Ticker

6/recent/ticker-posts

PAS LINTAS ATAU 'BORDER PASS' SEMPADAN MALAYSIA - THAILAND

Pas lintas sempadan malaysia thailand
'border pass' Malaysia Thailand

Negara Thailand merupakan antara salah satu destinasi pilihan orang ramai di Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal berhampiran seperti di Perlis, Kedah dan Kelantan. Ini mungkin kerana faktor tukaran matawang di sana juga.

Korang tahu tak? Bagi warganegara Malaysia yang berasal dari Perlis, Kedah, Kelantan dan Hulu Perak, korang boleh ke Thailand dengan menggunakan dua cara; samaada menggunakan passport biasa yang berwarna merah atau menggunakan 'border pass' yang berwarna biru.

Apa itu 'border pass'? Nak tahu lebih lanjut jom kita rujuk details mengenai 'border pass' ni.

Tujuan

Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.

Had Perjalanan

Pas ini hanya sah untuk perjalanan dari negeri-negeri sempadan ke selatan Thailand iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani

Tempoh Sahlaku
  • Satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.
  • Baki Tempoh Sah Laku Pas Sempadan Malaysia – Thailand Untuk Keluar Ke Thailand
  • Tempoh sah laku Pas Sempadan hendaklah tidak kurang 30 hari sebelum perjalanan keluar ke Thailand.
Kelayakan Memohon
  • Warganegara Malaysia kelahiran negeri Kedah, Perlis, Kelantan & Hulu Perak.
  • Warganegara Malaysia yang telah menetap di negeri sempadan lebih satu (1) tahun. (dibuktikan melalui alamat pada Kad Pengenalan)
Bayaran

RM10.00



Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel

Catat Ulasan

2 Ulasan