Ticker

6/recent/ticker-posts

MENU ISTIMEWA BULAN OGOS DI NOOK ALOFT KUALA LUMPUR SENTRAL

MENU ISTIMEWA BULAN OGOS DI NOOK ALOFT KUALA LUMPUR SENTRAL | Sempena kehadiran bulan Ogos ini, pihak restoran Nook di Aloft Kuala Lumpur Sentral akan menawarkan hidangan istimewa sempena bulan Kemerdekaan ini. Menariknya, hidangan ini adalah hasil air tangan dari 5 orang chef yang akan menghidangkan menu mengikut kemahiran masing-masing. Mari admin perkenalkan kelima-lima chef ini dan menu yang dihasilkan oleh mereka.

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
5 Chef yang menyediakan menu istimewa untuk bulan Ogos di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

1. Chef Fizi

Berumur 36 tahun, Chef Fizi atau nama sebenarnya Mohd Haffizi Bin Aledul Ginani merupakan chef yang bertanggungjawab untuk hidangan appertisers. Antara hidangan istimewa dari beliau adalah Gado-gado, Asian Chicken Noodle Salad dan Shrimp with Pomelo & Watercress Salad. Admin suka gado-gado tu sebab kuah kacang dia sedap. Asian Chicken Noodle Salad pula macam aglio olio tapi isi ayam dia banyak. Manakala Shrimp with Pomelo & Watercress Salad pula satu hidangan yang unik kerana bila tergigit isi pomelo terasa masam-masam manis gitu. Sedap.

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Asian Chicken Noodle Salad

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Shrimp with Pomelo & Watercress Salad

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Gado-gado

2. Chef Hafiz

Berumur 29 tahun Chef Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Bin Izham berasal dari Pahang memang mahir dalam hidangan melayu. Beliau akan menyediakan hidangan istimewa Fried Crispy Sea  Bass with Green Curry Gravy, Spiced Eel Soup dan Gulai Pisang Muda Ikan Bilis. Pertama kali admin makan green curry yang mempunyai kuah yang sangat sedap. Bayangkan apa sahaja menu yang admin makan pasti admin akan curahkan dengan kuah green curry tu. Ini tak tipu tau. Spiced eel soup pula memang susah nak jumpa jadi memang kena cuba manakal gulai pisang muda ikan bilis pula memang menu melayu yang buat kita rasa nak balik kampung. Teringat masakan mak.

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Fried Crispy Sea  Bass with Green Curry Gravy

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Spiced Eel Soup

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Gulai Pisang Muda Ikan Bilis

3. Chef Emmanuel

Berumur 32 tahun Chef Emmanuel Chang Lin Con berasal dari Melaka. Hidangan istimewa beliau haruslah chinese food kan. Beliau menyediakan Kam Heong Chicken with Dried Chilli, Butter Prawn with Oats dan Wok-Fried Mussel wih Black Bean Gravy. Sebagai peminat chinese food, admin rasa semua makanan yang dihidangkan oleh Chef  Emmanuel ni sedap. Paling suka butter prawn la.

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Butter Prawn with Oats

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Wok-Fried Mussel wih Black Bean Gravy

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Kam Heong Chicken with Dried Chilli

4. Chef Zaki

Bagi hidangan western dan fushion pula disediakan oleh Chef Zaki atau nama sebenar beliau adalah Ahmed Zaki bin Harun. Beliau menyediakan Braised Chicken Rendang Pasta, Daging Masak Hitam Berempah dan Quattro Formaggi Pizza. Antara ketiga-tiga menu ni admin tertarik dengan Quattro Formaggi Pizza ni sebab topping pizza tu ada kekacang. Lain dari pizza biasa. Manakala combination spaghetti dengan rendang memang satu hidangan yang unik.

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Braised Chicken Rendang Pasta

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Daging Masak Hitam Berempah

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Quattro Formaggi Pizza

5. Chef Zahrin

Tak lengkap sesuatu hidangan kalau tak ada desserts kan. Chef Zahrin atau nama sebenar beliau Zahrin Mohamad bin Madzlan adalah chef yang akan menyediakan hidangan desserts. Antaranya adalah Bubur Som Som, Brownies Tower, Pandan Tiramisu In a Coffee Cup. Paling suka Bubur Som Som tu, admin siap tambah lagi. Tak cukup satu tau.

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Brownies Tower

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Bubur Som Som

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Pandan Tiramisu In a Coffee Cup

Hidangan buffet dinner di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral dari hari Ahad hingga Khamis berharga RM108 nett untuk dewasa dan RM54 nett untuk kanak-kanak (6-12 tahun). Manakala untuk Jumaat dan Sabtu berharga RM120 nett dewasa dan RM60 nett untuk kanak-kanak. Kenapa Jumaat dan Sabtu lebih mahal?? Ini kerana pada dua hari tersebut pelanggan turut dapat menikmati hidangan makanan laut yang segar seperti kupang, udang, ketam dan lain-lain. Untuk tempahan boleh rujuk di bawah :

Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Menu Istimewa Bulan Ogos Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Tel : 603 2723 1188





Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Menarik dan tertarik... Lapar pulak perut tgk

    BalasPadam
  2. tudiaa aihhh..tempting namampusss, geram pulak aku tengok aishh =)

    BalasPadam