Ticker

6/recent/ticker-posts

PELANCONG DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK BERCUTI DI KAWASAN BERISIKO TINGGI PADA MUSIM TENGKUJUH


Ramai ibu bapa telah merancang percutian menarik untuk anak-anak mereka pada cuti persekolahan hujung tahun ini. Namun, musim tengkujuh juga bermula dan para pelancong perlu menjangkakan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat, ribut dan juga tanah runtuh. Pada September yang lalu, Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Selangor telah mengenalpasti 87 tempat berpotensi banjir di seluruh Selangor, oleh itu mereka yang merancang percutian di kawasan berbukit, hutan, atau tempat rekreasi harus mengelakkan diri dari melawati kawasan berisiko tinggi itu.

Menurut perkhidmatan meteorologi Malaysia, tempoh tengkujuh timur laut negara telah diramalkan akan bermula pada pertengahan November sehingga Mac 2023, dimana ia akan membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah, termasuk sungai dan air terjun. Apabila fenomena kepala air berlaku, apa-apa sahaja di laluannya akan segera dihanyutkan. Oleh itu, pelancong perlu berhati-hati dan keluar dari kawasan sungai sebaik sahaja daun atau kayu mati mengalir dari air terjun. Orang ramai juga perlu menjaga alam sekitar dan membuang sampah secara di tempat yang disediakan bagi mengelakkan halangan aliran sungai.

Oleh kerana cuaca yang buruk sepanjang musim tengkujuh, penggemar aktiviti outdoor dinasihatkan untuk menunda aktiviti hiking dan perkelahan mereka. Bagi mengurangkan risiko tersesat di dalam hutan, terperangkap dalam tanah runtuh atau banjir. Tanah runtuh dan banjir merupakan bencana yang kebiasaannya terjadi di kawasan yang berisiko tinggi. Tanpa pengetahuan tentang kawasan dan maklumat tentang musim tengkujuh yang mencukupi, pelancong boleh terdedah kepada risiko. Kawasan hutan merupakan salah satu lokasi pelancongan semasa cuti terutamanya untuk aktiviti seperti mendaki dan berkhemah di mana tapak khemah atau trek akan menjadi licin pada musim hujan. Ibu bapa sangat digalakkan untuk mengingatkan anak-anak mereka bagi menjauhi kawasan-kawasan ini.

Oleh kerana kejadian di Batang Kali di Kuala Kubu Bharu yang lepas, rakyat Malaysia dinasihati untuk terus berwaspada semasa musim tengkujuh dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila merancang atau pergi percutian mereka.

Catat Ulasan

0 Ulasan