesesuaian dengan kehendak pelanggannya. Antara jenis-jenis penginapan tersebut adalah, Villa 14 bedded, Riverview 2 bedded, Riverview 6 bedded, Garden view 8 bedded dan Chalet 10 bedded.
Villa 14 bedded
Selain villa, Agrofarmstay ini juga ada menyediakan penginapan berkonsepkan dorm dengan katil “double decker” dan semua bilik mempunyai penyaman udara. Terdapat juga bilik Twin dan Double Beds untuk pasangan.
Riverview 6 bedded
Garden view 8 bedded
Chalet 10 bedded
Chalet juga di sediakan yang mana sesuai untuk pelajar-pelajar yang datang untuk kem motivasi atau peserta kursus.
KEMUDAHAN YANG ADA DI AGROFARMSTAY |
Surau Teratai |
Kolam Renang |
Rumah Karoke berbentuk kasut |
Karaoke Room telah menjadi signature dan tarikan unik di Agrofarmstay ini. Ianya tersedia untuk disewa mengikut jam. Bilik karoke ini dikatakan mempunyai sehingga 60,000 buah lagu .
Suasana didalam bilik karoke_foto KBBA |
Kolam Kacang |
Menghabiskan masa lapang di waktu petang untuk lepak bersama kawan-kawan di tepi tasik yang di beri nama Kolam Kacang. Ianya cukup menenagkan sambil menikmati pisang dan cempedak goreng panas serta minuman panas sambil melihat keindahan tasik. Sukan kayak juga boleh dilakukan di tasik ini, peralatan di sediakan sememangnya cukup lengkap, perkhidmatan bot juga di sediakan.
Tempat menarik untuk fotoshoot |
Selain dari kemudahan-kemudahan di atas, di Agrofarmstay juga mempunyai taman herba mini untuk dilawati berdekatan dengan pet house mereka.
HARGA DAN BOOKING
Bagi mereka yang berminat untuk bercuti atau membuat sebarang program di Agrofarmstay ni, korang boleh membuat online booking di http://agrofarmstay.my/reservation/. Disini korang boleh melihat harga semasa dan tarikh yang available untuk disewa.
Mat Remos ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Agrofarmstay @Skilltech Durian Tunggal, Melaka yang menaja penginapan dan makanan kami sepanjang 3 hari 2 malam.
LOKASI AGROFARMSTAY
Website: agrofarmstay.my
Facebook: Agrofarmstay at Skill-Tech
Instagram: agrofarmstay
Telefon: 012-2118246/ 016-209 8623
Email: pertanyaan@agrofarmstay.my
2 Ulasan
Melaka sekarang dah terlalu banyak berubah,sesat tapi boleh kembali ke pangkal jalan jika akak drive di sana. Lokasi pelancongan naik bak cendawan. Tahniah Melaka!
BalasPadamTempat yang menarik.. Bestnye bercuti....
BalasPadamHot post - Percutian Keluarga Yang Menarik di Gambang Water Park