Puding Raja | Hidangan Dari Istana


Puding Raja | Hidangan Dari Istana | Menjadi kelaziman rakyat Malaysia, apabila usai menikmati juadah makan utama, pencuci mulut akan dicari. Pelbagai jenis manisan pencuci mulut yang ada di Malaysia. Memang jenuh admin ingin terangkan. Antara menu pemanis mulut yang ingin admin perkenalkan adalah Puding RajaPuding Raja yang dahulunya menjadi menu pencuci mulut yang popular bagi golongan istana di Negeri Pahang kini telah menjadi popular dikalangan rakyat jelata khususnya dikawasan Pekan, Pahang.

Keistimewaan Puding Raja


Apa keistimewaan Puding Raja ini berbanding menu pencuci mulut yang lain? Bagi admin secara peribadi, keistimewaan Puding Raja ini adalah terletak pada penyediaannya yang agak menguji kesabaran. Ini kerana kalau kita melihat juadah pencuci mulut yang lain, biasanya bahan-bahan akan dicampurkan menjadi satu adunan dan dimasak terus. 

Berlainan pula dengan Puding Raja ini kerana ianya akan dimasak satu persatu dan dihidangkan secara berlapis-lapis didalam satu bekas. 


Bermula dengan pisang lemak manis/emas yang digoreng, kemudian jala/urat emas, ditaburkan sedikit buah prun, buah ceri, biji gajus dan akhirnya dicurahkan kuah kastar. Haa nampak gambaran cara penyediannya. 

Untuk pengetahuan semua, fokus bagi penyediaan terpenting bagi Puding Raja ini adalah terletak pada pemilihan pisangnya. Pisang lemak manis atau pisang emas adalah yang terbaik didalam penyediaan Puding Raja ini. Sekiranya pisang jenis lain yang digunakan, rasanya tidak akan menjadi. 

Lihatlah betapa unik dan tersendirnya penyediaan Puding Raja ini berbanding menu pencuci mulut yang lain kan? Apa yang boleh admin katakan, rasanya memang sangat unik dengan rasa lemak berkrim sos custard dan juga rasa masam manis dari buah prune didalamnya. Memang terbaik.

Sumber: www.fauziaryaan.com

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. patutlah jarang nampak jual area n9 dan sel... popular di pahang rupanya.

    BalasPadam
  2. puding raja ni signature orang pekan pahang ! arghh teringin lak~

    BalasPadam
  3. Lokasi untuk lawatan & pembelian dimana ya ? saya pemandu pelancung.

    BalasPadam
  4. Lokasi untuk lawatan & pembelian dimana ya ? saya pemandu pelancung.

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com