Ticker

6/recent/ticker-posts

KONTIKI RESTAURANT | FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR



KONTIKI RESTAURANT |  FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR | Federal Hotel International and Federal Kuala Lumpur dengan bangganya memperkenalkan KONTIKI RESTAURANT. Restoran berkonsepkan kontemporari moden yang bergaya ini menjanjikan pemandangan santai dan menyegarkan kepada setiap pegunjungnya kerana ia benar-benar bersebelahan dengan kolam renang terbuka dengan taman berkonsepkan tropika di Federal Kuala Lumpur

The Federal Kuala Lumpur adalah hotel tertua di Kuala Lumpur sebaya dengan kemerdekaan negara iaitu 57 tahun.

Rekabentuk dalaman yang berkongsepkan modern contemporary
Hiasan dalaman KONTIKI RESTAURANT adalah gabungan konsep lama dan baru, bermula dengan dua Tikis gergasi di pintu masuk utama bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan setiap pegunjung.

Nama KONTIKI  dalam sejarah adalah rakit yang digunakan oleh Norway explorer dan penulis Thor Heyerdahl dalam ekspedisi 1947 beliau merentasi Lautan Pasifik dari Amerika Selatan ke pulau-pulau Polinesia. 

bersebelahan dengan kolam renang terbuka
Kerusi Rotan telah menjadikan KONTIKI RESTAURANT suatu kelainan. Untuk pengetahuan pembaca, kerusi ini juga digelar sebagai "kerusi cinta" atau dalam bahasa lainnya " Love Seats". Siling yang tinggi dibiarkan kosong hanya dibiarkan dengan hiasan "globe light" membuat apungan KONTIKI  seperti berada di sebuah laut terbuka pada malam yang tenang dan diterangi dengan cahaya bulan.

"kerusi cinta"
Selain dari konsep restorant yang sangat unik dan menarik, KONTIKI  RESTAURANT juga ada menawarkan buffet yang pelbagai dan menjanjikan pengalaman menjamu selera yang berkelas tinggi dengan konsep dapur terbuka,*saksikan kumpulan kami chef menyediakan makanan anda secara langsung.

Dengan konsep dapur terbuka pegunjung boleh melihat sendiri bagaimana makanan mereka dimasak

KONSEP HIDANGAN DI KONTIKI RESTAURANT [Buffet Kontiki]

Restoran Kontiki ada menyediakan rasa antarabangsa dan hidangan tempatan asli dengan makanan-makanan yang segar, dan menyelerakan. Buffet Kontiki mempunyai pelbagai pilihan campuran unik masakan asia dan juga eropah bersama hidangan masakan tradisional dengan cara utama mereka iaitu penggunaan ketuhar saluran gergasi dimana mereka memanggang menu seperti daging itik dan pelbagai gaya itik barbeku ala hong kong. 

Salah satu menu dari daging itik yang MY sempat rasa
Pada sebelah malam, makan malam bufet itu akan menampilkan dapur bbq tambahan dengan pelbagai makanan laut, kerang, ayam dan daging yang pasti akan membuatkan anda rambang mata. Bukan saja nampak menyelerakan. Tetapi sudah semestinya rasa yang tidak pernah akan mengecewakan siapa yang mencuba.

Roast Prime Rib
Roast Chicken With Herb
Roast Rack of Lamb
Pegunjung boleh memilih sendiri untuk menikmati potongan daging, makanan laut dan sayur-sayuran lazat yang di panggang atau bakar dengan sempurna. Seafood siap hidang juga menjadi daya penarik utama di Buffet Dinner di sini. 





Terdapat juga setesen Nyonya Laksa, Asam Laksa, Udang Noodle dan Hainan Chicken Rice disertai juga pasta, pizza dan sandwic. Bagi pembuka selera, sup dan pencuci mulut, menu baru ini menonjolkan satu gabungan hidangan Pasifik Selatan seperti Ika Rimurimu (rebus fillet ikan dengan sos rumpai laut dihidangkan dengan kentang puding),Mitikau Stew (kiub daging lembu rebus dengan sayur-sayuran akar dihidangkan dengan ubi keledek panggang), Reme Tapatapahia (panggang dihidangkan dengan sos epal pudina) dan Kaimoana Platter (makanan laut goreng dengan buah-buahan salsa dip).

Pencuci mulut
Jangan risau, KONTIKI RESTAURANT juga ada menyajikan sajian kegemaran Malaysia dan makan kanak-kanak di dalam menu ala carte. Sebagai contohnya ialah sate, dan sudah menjadi satu kemestian kepada pengunjung yang datang ke KONTIKI RESTAURANT untuk merasai sendiri kelazatan Teh Tarik yang diberi nama "Teh Tarik Fauziah Latif"



Penekanan kepada makanan berkonsepkan sajian Malaysia ini adalah kerana mereka amat menitik beratkan hidangan tempatan yang mencerminkan budaya kita yang sebenar.


HARGA BUFFET

Buffet Lunch Isnin - Jumaat

RM88.00 ++ Dewasa
RM48.00 ++ Kanak-kanak

Buffet Dinner Isnin -Khamis & Ahad

RM98.00 ++ Dewasa
RM58.00 ++ Kanak-kanak

Kontiki Restaurant ini di buka setiap hari untuk buffet makan tghari dan buffet makan malam sahaja. Tapi tidak semua makan malam ada pada tghari. Kalau nak dapatkan maklumat lebih atau tempahan lanjut korang boleh layari laman web mereka seperti di bawah. 

Lunch: 12.30pm – 2.30pm
Dinner: 6.30pm – 10.00pm

Ala carte selection is served from 12 noon to 10.30pm

-----------------------------------------------

Adress :

Kontiki Restaurant
Mezzanine Floor
The Federal Kuala Lumpur
No. 35 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

Tel: (603) 21489166
Fax: (603) 21482877

Email: 
f&b@federal.com.my
Website:
www.fhihotel.com
www.kontiki.com.my

Foto http://www.razzwey.com/

Catat Ulasan

0 Ulasan