Jika anda sedang mencari destinasi percutian musim sejuk yang best, Hokkaido adalah pilihan yang tepat! Terkenal dengan kualitinya yang luar biasa. Salji di sini dikenali dengan nama "Japow" (singkatan bagi "Japanese Powder Snow"), yang merujuk kepada salji halus dan ringan yang sangat ideal untuk aktiviti seperti ski dan snowboarding.
Hokkaido Tanah Salji Terbaik
Keadaan geografi Hokkaido yang terletak di utara Jepun menjadikannya terdedah kepada udara sejuk dari Siberia, yang membawa salji dengan kelembapan yang sangat rendah. Salji ini sangat berbeza daripada salji di kebanyakan tempat lain kerana ia tidak basah dan berat, sebaliknya lebih kering dan berdebu, memberikan pengalaman bermain salji yang luar biasa. Itulah sebabnya Hokkaido menjadi pilihan utama bagi pencinta sukan musim sejuk dari seluruh dunia.

Selain itu, kawasan ski terkenal seperti Niseko dan Furano di Hokkaido sering menerima salji yang turun sepanjang musim sejuk, menjadikannya destinasi wajib bagi penggemar sukan musim sejuk. Jadi, memang wajar Hokkaido diiktiraf sebagai "tanah salji terbaik"!
Penerbangan Terus AirAsiaX dari KLIA ke CTS
Bagi yang merancang percutian ke Hokkaido, perjalanan kini menjadi lebih mudah dengan penerbangan AirAsiaX yang menyediakan penerbangan terus dari KLIA2 ke Hokkaido (CTS). Tempoh penerbangan yang hanya sekitar 7 jam 30 minit menjadikannya sangat mudah diakses, membolehkan anda memulakan percutian musim sejuk tanpa sebarang kerumitan.
Jadual Penerbangan: AirAsia X terbang empat kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Hokkaido dari 1 Oktober 2024 hingga 30 Mac 2025.
Dengan penerbangan langsung 4 kali seminggu, kini lebih ramai pengembara dari Malaysia dapat menikmati keindahan dan pengalaman yang ditawarkan oleh Hokkaido tanpa perlu transit panjang.
Lokasi & Aktiviti Menarik Sepanjang Musim Sejuk
1. Asahiyama Zoo
Asahiyama Zoo terletak di Asahikawa, bandar kedua terbesar di Hokkaido, dan mudah diakses dengan kereta api atau bas dari stesen utama. Zoo ini sangat sesuai untuk aktiviti keluarga dan mempunyai pelbagai tarikan. Antara tarikan yang paling popular adalah seperti Penguin Snow Walk Pavilion.
Penguin Snow Walk Pavilion adalah tarikan unik di mana anda dapat menyaksikan penguin-penguin comel berarak secara berkumpulan di atas salji, hanya beberapa langkah dari anda. Namun, penting untuk diingat bahawa pengunjung tidak dibenarkan menyentuh atau menghalang laluan penguin, demi memastikan haiwan-haiwan ini bebas menikmati persekitaran mereka.
Selain penguin, Asahiyama Zoo turut menempatkan pelbagai spesies haiwan dari iklim sejuk lain. Antaranya ialah beruang kutub, rubah Artik, serigala, dan burung hantu salji . Setiap haiwan ini ditempatkan di habitat yang direka menyerupai persekitaran semula jadi mereka, memberikan pengunjung peluang luar biasa untuk menyaksikan tingkah laku mereka dengan lebih dekat.
Tiket Masuk : ¥1,000 untuk dewasa, Percuma untuk kanak-kanak bawah 15
Waktu Operasi : 9:30-17:15 (masuk sehingga 16:00)
*Waktu boleh dipendekkan bergantung pada musim.
Tutup pada Nov. 4-Nov. 10, Dec. 30-Jan. 1
2. Tasik Kanyama - Memancing Ais di Tasik BekuMemancing di tasik beku seperti Tasik Kanyama adalah pengalaman menarik yang hanya boleh dinikmati ketika musim sejuk. Dengan permukaan tasik yang membeku sepenuhnya, lubang kecil ditebuk untuk memancing ikan walleye, sejenis ikan tempatan yang popular.
Aktiviti ini berharga sekitar ¥6,600, dan bayaran ini sudah termasuk peralatan lengkap termasuk rod pancing dan umpan, serta panduan untuk memastikan pengalaman anda berjalan lancar, terutama bagi pemula. Anda juga boleh memasak dan menikmati hasil tangkapan anda di terus di situ.
Pastikan anda berpakaian tebal untuk melawan suhu dingin yang sangat sejuk, dan bawa kamera untuk merakam momen indah di tengah lanskap bersalji yang pasti buat korang teruja.
Harga : ¥6,600
3. New Furano Prince Hotel - Snow Land untuk Keluarga
New Furano Prince Hotel cukup terkenal sebagai tempat penginapan mewah di kawasan Furano. Namun kami mengunjungi hotel ini dengan tujuan lain yang lebih menyeronokkan – untuk menikmati pelbagai aktiviti musim salji!
Di Snow Land, terdapat pelbagai permainan salji untuk semua peringkat umur. Walaupun kami tidak sempat mencuba semua aktiviti, kami sempat merasai snowmobiling, snow rafting, dan sledding. Setiap satu aktiviti sudah semestinya memberikan pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan.
Aktiviti dan Harga :
Sledding - ¥ 1,000 per one sled (up to one hour)
Snow Rafting - ¥ 1,500 per person, per ride (about 4 minutes)
Snow Mobiling - ¥ 3,000 per person, per ride (about 700 meter)
Waktu Operasi : 9:00am – 12:00noon/ 1:00pm – 4:00pm
December 14(sat), 2024 – March 31(mon), 2025
Website : https://www.princehotels.com/shinfurano/facilities/furano-snow-land/
4. Ningle Terrace - Kampung Kraftangan
Juga terletak di dalam kawasan New Furano Prince Hotel, Ningle Terrace adalah sebuah perkampungan kecil yang mempesona di pergunungan Furano, Hokkaido. Di sini, anda akan melihat rumah-rumah kayu kecil yang menjual pelbagai barangan kraf tangan yang unik, sesuai untuk mereka yang mencari cenderamata buatan tangan yang mencerminkan keindahan alam sekitar dan budaya tempatan. Produk-produk kraf seperti barang perhiasan, barangan rumah, dan woodcraft dihasilkan oleh artisan dari Furano dan kawasan sekitar.
Setiap rumah di Ningle Terrace dikelilingi oleh hutan pinus yang mempesona, mencipta suasana damai dan menenangkan, menjadikannya tempat yang ideal untuk bersiar-siar sambil menikmati udara sejuk dan pemandangan semula jadi. Selain itu, Ningle Terrace juga mempunyai coffee house yang menyajikan minuman hangat, sesuai untuk merehatkan diri selepas membeli-belah atau bersiar-siar di kawasan sekitar.
Tiket Masuk : PERCUMA
Waktu Operasi : dibuka dari 12:00pm hingga 8:45pm, Buka sepanjang tahun
*tertakluk kepada perubahan tanpa notis disebabkan cuaca dan musim
Website : https://www.princehotels.co.jp/furano-area/winter/ningle
5. Otaru Canal Cruise - Pelayaran Menyusuri Terusan OtaruTerusan Otaru di Hokkaido, Jepun, terkenal dengan kepentingan sejarahnya, keindahan pemandangan, dan suasana nostalgianya. Dibina pada tahun 1923 untuk mengangkut barang dari kapal ke gudang, terusan ini menjadi pusat logistik penting untuk Hokkaido dan kegunaan industri di kawasan tersebut.
Kini, terusan ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan bangunan bersejarah dan gudang batu yang mengelilinginya. Terusan ini menjadi sangat fotogenik pada musim luruh dan musim sejuk, terutama apabila diliputi dengan salji yang memutih. Pada waktu senja, lampu gas yang menyala menambah suasana romantis, menjadikan pengalaman pelayaran lebih mempesona.
Bagi yang ingin menikmati pemandangan lebih dekat, Otaru Canal Cruise menawarkan pelayaran santai selama 40 minit, memberi peluang untuk merasai keindahan dan sejarah bandar Otaru dari perspektif yang berbeza.
Tiket :
Siang: ¥1,800 dewasa, ¥500 kanak-kanak
Malam: ¥2,000 dewasa, ¥500 kanak-kanak
6. Pengalaman Kereta Api - Perjalanan dari Furano ke Otaru
Salah satu cara terbaik untuk menikmati keindahan Hokkaido adalah dengan menaiki kereta api. Kami memutuskan untuk menaiki kereta api dari Furano ke Otaru bagi merasai sendiri pengalaman unik pengangkutan awam Jepun sambil menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan.
Perjalanan bermula dari Furano Station, melalui Furano Line menuju Takikawa. Pemandangan ladang-ladang luas dan pergunungan yang menakjubkan menemani kami selama 45 minit perjalanan. Di Takikawa, kami menukar kereta api untuk ke Sapporo dan mengambil masa kira-kira 60 minit perjalanan. Akhirnya, kami mengambil Hakodate Line dari Sapporo ke Otaru yang hanya mengambil masa sekitar 30-40 minit perjalanan. Setiap perjalanan memberi peluang untuk menikmati pemandangan indah Hokkaido yang berbeza, menjadikan perjalanan ini sangat berbaloi. Korang pun wajib cuba!
Berikut adalah cadangan perjalanan dan maklumat harga:
1. Naik Kereta Api dari Furano ke Takikawa- Kereta Api: Ikeshi Line (Local Train)
- Jarak: Sekitar 45 minit
2. Tukar Kereta Api di Takikawa Station ke Sapporo Station- Kereta Api: Lilac 16 Express atau Special Rapid Airport 53
- Jarak: Sekitar 60 minit
3. Tukar Kereta Api di Sapporo ke Otaru (Hakodate Line)
- Kereta Api: Hakodate Line (dari Sapporo ke Otaru)
- Jarak: Sekitar 30-40 minit
Kos Perjalanan :
Purchase JR Hokkaido (Sapporo-Furano Area Pass) =
Jualan luar Jepun /online ~ ¥10,000 dewasa, ¥5,000 kanak-kanak 6-11
Jualan di Hokkaido ~ ¥11,000 dewasa, ¥5,500 kanak-kanak 6-11
Pass ini membenarkan perjalanan tanpa had selama 4 hari di kawasan yang ditetapkan dan mudah untuk perjalanan antara Lapangan Terbang New Chitose, Sapporo, Otaru, Furano, Biei dan Asahikawa!
Tips:
- Pastikan anda menyemak jadual kereta api lebih awal, kerana perkhidmatan kereta api bergantung pada musim dan waktu.
- Pembelian tiket secara atas talian adalah lebih murah.
- Jika anda merancang untuk menggunakan banyak kereta api, pertimbangkan untuk membeli JR Hokkaido Pass yang boleh memberi diskaun kepada pelancong yang merancang untuk menggunakan kereta api dalam tempoh tertentu.
7. Machino Sushi (Otaru) - Pengalaman Membuat Sushi Sendiri
Sushi dan Otaru sangat berkait rapat, kerana bandar ini terkenal dengan hasil laut segar yang digunakan dalam pembuatan sushi. Sejak abad ke-19, Otaru berkembang sebagai pelabuhan utama untuk perdagangan ikan, menjadikannya pusat pengeluaran sushi yang terkenal. Otaru menawarkan pelbagai pilihan sushi, dari kedai kecil hingga restoran mewah, menjadikannya destinasi wajib bagi pencinta sushi.
Untuk pengalaman yang berbeza, di Machino Sushi, kami diberi peluang untuk belajar membuat sushi dari master sushi yang sangat berpengalaman. Kami tidak hanya mempelajari cara memilih bahan berkualiti, tetapi juga menguasai teknik yang tepat untuk membentuk nasi sushi dengan sempurna. Proses mencipta sushi sendiri sambil mendapatkan bimbingan langsung dari pakar membuatkan pengalaman ini begitu berharga. Setelah sesi pembelajaran, kami menikmati sushi yang telah kami buat dengan hasil tangan sendiri – sungguh berbaloi!
Pengalaman ini bukan sahaja mengajar kami tentang teknik sushi, tetapi juga memberi kami rasa lebih dekat dengan tradisi Jepun yang mendalam. Jika anda ke Otaru, Machino Sushi adalah tempat yang wajib untuk merasai pengalaman ini! 🍣✨
Harga : 8 jenis sushi bermula dari ¥8800
8. Otaru Tenguyama Ropeway - Pemandangan Memukau dari Ketinggian
Otaru Tenguyama Ropeway adalah cara terbaik untuk menikmati pemandangan indah Otaru dari ketinggian. Laluan kereta kabel ke puncak gunung setinggi 532.4 meter itu mengambil masa kira-kira 4 minit. Dari atas Gunung Tenguyama, anda boleh melihat pemandangan luar biasa bandar Otaru, Terusan Otaru, dan Laut Jepun.
Pemandangan ini lebih memukau semasa musim sejuk apabila kawasan ini diselubungi salji. Di atas Gunung Tenguyama, terdapat banyak spot menarik untuk bergambar. Selain itu, ropeway ini juga terkenal kerana menjadi lokasi penggambaran drama Netflix First Love.
Tiket : ¥1,140 dewasa, ¥570 kanak-kanak
Waktu Operasi : 9:00-21:00 (tertakluk kepada waktu yang dipendekkan)
9. Otaru Triangle Market - Surga Makanan LautOtaru Triangle Market terletak di pusat bandar Otaru, berlokasi di antara Stesen Otaru dan Lebuhraya Nasional No. 5. Pasar ini menawarkan pelbagai makanan laut segar seperti snow crab, salmon, dan uni.
Kemudahan penyimpanan bagasi juga ada disediakan, memudahkan pelancong yang baru tiba untuk menyimpan beg dan bagasi mereka sebelum explore kawasan sekitar.
Tiket Masuk : PERCUMA
Masa Operasi : 7:00-17:00 (Bergantung pada kedai), Dibuka sepanjang tahun
Website : http://otaru-sankaku.com/english.html
10. Toyohira River - Pengalaman Snow Rafting
Untuk pengalaman yang lebih mencabar, snow rafting di Toyohira River adalah aktiviti musim sejuk yang wajib korang cuba di Hokkaido. Terletak di Sapporo, Toyohira River menawarkan pemandangan semulajadi yang diliputi salji yang menakjubkan. Anda akan menaiki raft (bot PVC) di atas salji tebal di sepanjang sungai yang dikelilingi pemandangan indah.
Aktiviti ini berlangsung selama kira-kira 120 minit dan dipandu oleh instruktur berpengalaman untuk memastikan keselamatan. Sepanjang perjalanan, anda juga akan berhenti seketika untuk menikmati kopi panas dan pengalaman membakar marshmallow sambil menikmati keindahan sungai di musim sejuk – tambahan yang menyenangkan untuk pengalaman sejuk ini!
11. Hill of the Buddha - Ketenangan di Taman BuddhaDi Hill of the Buddha, pengunjung dapat lihat Patung Buddha besar (Atama Daibutsu) yang direka oleh arkitek terkenal Jepun, Tadao Ando. Struktur ini hanya menonjolkan kepala dari kejauhan, mencipta ilusi menarik seolah-olah patung itu tertanam dalam salji. Patung Buddha yang setinggi 13.5 meter ini terletak di sebuah dewan tanpa bumbung, memberikan pengunjung pemandangan langit yang indah di atasnya.
Di kawasan Makomanai Takino Cemetery ini, pengunjung juga boleh menemui deretan patung Moai yang mengagumkan. Patung terbesar setinggi 9.5 meter dan seberat 120 tan, mencipta suasana yang menenangkan untuk refleksi diri.
Tiket Masuk : ¥300 (derma)
Masa Operasi : April-October 9:00-16:00, November-March 10:00-15:00
Dibuka sepanjang tahun
12. Sapporo City - Shopping dan Pengalaman Urban
Papan Tanda Nikka, Susukino | Papan tanda Nikka Whiskey yang terletak di zebra cross di Susukino, Sapporo, adalah salah satu mercu tanda paling ikonik di bandar ini.
Menara TV Sapporo | Terletak di hujung timur Taman Odori, Menara TV Sapporo adalah mercu tanda ikonik yang menawarkan pemandangan bandar dari dek pemerhatiannya. Pada musim sejuk, menara ini menjadi pusat perhatian ketika Sapporo Snow Festival, dikelilingi oleh ukiran ais dan salji yang luar biasa.
Tanukikoji Shopping Street | Lorong beli-belah sepanjang 1 kilometer ini adalah syurga untuk membeli-belah dan menikmati makanan. Dengan lebih 200 kedai, anda boleh temui segala-galanya, dari cenderamata tradisional Jepun hingga fesyen terkini. Lorong ini juga dilindungi atap, jadi ia sesuai untuk dikunjungi walaupun dalam cuaca hujan atau salji.
Tips : Namun, jika anda mencari cenderamata seperti keychain atau fridge magnet, kami rasa lebih berbaloi untuk membelinya di lapangan terbang New Chitose kerana harganya lebih murah dan lebih banyak pilihan berbanding di sini.
Mitsui Outlet Park | Mitsui Outlet Park ialah pusat membeli-belah besar yang terletak hanya 30 minit dari Sapporo dan Lapangan Terbang New Chitose. Gedung ini mempunyai lebih daripada 180 kedai yang menjual produk jenama terkini dan terbaik serta menawarkan banyak pilihan tempat makan yang popular juga.
Waktu Operasi : 10:00-20:00
AoAo Sapporo | Aquarium Park, terletak 5 minit berjalan kaki dari Odori dan Susukino, di tingkat 4 hingga 6 Moyuk Sapporo. Di sini, anda boleh melihat Northern Rockhopper Penguins, Moon jellyfish, dan pelbagai makhluk laut lain dengan lebih dekat. Dibuka dari jam 9am hingga 10pm.
Harga : ¥2,200 dewasa, ¥1,100 kanak-kanak
Website : https://aoao-sapporo.blue/en/
Hokkaido sememangnya destinasi terbaik untuk percutian musim sejuk yang mempesona, menawarkan pengalaman yang luar biasa dengan salji kualiti terbaik, kawasan ski terkemuka, dan pelbagai aktiviti menarik seperti memancing ais, melihat penguin di Asahiyama Zoo, serta menikmati pemandangan dari atas puncak Gunung Tenguyama.
Dengan penerbangan langsung dari KLIA2, perjalanan ke Hokkaido menjadi lebih mudah dan cepat. Sama ada anda ingin merasai pengalaman urban di Sapporo atau menjelajahi keindahan semula jadi sekitar tempat lain di Hokkaido, destinasi ini adalah pilihan tepat untuk percutian musim sejuk yang sempurna.
Jadi, tunggu apa lagi? Rancang percutian musim sejuk anda ke Hokkaido sekarang dan alami sendiri keajaiban tanah salji terbaik di Jepun! winter vacation to Hokkaido with AirAsia X
0 Ulasan