6 TIPS MENGAWAL PEMAKANAN

Gambar sekadar hiasan

6 TIPS MENGAWAL PEMAKANANAnda jenis yang susah nak kawal makan? Jom admin kongsi sedikit mengenai tips mengawal pemakanan

Admin yakin anda semua samada lelaki mahupun wanita inginkan tubuh yang cantik dan sihat. Susuk tubuh yang menarik dan sihat boleh meningkatkan kadar keyakinan seseorang didalam kegiatan seharian seseorang. 

Bagi anda yang sedang berdiet, pasti ingin diet dengan mengurangi nafsu makan. Bagaimana mahu mengurangi nafsu makan yang berlebihan itu dengan lebih berkesan?

Tips Mengawal Pemakanan 

Ini admin kongsikan tip mengawal pemakanan supaya anda semua boleh gunapakai didalam kehidupan seharian. 

1. Minum air masak dengan lebih banyak

Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.

Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh. Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air masak sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.

2. Bersenam

Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!

3. Jangan lambat bersarapan!

Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting. Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya, anda akan mengambil makan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.

4. Pengambilan protein ketika sarapan

Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.

5. Pengambilan teh

Anda gemar kudap-kudapan , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan kudap-kudapan tersebut dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. 

Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.

6. Makan dengan teratur

Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan korang daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan korang makan lebih banyak.

Semoga tips mengawal pemakanan yang abam kongsi ini diharap dapat membantu kearah kehidupan yang lebih sihat dan mejadikan tubuh yang lebih montok. 

Adaptasi dari blog : www.fauziaryaan.com 


Catat Ulasan

3 Ulasan


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com