Malaysia mencipta sejarah dengan pelancaran pelayaran IslamiCruise Malaysia-Saudia, satu kolaborasi strategik yang menjanjikan pengalaman pelancongan halal yang luar biasa. Sebagai sebahagian daripada persiapan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026, pelayaran ini bukan sekadar menawarkan perjalanan mewah, tetapi sebuah peluang untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia.
Dengan sasaran membawa 6,000 pelancong antarabangsa menjelang Januari 2026, pelayaran ini diharap dapat meningkatkan kedatangan pelancong dari Timur Tengah, Asia Tenggara, dan Eropah.
Projek mega ini adalah hasil kerjasama strategik IslamiCruise dengan Aroya Cruises, syarikat kapal persiaran milik kerajaan Arab Saudi. Apa yang membuatkan pelayaran ini sangat istimewa? Ia adalah pelayaran sewa khas terpanjang di dunia – 26 malam berturut-turut!
Sepanjang perjalanan, anda akan berpeluang singgah di beberapa lokasi eksotik:
- Salalah, Oman – sebuah permata tersembunyi di Semenanjung Arab.
- Male, Maldives – syurga pulau tropika yang memukau mata.
- Banda Aceh, Indonesia – bandar penuh sejarah dan warisan Islam.
Setiap hentian dipilih khas untuk memberi pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga bermakna dari sudut budaya dan kerohanian.
Tahun Melawat Malaysia 2026: Malaysia Di Mata Dunia
Tahun Melawat Malaysia 2026: Malaysia Di Mata Dunia
“Pencapaian IslamiCruise ini turut mewakili hasrat kerajaan Madani untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan sepanjang 2026, di mana kita menyasarkan kemasukan lebih 35.6 juta pengunjung yang diharap akan menjana lebih RM147.1 bilion untuk negara” katanya.
IslamiCruise Malaysia-Saudia, dengan kerjasama antara IslamiCruise International dan Aroya Cruises, dijangka membawa 6,000 pelancong, 70% daripadanya pelancong asing. Pelayaran ini juga mencatatkan rekod dunia dengan tempoh 26 malam berturut-turut, menawarkan pengalaman pelancongan yang mesra-Muslim dan halalan toyyiban.
Dengan projek seperti ini, sasaran untuk mencapai 35.6 juta pelancong semakin dekat. Pencapaian IslamiCruise adalah simbol kemampuan Malaysia memimpin dalam pelancongan halal global, memperkukuhkan kedudukan negara dalam industri pelancongan dunia.
Kenapa IslamiCruise Begitu Istimewa?Berbeza daripada pelayaran biasa, IslamiCruise adalah lambang keunikan pelancongan Islamik. Kapal ini direka untuk memenuhi keperluan pengembara Muslim moden. Apa yang menanti anda di atas kapal?
- Hidangan Halal Premium – Setiap hidangan disediakan dengan teliti untuk memastikan ia bukan sahaja halal, tetapi juga lazat.
- Ruang Solat & Aktiviti Kerohanian – Solat berjemaah, kuliah agama, zikir, dan banyak lagi untuk menambah ketenangan jiwa.
- Hiburan Mesra-Muslim – Persembahan langsung, acara kebudayaan, dan aktiviti riadah yang mematuhi nilai Islam.
Sejak penubuhannya pada 2014, IslamiCruise telah berjaya membawa lebih 10,000 pelanggan dalam 52 siri pelayaran.
Kerjasama Strategik Malaysia-Arab Saudi: Masa Depan Pelancongan Halal
Pelayaran IslamiCruise Malaysia-Saudia ini membawa pendekatan baharu dalam dunia pelancongan Islamik, menggabungkan percutian mewah dengan pengalaman rohani yang mendalam. Dengan perjalanan selama 26 malam, penumpang bukan sahaja dapat menikmati keindahan destinasi-destinasi eksotik seperti Salalah, Male, dan Banda Aceh, tetapi juga mendekatkan diri kepada nilai-nilai Islam dalam suasana yang eksklusif.
Projek ini juga menjadi bukti komitmen Malaysia dan Arab Saudi untuk memacu pelancongan halal global, sejajar dengan usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026. Dengan sasaran menarik 35.6 juta pelawat sepanjang tahun tersebut, pelayaran ini mencerminkan peranan penting Malaysia sebagai destinasi mesra-Muslim yang serba lengkap dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
@projektravel IslamiCruise Malaysia-Saudia: Pelayaran Islamik Halalan Toyyiban Terpanjang Dunia 🚢✨ Rasai pengalaman unik 26 malam dengan aktiviti mesra Muslim seperti solat berjemaah, pengisian ilmiah, dan hiburan berkonsep Islamik. Jadikan Malaysia destinasi pelancongan mesra Muslim pilihan anda! 🌍 #IslamiCruise #PelayaranIslamik #VisitMalaysia2026 #MuslimFriendlyTravel ♬ original sound - ProjekTravel
Jom buat tempahan sekarang di pelayaranislamic.com
0 Ulasan