Sebagai deklarasi penuh, percutian mewah ini ditaja sepenuhnya oleh Journify, termasuk penerbangan pergi balik Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Velana International Airport, Maldives, serta penginapan mewah di Grand Park Kodhipparu. Terima kasih @Penaberkala
Kami tiba di lapangan terbang dan disambut dengan mesra oleh kru resort yang sudah sedia menanti. Sebelum memulakan perjalanan ke resort, kami mengambil kesempatan untuk menukar sedikit duit Ringgit ke mata wang Rufiyaa Maldivian, seperti yang disarankan oleh kru hotel. Kemudian, kami menaiki bot laju yang membawa kami dalam perjalanan selama 20 minit, melintasi air biru jernih menuju ke pulau persendirian yang menjanjikan pengalaman istimewa.
Penginapan di resort ini bukan sekadar tempat bermalam, tetapi satu pengalaman mewah yang sukar dilupakan. Kami di tempatkan di villa atas air yang dilengkapi dengan dek matahari yang luas, bath tub yang nyaman, dan akses langsung ke laut yang begitu tenang.
@projektravel It’s time to bid farewell to the enchanting Grand Park Kodhipparu #Maldives — a haven where every moment felt like a harmonious symphony of luxury, nature, and tranquility. #GrandParkKodhipparu @GrandParkKodhipparuMaldives @penaberkala ♬ original sound - ProjekTravel
Pakej Velaa Trip
Untuk pakej Shark Trip yang kami ambil bersama Velaa Trip, aktiviti yang disediakan bukan sahaja menarik, tetapi juga memberikan pelbagai pengalaman yang tak boleh dilupakan. Inilah apa yang termasuk dalam pakej kami:
Setiap aktiviti memberi kami perspektif baru tentang keindahan hidupan laut di Maldives, yang begitu kaya dan menakjubkan. Dari berenang dengan jerung jinak hingga bertemu ikan pari yang bebas berenang di habitat semulajadi mereka, setiap detik mencipta kenangan yang tak ternilai. Pakej yang kami ambil juga lengkap dengan rakaman drone, memberikan sudut pandang yang luar biasa untuk sandbank dan nurse shark, menjadikan setiap pemandangan lebih memukau.
Pengalaman ini bukan sahaja memperkenalkan kami kepada keindahan dunia bawah laut, tetapi juga menambahkan rasa kekaguman terhadap alam semula jadi Maldives, menjadikan ia kenangan yang tak akan kami lupakan sepanjang hayat.
Bayangkan, berada di tengah-tengah lautan biru jernih, dikelilingi oleh jerung-jerung besar yang berenang dengan tenang. Pada mulanya, rasa takut memang tak dapat dielakkan – jantung macam nak terlompat keluar! Tapi jangan risau kalau tak pandai berenang, kru Velaa Trip sangat profesional dan akan bantu anda dari A-Z. Mereka memastikan kami rasa sangat selamat sepanjang aktiviti. Jadi, anda hanya perlu bertenang, ikut arahan mereka, dan nikmati pengalaman luar biasa ini.
Melihat jerung-jerung dari dekat, menyaksikan gerakan mereka yang anggun di dalam air, adalah sesuatu yang mengagumkan. Rasa debar, teruja, dan takut bercampur menjadi satu – tetapi semua itu berbaloi bila kita sedar betapa istimewanya pengalaman ini.
Dan bila akhirnya kami naik semula ke bot, perasaan kami penuh dengan rasa puas. Kami hanya mampu tersenyum sambil berkata, 'Ini pengalaman yang akan kita ingat sampai bila-bila.'
Perjalanan kami ke lapangan terbang dijadualkan agak lewat, jadi kami ada banyak masa untuk relaks sebelum menaiki bot. Untuk pengetahuan korang, tiket bot ni berharga USD 15 seorang dan dioperasikan oleh iCom Tours. Kalau korang nak naik bot ke lapangan terbang, jangan lupa beli tiket lebih awal, sekurang-kurangnya sehari sebelum perjalanan. Perkhidmatan bot ni memang sentiasa penuh, jadi kalau tak beli awal, takut korang tak dapat tempat untuk masa yang korang pilih.
Untuk drone footage dan gambar trip siang tadi, kami perlu mengambilnya di kaunter Velaa Trip sekitar jam 8 malam. Namun, kerana bot kami ke lapangan terbang juga dijadualkan pada waktu yang sama, kami request untuk mengambilnya lebih awal. Dengan cara ni, kami tak perlu terburu-buru dan sempat menikmati masa di Maafushi dengan tenang.
Sebelum bertolak, kami singgah di Velaa Trip untuk mengambil semua footage tersebut, yang mereka hantar melalui airdrop. Jangan lupa pastikan memori telefon korang cukup untuk menyimpan semua kenangan indah ni! Dengan sedikit perancangan, segalanya berjalan lancar, dan kami tinggalkan Maafushi dengan hati yang puas, membawa pulang pengalaman yang akan kekal dalam ingatan.
Persinggahan di Hulhumale
Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, kami terus menaiki teksi menuju ke Star Shell Hotel di Hulhumale dengan kos sekitar USD 5. Hotel ini simple dan cantik seakan hotel baru. Ia menawarkan suasana yang tenang dan selesa—sangat sesuai untuk berehat sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Berdasarkan ulasan yang kami semak sebelum ini, hotel ini memang terkenal dengan kebersihan dan keselesaan biliknya, dan kami setuju dengan reputasi tersebut selepas menginap di sini.
Keesokan harinya, kami memanfaatkan pagi yang ada dengan bersarapan di hotel sebelum mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel. Antara aktiviti menarik adalah mencari sourvenior untuk dibawa pulang. Lokasi hotel yang strategik memudahkan kami untuk menjumpai kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai cenderamata tempatan.
Sebelum meninggalkan Hulhumale, kami mendaftar keluar dari hotel dan menggunakan perkhidmatan Airport transfer yang ditawarkan oleh pihak hotel. Untuk pengetahuan korang, kos perkhidmatan ini adalah sekitar USD 10, tetapi korang perlu request semasa proses check-in untuk memastikan ketersediaan perkhidmatan.
Secara keseluruhan, pengalaman singkat kami di Hulhumale amat memuaskan. Suasana yang tenang, ditambah pula dengan kemudahan yang lengkap di hotel, menjadikan persinggahan ini sebagai penutup yang sempurna sebelum pulang ke Malaysia. Hulhumale mungkin hanya sebuah pulau transit, tetapi ia tetap menawarkan momen-momen yang santai dan menyenangkan.
- Pastikan wang USD anda tidak rosak atau cacat (defect) seperti koyak, kotor, atau ada tanda pen. Di Maldives, wang USD yang rosak mungkin tidak diterima untuk sebarang urus niaga, termasuk ketika ingin menukar kepada Rufiyaa di money changer.
- Jika anda menerima baki wang USD semasa membeli-belah, periksa keadaan wang tersebut sebelum menerimanya. Pastikan ia berada dalam keadaan baik untuk mengelakkan masalah dalam urus niaga seterusnya.
- Pilih penginapan di pulau tempatan | Jika ingin menjimatkan kos, pertimbangkan untuk menginap di pulau-pulau tempatan seperti Maafushi. Harga penginapan di sini jauh lebih rendah berbanding resort mewah di pulau persendirian.
- Tempah awal | Tempahan awal untuk tiket penerbangan dan penginapan sering kali menawarkan harga yang lebih murah. Perancangan awal sangat penting, terutamanya pada musim puncak pelancongan.
- Gunakan feri awam | Jika jadual perjalanan anda fleksibel, feri awam adalah pilihan pengangkutan yang jauh lebih murah berbanding speedboat.
- Pelindung matahari | Cuaca di Maldives boleh menjadi sangat terik, jadi bawa dan gunakan pelindung matahari untuk melindungi kulit anda, terutamanya jika anda banyak menghabiskan masa di pantai atau di bawah matahari.
- Minum air botol | Elakkan meminum air paip, kerana ia mungkin tidak sesuai untuk sistem pencernaan anda. Sebaiknya, pilih air botol yang lebih selamat.
- Insurans perjalanan | Untuk perlindungan tambahan, pastikan anda mempunyai insurans perjalanan. Insurans ini boleh membantu jika berlaku kecemasan perubatan, pembatalan perjalanan, atau sebarang kejadian tidak diingini sepanjang percutian anda.
- Bot Lapangan Terbang ke Maafushi: USD 15 seorang (operator Maafushi Tours)
- Bot Maafushi ke Lapangan Terbang: USD 15 seorang (operator iCom Tours)
- Crystal Sand Hotel (Maafushi): USD 83.14 (tempahan melalui Booking.com)
- Star Shell Hotel (Hulhumale): USD 85.87 (tempahan melalui Agoda)
- Pakej Shark Trip: USD 60 + USD 30 (drone) seorang
- Teksi di Hulhumale: USD 5
- Airport Transfer dari Star Shell Hotel : USD 10
@projektravel Our #Maldives 🇲🇻 trip was a dream come true. Who else is adding this to their bucket list? Who’s ready to dive into paradise with us? 🌴 @penaberkala @Visit Maldives ♬ original sound - ProjekTravel
0 Ulasan