Ticker

6/recent/ticker-posts

12 Taman Tema Malaysia Patut Dikunjungi !! #12 Masih Baru

12 Taman Tema Malaysia Patut Dikunjungi | Sempena cuti sekolah ini, tidak perlu memerah otak berfikir panjang lokasi manakah yang menarik dikunjungi untuk bersantai bersama keluarga kerana kami akan mencadangkan destinasi taman tema terpilih untuk dikunjungi. 

Legoland Malaysia_ foto www.legoland.com.my


12 Taman Tema Malaysia Patut Dikunjungi


1. LOST WORLD OF TAMBUN, Perak

Berbanding taman tema lain di seluruh negara, Lost World of Tambun (LWOT) terletak di Ipoh, Perak paling unik. Ia adalah taman tema air buatan manusia dengan seni bina Mayan yang cantik selain pemandangan indah tasik, hutan hujan tropika dan bukit batu kapur berusia 400 juta tahun. Lima elemen yang dipertaruhkan sebagai tarikan ke LWOT iaitu Waterfall Beach Garden, Adventurific Water Slider (taman air), Fantabulous Dry Rides (taman tema kering), Tambun Hot Springs dan Tiger Valley.

website: http://www.sunwaylostworldoftambun.com/

2. THE CARNIVALL, Kedah

Taman tema The Carnivall seluas empat hektar berkonsepkan dry park dan water park menjadi destinasi pelancongan yang popular di negeri utara semenanjung kerana berdekatan dengan pusat-pusat ekonomi utama di wilayah utara iaitu Pulau Pinang dan juga berdekatan dengan selatan Thailand. Jika anda dari Lebuhraya Utara Selatan, keluar ikut tol Sungai Petani (U) dan ambil susur jalan ke pusat bandar ke taman tema ini.

website: http://home.thecarnivall.com/rates/water&landofexcitement.html

3. SUNWAY LAGOON, Selangor

Menawarkan taman tema air yang terunggul pada masa ini, malah ia turut menawarkan lebih 80 jenis keriangan menarik yang boleh anda alami sendiri bersama keluarga tersayang. Taman-taman tema ini merangkumi taman tema air (Water Park), taman tema amusement (Amusement Park), taman tema ekstrem (Extrem Park), taman tema hidupan liar (WildLife Park) dan juga taman tema Scream Park.

Menawarkan dua jenis taman tema air, ‘Waters of Africa’ dan ‘Sunway Surf Beach’, ia adalah satu-satunya kawasan pantai yang terdapat di pusat bandar.

website: http://www.sunwaylagoon.com/

4. KIDZANIA, Selangor

Di KidZania Kuala Lumpur bertempat di e@curve Mutiara Damansara, tersedia pusat bertema edutainment untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga 14 tahun mengalami sendiri pengalaman tersebut. Kota kanak-kanak yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia ini membolehkan si cilik meneroka dunia golongan dewasa dalam tempoh lima jam.

website: http://www.kidzania.com.my/

5. WET WORLD SHAH ALAM, Selangor

Wet World Water Park Shah Alam, yang juga dikenali sebagai taman tema air pertama mesra alam di Malaysia terletak dilokasi strategik berlatar belakangkan Masjid Biru di Taman Tasik Shah Alam di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.

Permaianan paling menjadi tarikan utama di sini ialah Monsoon Buster Adventure iaitu gelongsor air sepanjang 205 meter. Di samping itu di sini turut mempunyai beberapa permainan baharu seperti Super Hurricane iaitu gelung gelongsor air gergasi yang pertama seumpamanya di Malaysia.

website: http://www.owg.com.my/wetworld.html

6. COSMO WORLD THEME PARK, Kuala Lumpur

Untuk kelainan, apa kata bawa keluarga atau teman baik anda ke Cosmo World Theme Park yang terletak di kompleks beli-belah Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Konsepnya yang unik (indoor) dengan reka bentuk dan warna-warni mempunyai cerita yang tersendiri

website: http://www.berjayatimessquarethemeparkkl.com/

7. GENTING HIGHLAND, Pahang

Taman tema yang cukup terkenal tidak kira buat penduduk tempatan atau pelancong asing. Lokasinya yang terletak di atas bukit dengan suhu sejuk yang nyaman, pasti memberikan keseronakan berganda untuk anda dan keluarga berhibur. Jika bercadang untuk bermalam di sini, pastikan anda membuat tempahan awal bilik penginapan.

website: http://www.rwgenting.com/

8. BUKIT GAMBANG, Pahang

Bagi anda yang berada di kawasan pantai timur, jangan lepaskan peluang mengunjungi Bukit Gambang Resort City (BGRC) yang terletak di Kuantan, Pahang. Terletak kira-kira 35 kilometer atau 30 minit perjalanan dari Kuantan, BGRC menawarkan pakej percutian keluarga yang pastinya tidak akan mengecewakan. Bertemakan ‘Stay Cool, Get Wet’, si kecil pasti teruja dengan Penguin Island, apatah lagi dengan kehadiran seekor ‘ikan pirana’ yang menyemburkan air.

website: http://www.bgrc.com.my/

9. A’FAMOSA RESORT, Melaka

Dengan keluasan 520 hektar, A’Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka menjanjikan pengalaman percutian yang berbeza kepada setiap pengunjung. Di sini menampilkan tiga buah taman tema iaitu Water World, Animal World Safari dan Cowboy Town. Water World merupakan taman tema air terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai permainan air termasuk gelongsor kelajuan tinggi, gelongsor dalam tiub, rakit keluarga dan kolam kanak-kanak.

Animal World Safari juga tidak kurang hebatnya dengan tarikan Safari Adventure iaitu menaiki trak untuk melihat haiwan liar seperti harimau, singa dan zirafah. Selain itu, pengunjung juga boleh menaiki bot untuk ke Monkey Island yang menempatkan beberapa spesies monyet. Jika penat berjalan, pengunjung boleh melihat pertunjukan burung dan Wild Wild West Show yang pasti mencuit hati. Pada waktu malam, pengunjung bagaikan berada di pekan cowboy apabila taman tema Cowboy Town dibuka pada pukul 6 petang. Keunikan pertunjukan Red Indian pada pukul 9 malam dengan aksi bahaya bermain api berjaya membuatkan penonton terhibur dan kagum.

website: http://www.afamosa.com/

10. MELAKA WONDERLAND, Melaka

Taman tema air Melaka Wonderland di Ayer Keroh destinasi tidak asing bagi setiap pelancong yang berkunjung ke Melaka. Terdapat sembilan jenis permainan berasaskan air termasuk 16 gelongsor dan sebuah kolam air yang dilengkapi ombak dan pelbagai lagi mainan mencabar di taman itu. Melaka Wonderland mempelbagaikan lagi tarikannya bagi memastikan pengunjung tidak bosan dihidangkan permainan serupa setiap kali berkunjung ke sini. Terbaru Taman Dinosaur yang menampilkan 15 jenis replika dinosaur termasuk fosil dan telur haiwan prasejarah yang sudah pupus sejak 65 juta tahun lalu diperkenalkan.

website: http://www.melakawonderland.com.my/

11. LEGOLAND, Johor Bharu 

LEGOLAND® Malaysia Resort merupakan gabuangan Park LEGOLAND, Taman Air dan Hotel di lokasi bertemakan satu LEGO®. LEGOLAND® Malaysia Resort mempunyai tujuh kawasan bertema tarikan untuk semua peringkat umur . LEGO® Teknik, LEGO Kingdoms, Imagination, LEGO City, Land of Adventure dan MINILAND
website: http://www.legoland.com.my/

12. Distric 21, IOI City Mall, Putrajaya *NEW

Mempunyai 11 tarikan di District 21 @ IOI City Mall range from established products such as the High Ropes course, interactive climbing (Power Station), Launch Pad (Trampoline), Tubby Ride, Free Fall, to unique bespoke attractions like the Floating Maze, Pump track, Go Pedal and the world’s first – The Roller Glider.

website: https://www.facebook.com/district21park

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. CARNIVALL kedah tu aku x penah dengar~

    BalasPadam
  2. Baru 4 lokasi akak terjah. Ermmmm

    BalasPadam
  3. Legoland sih wajib banget kalau lagi nyasar ke johor bahru :)

    BalasPadam
  4. the carnivall kedah tu kat s.petani..waterpark paling murah dlm malaysia tu..28 hinggit sj adult..pelampung foc...xbesar sangat...nk bw anak2 kecil 2-6 tahun ok la..senang nk control..harap maklum

    BalasPadam
  5. Bagi pengunjung asing butuh pasport tak kalau masuk..

    BalasPadam