Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Berbuka Puasa & Hari Raya di Manhattan Fish Market Pada Tahun 2023


Menu berbuka puasa & Raya di Manhattan Fish Market pada tahun 2023 | Bulan Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi seluruh umat muslim di seluruh dunia, di mana umat muslim menjalankan ibadah puasa dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Apabila azan magrib berkumandang, kita seharusnya mendapatkan juadah yang selayaknya sebagai menu berbuka puasa setelah seharian menahan lapar dan dahaga.


Salah satu restoran yang menyajikan menu berbuka puasa yang boleh kalian cuba adalah di rangkaian restoran Manhattan Fish Market. Restoran ini cukup terkenal dengan hidangan seafood nya yang segar dan bermutu tinggi. Menu berbuka puasa di Manhattan Fish Market pada tahun 2023 ini sangat sesuai untuk dijadikan juadah berbuka setelah seharian berpuasa.

Dalam artikel ini, kita akan kongsikan beberapa menu berbuka puasa yang disajikan oleh Manhattan Fish Market sepanjang bulan puasa ni. Jadi, mari kita mulai!

Tawaran Masa Terhad untuk Menu Lokal Kampung Kat Sea-Nie

Menu Berbuka Puasa di Manhattan Fish Market Pada Tahun 2023
Asam Sambal Manhattan Fish ‘N Chips Alaskan Pollock
Hidangan pertama yang Manhattan Fish Market perkenalkan adalah Asam Sambal Manhattan Fish ‘N Chips Alaskan Pollock. Ikan disalut tepung nipis dan digoreng hingga keemasan membuatkan setiap gigitan rangup di luar dan lembut di dalam. Dihidangkan dengan sos Asam Sambal yang dimasak bersama pes asam jawa, sos yang pedas dan masam ini amat sesuai dijadikan sos untuk mencicah. Sajian ini sesuai untuk penggemar sambal yang suka akan rasa pedas. Ia juga dihidangkan bersama kerepek.

Menu Berbuka Puasa di Manhattan Fish Market Pada Tahun 2023
Baked Sambal Belado Cherry Snapper
Menu seterusnya adalah Baked Sambal Belado Cherry Snapper, hidangan ini dibalut dan dipanggang di dalam aluminium foil untuk memastikan aroma dan perisanya kekal supaya pelanggan dapat menikmati keenakan dalam setiap suapan. Ia disajikan dengan nasi herba bawang putih dan brokoli untuk melengkapkan sajian. Ikan Cherry Snapper dilumurkan dengan sos Sambal Belado pedas dan hangat yang dibuat oleh The Manhattan FISH MARKET sendiri dengan menggunakan campuran cili merah pedas yang ditumis, bawang merah, bawang putih, dan rempah-ratus.

Menu Berbuka Puasa di Manhattan Fish Market Pada Tahun 2023
Baked Whole Siakap
Menu ketiga pula adalah Baked Whole Siakap yang sangat sesuai untuk dikongsi bersama sehingga 3 orang. Sosnya yang diinspirasikan dari Korea mempunyai gabungan rasa pedas dan menyelerakan. Fillet ikan disapukan dengan sos merah yang enak dan dibakar hingga empuk dan lembut. Meneruskan dengan tema makanan Korea, cendawan enoki dan kubis dibakar bersama untuk mendapatkan rasa makanan Korea yang lebih asli. Pilihan ini sempurna untuk pelanggan yang ingin mencuba gabungan makanan tempatan dan Korea.

Sebagai penyejuk badan, The Manhattan FISH MARKET juga memperkenalkan dua minuman baharu sebagai pelengkap kepada menu-menu di atas. Lychee Mint ialah minuman sejuk dengan aroma pudina, limau nipis, dan sirap laici yang memberikan sedikit rasa manis. Minuman ini sesuai untuk berbuka puasa di bulan Ramadan kerana ia menyegarkan dan tidak begitu berkarbonat. Untuk rasa yang lebih lokal, pelanggan boleh mencuba Katira, minuman berperisa pandan yang diperkaya dengan sirap pandan The Manhattan FISH MARKET bersama biji selasih dan susu sejat. Minuman ini mempunyai penampilan yang khas dan memberikan rasa susu selepas setiap hirupan.


Set menu kombo juga tersedia untuk pelanggan yang hadir secaraca berkumpulan. Untuk masa terhad sahaja, pelanggan boleh mencuba Platter Berdua untuk 2 orang, Makan Bersama Platter untuk 4 orang dan Makan Beramai Platter untuk 6 orang. Menu Kampung Kat Sea-Nie boleh didapati di semua cawangan The Manhattan FISH MARKET bermula 6 Mac sehingga 21 Mei 2023.

Pesanan penghantaran makanan juga terdapat di GrabFood, foodpanda dan ShopeeFood serta boleh dibungkus tanpa sentuhan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.manhattanfishmarket.com/

#MFMWithYou #TheManhattanFISHMARKET #MFMMY #KampungKatSeaNie

Kredit foto @budaksalji

Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel

Catat Ulasan

0 Ulasan