Ticker

6/recent/ticker-posts

PENGALAMAN TEMA TERBARU DI LEGOLAND® MALAYSIA

PENGALAMAN TERBARU JASMEEN DI LEGOLAND® MALAYSIA | Terima kasih kepada Projek Travel dan LEGOLAND® Malaysia for this opportunity and wonderful moments. Lebih-lebih lagi ini merupakan pengalaman berharga buat Jasmeen kerana 1st time dia dapat meneroka sendiri pelbagai aktiviti dan permainan yang terdapat di sana.

Actually dah lama Jasmeen nak pergi sini sebenarnya lebih-lebih lagi bila dia mendengar pengalaman-pengalaman dari kawan-kawan sekelas dia yang pergi bercuti ke LEGOLAND® Malaysia. Tak dapat aku gambarkan bila mana dia aku lihat ekspresi muka dia yang happy dan memeluk-meluk aku setiap kali melihat persembahan dan bermain permainan-permainan yang disediakan di sana. Dia still enjoy walaupun penat berpuasa. Allahu 😭


Selama 3H2M di LEGOLAND® Malaysia, kami menginap di bilik bertemakan Pirate yang dilengkapi dengan 1 katil double decker dan 1 katil bersaiz Queen. Kalau ikutkan harga biasa boleh cecah around RM700++ dan kalau including breakfast around RM1K jugak la harga dia. Tapi sepanjang bulan ini pihak LEGOLAND® Malaysia memberikan promo istimewa di mana harga bilik dikurangkan menjadi RM499/2H1M sahaja. Korang boleh buat tempahan terus di laman web LEGOLAND® Malaysia atau call kaunter mereka terus untuk sebarang pertanyaan. Promosi ini berlangsung sehingga 30 April 2022 sahaja dan bergantung juga kepada kekosongan bilik yang ada.



Then sepanjang 3H2M ini kami disajikan dengan hidangan berbuka buffet Ramadhan dan juadah sahur di Bricks Family Restaurant. Harga yang ditawarkan adalah RM138 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak dan warga emas. Bertemakan Flavours Of Nusantara, tahun ini mereka menyajikan lebih 200 jenis juadah dan hidangan-hidangan menarik untuk para tetamunya. Actually aku rasa hotel LEGOLAND® Malaysia ini menyajikan menu buffet Ramadhan paling banyak berbanding hotel-hotel yang pernah aku pergi tahun ni.



Antara menu-menu yang aku pasti menjadi tarikan pengunjung adalah seperti Kambing Golek, sate, ikan bakar, pepes, otak-otak, satar, sup ekor, aneka jenis sushi, live cooking pasta, kebab, cendol, seafood, ketam dan banyak lagi. Tu aku baru cerita dia punya highlight menu je, belum masuk lauk pauk, desserts dan yang lain-lain lagi. Malah tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian yang bertemakan tradisional. Untuk menu sahur plak tak banyak hidangan disajikan. Sepanjang kami menginap di sana, ada 3 ke 4 jenis lauk dan 2 jenis buah buahan dihidangkan kepada kami. Tapi pada aku okay dah tu sebab kami pun tak makan banyak untuk sahur.



So kat LEGOLAND® Malaysia ada beberapa permainan dan aktiviti yang boleh korang lakukan bersama keluarga antaranya seperti :


👉 Sea Life

👉 LEGO Technic

👉 LEGO City

👉 LEGO Kingdoms

👉 Minilands

👉 Imagination

👉 Land Of Adventures

👉 LEGO NinjaGo World

👉 Waterpark


Setiap satu bahagian tu ada berbelas dan berpuluh aktiviti yang boleh korang lakukan bersama keluarga. Kiranya memang satu hari suntuk la korang habiskan masa bermain kat sana. Kitorang sendiri perlukan masa 2 hari untuk mencuba permainan dan aktiviti-aktiviti di sana. Itupun ada beberapa aktiviti yang terpaksa kami skip kerana kesuntukan masa. Walaupun penat dan kehausan akibat berpuasa, tapi memang enjoy sangat lebih-lebih lagi dapat spend masa dengan keluarga. Taman tema LEGOLAND® Malaysia dibuka seawal 10 pagi dan tutup pada 6 petang setiap hari ye. Korang jangan risau sebab kat dalam taman tema tu ada beberapa restoran dan cafe yang turut dibuka untuk menerima kunjungan para pelawat.



Untuk makluman korang sepanjang April ni, korang layak mendapat potongan sebanyak 30% untuk Day Ticket ke taman tema tau. Bukan itu sahaja malahan korang hanya perlu membayar RM50 sahaja untuk tiket masuk ke Sea Life. Manakala jika korang berbelanja untuk menikmati hidangan buffet Ramadhan, korang layak untuk redeem tiket masuk ke Sea Life pada harga RM20 sahaja!! Murah kan?


APRIL PROMOTIONS

👉 30% Off for Theme Park Day Ticket

👉 Sea Life at only RM50

👉 Buffet Dinner + Access Sea Life RM20

👉 Special Events : Build The Thrills

👉 Room From RM499/2D1N


Sepanjang bulan April ini pengunjung LEGOLAND® Malaysia akan diperkenalkan dengan tema terbaru mereka iaitu Build The Thrills di mana kali ini mereka mempersembahkan hasil binaan  LEGO Ferrari 512 M Model yang bersaiz 2700 x 1200 x 700 mm dengan berat keseluruhan 280Kg!


Bukan itu sahaja malahan pengunjung juga dapat melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti baru antaranya seperti :


👉 Pit Stop

👉 Truck Attack

👉 Build-A-Car

👉 Robotic Maze Racer

👉 Friends Rally Showcase & Vehicle Parade

👉 Stunt Show

👉 Tech Mech

👉 Build The Thrills - Mini Show


Malah pengunjung bertuah juga dapat membawa pulang hadiah cabutan bertuah pada setiap Jumaat, Sabtu & Ahad. Syarat-syaratnya mudah hanya dengan membuat sebarang transaksi pembelian minimum RM50 dan boleh mendaftar nama untuk cabutan bertuah di kaunter yang telah ditetapkan.



Actually ini pengalaman baru yang menarik pada kami sekeluarga. Kalau nak diikutkan 3H2M memang tak cukup untuk kami lengkap main semua permainan dan melakukan aktiviti keluarga di sana. Thanks for this oportunity. InsyaAllah ada rezeki kami akan datang dan repeat lagi ke LEGOLAND® Malaysia lagi.


LEGOLAND® Malaysia

7, Persiaran Medini Utara 3,

79100 Nusajaya, Johor


Google Maps

https://maps.app.goo.gl/dyvi4UX4QscMHMqt5


Website

https://www.legoland.com.my/

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Lepas ni kena buat anual pass laa ek, baru best, tiap minggu boleh pergi sana..

    BalasPadam
  2. nampak menarikk. tapi tu lah, bulan puasa nak main penatt hhhaha

    btw memang nampak best kat legoland!

    BalasPadam