Ticker

6/recent/ticker-posts

PADA YANG SUKA CABARAN! #8 TEMPAT UNTUK JUNGLE TRACKING DI MALAYSIA.

#8 TEMPAT UNTUK JUNGLE TRACKING DI MALAYSIA | Mesti ramai diantara pembaca ProjekTravel yang tercari-cari sesuatu yang lebih mencabar untuk dijadikan kenangan, hobi ataupun tempat nak mengeratkan hubungan. Aktiviti ni sebenarnya sangat best kalau dapat buat ramai-ramai!

Jadi, dekat sini kami akan kongsikan 8 tempat untuk anda jungle tracking di Malaysia.

#1 Royal Belum, Perak


Royal Belum, Perak

Dikenali sebagai mixed dipterocarp forest. Kawasan yang sangat unik, best dan menyamankan. Aktiviti yang boleh dilakukan termasuk berenang dan meneroka hutan. Kredit gambar hbelumoutdoor.com

#2 Ulu Bendol, Negeri Sembilan


Ulu Bendol, Negeri Sembilan

825m dari paras laut dan mengambil masa kira-kira empat jam untuk memanjat. Pendakian ini membawa anda menjelajah sehingga 4.5km yang menyelusuri Sungai Batang Terachi. Turut dikelilingi Gunung Telapak Buruh, Gunung Berembun, Gunung Dato 'dan Gunung Tampin. Gambar dan info dari www.myholidayinmalaysia.com

#3 Gunung Ledang, Johor


Gunung Ledang, Johor

Dengan ketinggian 1,276m, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, anda boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas. Kredit gambar dari hikingrifting2013.blogspot.com

#4 Gunung Tebu, Terengganu


Gunung Tebu, Terengganu

1,039m serta mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan, keindahan Pulau Perhentian dapat dilihat dari Puncak Gunung Tebu jika tidak berkabus tebal. Kredit gambar naeltrg.blogspot.com

#5 Kinabatangan Floodplain, Sabah


Kinabatangan Floodplain, Sabah

Sungai kedua terpanjang di Malaysia, dengan panjang 560 kilometer dari hulu sungai di pergunungan barat daya Sabah, untuk cawangannya di Laut Sulu, timur Sandakan. Dipenuhidengan hidupan liar yang luar biasa dan habitat menarik seperti gua batu kapur di Gomantong bukit, hutan dipterokarp tanah kering, hutan sungai, hutan paya air tawar, tasik Oxbow dan paya bakau masin berhampiran pantai. Gambar dari www.endemicguides.com

#6 Niah National Park, Sarawak


Niah National Park, Sarawak

Niah adalah salah satu taman negara yang kecil di Sarawak, tetapi ia sudah pasti salah satu yang paling penting, dan mempunyai beberapa tarikan pengunjung yang paling luar biasa. Taman ini dikenali sebagai salah satu birthplaces tamadun. Niah, membuat taman salah satu tapak arkeologi yang paling penting di dunia.Gambar dan info dari wikipedia.

#7 Tasik Bera, Pahang


Tasik Bera, Pahang

Dikenali sebagai kawasan air paya tawar yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Dikelilingi oleh sebuah cantuman hutan kering hutan dipterokarp tanah rendah, alam sekitar yang awesome termasuk pulau-pulau hutan paya gambut. Kaya dengan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Gambar dari pahangtourism.com.my.

#8 Kuala Selangor Nature Park, Selangor


Kuala Selangor Nature Park, Selangor

Kuala Selangor Nature Park adalah syurga bagi pelbagai jenis flora dan fauna, Kuala Selangor Nature Park ini terdiri daripada lebih 200 hektar tanah pantai di mana sebahagian besar daripadanya adalah kawasan paya bakau. Sangat enjoy untuk aktiviti. Gambar dari roreyandcody.wordpress.com

----------------------------------------------------

Ini adalah 8 tempat yang boleh dikatakan asas untuk jungle tracking dekat Malaysia. Cuma berani atau tak saja. Ayuh kita menjelajah ke hutan Malaysia. Nikmatnya? Pergi dulu nanti baru boleh bicara.

Catat Ulasan

1 Ulasan