5 TIPS KEMPISKAN PERUT


5 TIPS KEMPISKAN PERUT | Makanan sering menjadi masalah kepada perut buncit. Perut buncit adalah perkara yang tidak diingini lebih-lebih lagi bagi golongan wanita. Bagi golongan lelaki, perut buncit boleh dikatakan 'aset' lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berumah tangga. 

Bagi admin secara peribadi, perut buncit akan sedikit menjejaskan penampilan dikhalayak ramai. Maka keterampilan perut sebagai aset utama menjadi point of view untuk mata-mata diluar melihat kita. 

Anda semua jangan mengambil enteng berkenaan perut buncit kerana dari perutlah segala penyakit akan wujud. 

Disini admin ingin kongsikan 5 tips kempiskan perut: 

TIPS KEMPISKAN PERUT

TIPS 1: MAKAN MAKANAN YANG BETUL    

Makanan seimbang adalah yang terbaik untuk seharian kerana dengan pengambilan diet yang betul, lemak dibahagian perut akan berkurangan. Makanan yang sepatutnya mengandungi fiber, protein dan mineral, sayur hijau dan juga karbohidrat kompleks.

TIPS 2: BERHENTI MAKAN LEWAT MALAM

Kebanyakan rakyat Malaysia suka meluangkan masa bersantai diluar bersama rakan-rakan dan mengambil makanan lewat malam (supper). Apabila selesai, mereka akan kembali kerumah dan terus tidur. Ini adalah salah kerana lebihan gula yang dimakan tadi tidak boleh dibakar semasa kita tidur dan akhirnya akan menjadi lelemak.

TIPS 3: BERHENTI DARI MEMAKAN MAKANAN RINGAN

Sesetengah orang menjadikan makanan ringan sebagai kudap-kudapan dikala bosan. Makanan ini sekiranya diambil secara berlebihan akan membina lelemak dikawasan perut. Amalkan buah-buahan sebagai 'makanan ringan' dikala bosan.

TIPS 4: LAKUKAN SENAMAN

Amalkan senaman yang mudah seperti banyak berjalan, naik tangga dan juga jogging untuk membakar lemak. Kekerapan senaman ini akan membakar lebihan lemak dibahagian perut.

TIPS 5: KURANGKAN MINUMAN SODA, JUS DAN BERGULA

Minuman soda, jus dan bergula adalah tinggi kalori. Jumlah ini akan melambatkan proses mengempiskan perut. Banyakkan meminum air masak atau air mineral.

Ini adalah antara 5 tips kempiskan perut yang admin amalkan untuk memiliki perut yang munggil dan cantik. Hehehe

Selamat mencuba



Catat Ulasan

5 Ulasan


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com