Ticker

6/recent/ticker-posts

AKU, DIA DAN VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

AKU, DIA DAN VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE | Bersahabat itu bukanlah jalinan perhubungan yang terbina dalam masa satu hari, satu bulan ataupun hanya satu tahun. Tetapi, bersahabat itu adalah jalinan yang indah dan diharapkan akan teruntai buat selama-lamanya. Kerana memilih sahabat yang baik itu sangat penting, tetapi percayalah ianya bukan mudah. Maka, hargailah setiap sahabat yang hadir dalam hidup kita, yang sanggup ada bersama kita ketika senang mahupun susah.

Memilih sahabat haruslah berdasarkan beberapa prinsip dan pertimbangan supaya pada akhirnya, kita tidak menyesal dan kecewa dengan ikatan persahabatan yang terjalin. Dalam bersahabat, kita perlu tahu karakter mereka dan paling penting kenali hati budi masing-masing. Ada give and take, saling bertolak-ansur dan paling utama, saling percaya antara satu sama lain.

Pejam celik, pejam celik, sudah 5 tahun kami di Projek Travel bersahabat dan saling bekerjasama dalam membangunkan platform ini. Tipu lah kalau cakap semuanya ok dan tiada masalah sepanjang perkenalan kami. Kadang-kadang, ada juga kami bercanggah pendapat, berselisih faham dan terkecil hati. Tetapi, itu semua lumrah. Bak kata orang, "lagikan lidah tergigit, inikan pula hubungan antara sesama manusia". Namun, kami sentiasa mengambil pendekatan untuk berbincang dan berdamai. Seterusnya, move on untuk terus berjuang dalam memajukan diri dan team ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah, berkat kesabaran masing-masing, kami di sini hari ini. Masih di platform yang sama untuk pergi lebih jauh!


Mungkin ada pembaca di luar sana yang tertanya-tanya, bagaimana kami semua kenal antara satu sama lain dan seterusnya sepakat untuk menjadi satu pasukan di Projek Travel? Secara eksklusif, kami tampilkan kisah kami di sebalik penubuhan Projek Travel di sini. Perkenalan kami bermula semasa kami menyertai FAM Trip ke Homestay Banghuris yang terletak di Sepang. Di situlah, Mawardi, Potia, Khai Artzfar, MoKA, Fauzi Aryaan dan DikBee bertemu. Memandangkan kami semua aktif mengikuti FAM Trip anjuran Tourism Malaysia, jadi kerap kali juga kami bertemu dan terlibat dalam beberapa trip yang sama. Bila kami ada minat yang sama iaitu travel dan blogging, maka dari situlah kami sepakat untuk mula menyusun tapak mengembangkan Projek Travel. Selepas beberapa tahun, barulah Mek Onie join untuk melengkapkan team dengan 2 gadis manis dalam Projek Travel.


Antara benda favorite yang kami selalu buat adalah buat short trip dan travel beramai-ramai. Actually, dah banyak tempat kami pergi termasuklah ke Ipoh dan Melaka. Bagi kami, bila travel beramai-ramai  macam ni especially bila kita carpool, ini dalah peluang terbaik untuk kuatkan lagi bonding antara kami. Kalau weekdays masing-masing sibuk dengan kerja, maka weekend atau public holiday adalah waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama. Bila dah naik satu kereta bersama dan menuju ke destinasi yang memakan masa sehingga 3-4 jam, memang macam-macam topik kami bualkan. Ada cerita sedih, cerita lawak, cerita happy dan macam-macm kisah yang tak pernah kami tahu, kami menjadi tahu. Itulah antara kelebihan bila kita carpool pergi travel beramai-ramai bersama sahabat handai. 

Untuk perkongsian kali ini, kami nak bercerita tentang kisah kami ke Melaka dengan menaiki Volkswagen Golf Sportline. Sebenarnya, perjalanan kami ke Melaka tempoh hari amat bermakna. Sebabnya? Setelah sekian lama dah tak travel ramai-ramai macam ni atas sebab masing-masiing sibuk bekerja, akhirnya Volkswagen Golf Sportline tampil bagi peluang untuk kami berempat buat short trip dan weekend getaway ke Melaka! Maka, wujudlah perkongsian kali ini berkisarkan "Aku, Kau dan Volkswagen Golf Sportline". Ada macam tajuk filem tak? hahahaha.

TIPS CARPOOLING


Khas untuk pembaca Projek Travel, kali ini kami nak share beberapa tips penting untuk anda yang suka car pooling. Tak kiralah untuk travel ke mana-mana destinasi percutian ataupun untuk pulang ke kampung halaman. Semoga tips ini dapat membantu anda semua untuk menjadi pemandu dan penumpang yang berhemah. Cekidout!

1. Take turn drive

Tips paling penting adalah buat schedule untuk driver especially kalau anda nak travel ke destinasi yang jauh dan memerlukan driver memandu dalam tempoh yang panjang. Contohnya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan yang mengambil masa sehingga 8 jam. Hah, perjalanan sejauh ini memang memerlukan at least 2 drivers untuk gilir-gilir drive. Kalau perjalanan dalam tempoh 3 jam, contohnya ke Melaka, seorang driver pun dah ok. Lagi-lagi bila drive kereta Volkswagern Golf Sportline yang cekap dan selesa. Memang tak rasa penat driving, hehehe. 



2. Share kos perjalanan

Kalau dah namanya car pooling, kenalah pandai-pandai share kos perjalanan. Orang cakap, kenalah "tong tong". Tak kira dari segi minyak petrol, bayaran tol sehinggalah ke jajan dan minuman yang kita makan dalam kereta. Semuanya kena share sama rata. Pakat bayar sama-sama. Jangan berkira sangat dengan kawan-kawan. Jangan buat-buat tak tahu pula bila driver stop di stesen minyak. Buat-buatlah hulur duit suruh isi minyak kereta. Kalau dia tolak sekalipun, korang selit la kat mana-mana. Mungkin dia malu atau tak tergamak nak ambil. Nak lagi senang, kumpul duit siap-siap dan bagi kat driver. Mudah nak singgah isi minyak ataupun bayar tol.


3. Adab dan etika

Kalau dah tumpang kereta orang, kena sentiasa jaga adab dan etika. Contohnya, kalau beli makanan atau minuman dan bawa masuk ke dalam kereta, jangan sesekali buat sepah. Makan dan minum dengan penuh etika. Hati-hati, jangan sampai makanan atau minuman tertumpah dalam kereta. Kesian tuan kereta nanti nak kena cuci. Lagi-lagi kalau naik kereta baru dan mahal macam Golf Sportline. 

Don't worry, kalau korang naik kereta Volkswagen Golf Sportline, akan ada slot khas untuk letak minuman. Menarik kan? Dah macam naik private jet dah rasanya, hahaha. Tapi kena ingat, lepas minum pandai-pandailah buang balik botol air/ tin minuman. Jangan pula tinggal kat situ buat pekasam.



4. Jangan tidur!

Ini agak mustahil! Tapi, percayalah. Anda boleh buat. Korang tak kesian ke kat member korang yang drive? Dia tengah kusyuk memandu, korang pula duk kusyuk tidur dan berdengkur. Memandu ni ibarat membawa nyawa di tangan kita. Untuk elakkan driver dari mengantuk, orang sebelah atau penumpang di belakang, berborak-boraklah dengan driver. Hilang sikit bosan driver dan dalam masa yang sama hilang juga mengantuk. Nak tidur boleh, tapi pandai-pandailah take turn. Jangan pula korang semua tidur, tinggal driver seorang terkebil-kebil. Kejam!


Salah satu cara untuk hilangkan ngantuk adalah dengan berhibur dengan pasang radio atau lagu-lagu favorite korang. Apa yang menarik tentang kereta Volkswagen Golf Sportline, ia dilengkapi dengan sistem infotainmen dengan skrin utama lapan inci dan dilengkapi dengan Bluetooth, slot kad SD, USB, AUX, sistem navigasi serta kamera belakang untuk bantuan parkir. 




So, korang boleh pilih stesen radio plihan korang ataupun fungsi pilihan dengan hanya menyentuh jari di paparan skrin (touch) sahaja. Memang mudah!


5. Pastikan kereta tip top dan selesa

Last but not least, kereta yang kita nak naik mestilah berada dalam keadaan tip top dan selesa. Kalau anda pentingkan keselesaan dan performance yang memuaskan semasa travel, boleh cuba drive Volkswagen Golf Sportline. Berikut kami senaraikan beberapa ciri istimewa (features) yang kami kenalpasti untuk rujukan anda semua.


Actually, VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan model Volkswagen Golf Mk7.5 facelift yang ditawarkan menerusi empat varian untuk pasaran tempatan iaitu Golf Sportline, Golf R-Line, Golf GTI dan Golf R. Memandangkan kami sudah try naik Volkswagen Golf Sportline untuk trip ke Melaka tempoh hari, jadi inilah peluang terbaik untuk kami di Projek Tavel berkongsi dengan semua tentang keistimewaan dan ciri-ciri terbaik yang ada pada Golf 1.4 TSI Sportline.


Bagi varian Sportline, ia dikuasakan dengan enjin 1.45 TSI turbocharge yang dipadankan dengan kotak gear anjakan terus (DSG) klac kering 7-kelajuan yang membolehkan kereta ini menghasilkan kuasa 150 PS dan tork 250Nm antara 1,500 hingga 3,500 rpm. Kalau nak bawa laju di highway, memang tiada gegaran atau masalah. Pemanduan memang 'smooth"! Model Golf 1.4 TSI Sportline ini mampu membuat pecutan dari 0 ke 100km/h dalam masa 8.2 saat dan mampu untuk mencapai kelajuan maksimum (top speed) sehingga 216km/h. Tetapi, dinasihatkan korang semua mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Pandu cermat, jiwa selamat!


Gaya Lebih Sporty!

Facelift bagi Golf Sportline memang mengancam. Ia merangkumi bumper depan yang didatangkan dengan gril radiator yang lebih lebar dan saluran udara pada apron depan. Kelihatan lebih elegan dan sporty. Untuk anak muda seperti kami di Projek Travel, model Golf Sportline ini amat bergaya dan trendy!


Lampu dinamik

Selain perubahan pada bahagian luarannya termasuk bumper depan baharu, ia juga dilengkapi lampu utama dan LED. Pendek kata, rekaan lampu baru ini disertakan dengan fungsi bantuan lampu dinamik. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan lampu belakang LED penuh dan lampu isyarat membelok dinamik.


Tempat duduk yang selesa

Salah satu aspek utama yang menjadi keutamaan orang ramai dalam memilih kereta adalah dari segi tempat duduk (seating). Model Golf Sportline menawarkan tempat duduk dengan kemasan 'Zoom' fabric seat upholstery, yang pastinya sangat selesa! Selain itu, ia turut dilengkapi rim aloi 16 inci Hita Keynes, Adaptive Chassis Control (DCC) dengan pilihan mod pemanduan serta paparan Aktif Info bersaiz 12.3 inci. Semua ciri-ciri (features) istimewa ini meletakkan Golf Sportline pada kelasnya yang tersendiri.


Dari aspek keselamatan, Golf Sportsline dilengkapi dengan tujuh beg udara (air bags) sebagai Sistem Proactive Occupant Protection dan ESC, iaitu sistem untuk melindungi penumpang sekiranya ia mengesan potensi kemalangan atau berlaku sebarang gegaran kuat. Bukan hanya menitikberatkan design dan bentuk, malah Golf Sportline juga mementingkan aspek keselamatan pemandu dan penumpang.

Dua Zone Berbeza


Satu lagi ciri menarik, ia turut dilengkapi dengan sistem Air Care dual-zone climatronic, Maksudnya, kita boleh tetapkan suhu air-cond di sebalah kanan dan kiri kereta pada suhu yang berbeza. Jadi, tak perlu bergaduh kalau ada yang nak kuatkan air-cond, atau slowkan air-cond. Sebabnya, kita boleh tetapkan dua suhu yang berbeza dalam satu kereta. Hebat kan?

Untuk penumpang di belakang pula, don't worry! Tak perlu nak bergaduh dengan driver atau penumpang di seat depan tentang air-cond. Korang pun boleh adjust air-cond untuk seat belakang  sendiri tanpa bergantung kepada drivder atau penumpang seat depan dengan adanya ruang air-con khas untuk penumpang seat belakang. Perfect!


Ruang penyimpanan yang luas (bonet)

Ciri terakhir yang mencuri perhatian kami semua adalah bonet! Nampak kereta Golf Sportline ini kecil dari luar. Tetapi, hakikatnya ia mempunyai ruang penyimpanan yang besar dan luas. Pendek kata, kalau nak travel atau nak balik kampung, tak payah risau kalau nak bawa banyak barang. Don;t judge a book by its cover, hehe.


Andai kata korang nak guna kereta untuk pindah barang-barang atau letak bagasi yang lebih besar, bonet kereta ni boleh dilaras untuk menampung lebih banyak barang. Hanya perlu laraskan seat belakang dan ini akan memberi ruang yang lebih besar (extra luggage space) untuk meletakkan barang-barang keperluan.


Feature yang unik dan menarik perhatian kami adalah logo "Volkswagen" yang eksklusif di bahagian belakang kereta. Selain dijadikan tempat membuka bonet. ia juga berfungsi sebagai kamera belakang apabila gear reverse diaktifkan. 


Trip ke Melaka kali ini, bukan saja kami dapat meluangkan masa jalan-jalan di sekitar Melaka, malah dapat tahu sedikit-sebanyak mengenai Volkswagen Golf Sportline dengan lebih terperinci. Bukan mudah nak dapat peluang macam ni kan? Jadi, bila dapat peluang keemasan, kami memang memanfaatkan sebaiknya. Explore segala features yang ada. Kesimpulannya, kami memang berpuas hati dengan Volkswagen Golf Sportline. Perasaan nak beli satu kereta Golf Sportline sebagai kereta peribadi pun semakin membuak-buak, haha. 


Sempena dengan kadar GST 0% bermula 1 Jun 2018, nampaknya harga kereta Volkswagen semakin murah. Siapa plan nak beli kereta Volkswagen sekarang, memang good timing. Bolehlah buat penjimatan berganda. Untuk setiap pembelian mana-mana model Volkswagen, anda berpeluang untuk dapatkan Kad Petrol bernilai RM1,188 ke atas dan juga Program Peyelenggaraan PERCUMA selama 3 tahun selepas pembelian. Pakej termasuk 5 tahun waranti kilang dan 5 tahun free roadside assistance.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi terkini dan model-model Volkswagen yang lain selain daripada Golf Sportline, korang boleh rujuk website dan laman media sosial Volkswagen seperti berikut:


Website:
http://www.volkswagen.com.my/

Instagram:
@volkswgenmalaysia

Facebook:
Volkswagen Malaysia

Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Paling suka ayat ni "Bersahabat itu bukanlah jalinan perhubungan yang terbina dalam masa satu hari, satu bulan ataupun hanya satu tahun. Tetapi, bersahabat itu adalah jalinan yang indah dan diharapkan akan teruntai buat selama-lamanya."

    BalasPadam
  2. Nampak menarik kereta ni. Tgh cari kereta baru ni boleh la dipertimbangkan

    BalasPadam
  3. Menarik! Memang dah lama juga perhatikan kereta ni. Lagipun jenama Volkswagen ni bukan setakat boleh dipercayai, bahkan selalu nampak bergaya dan eksklusif!

    BalasPadam
  4. Bagus tips-tips carpooling ni. memang patut kena share dengan member2.

    BalasPadam
  5. Part tidur tu sis tak boleh janji, sebab bila naik kereta terus tidur. hahaha. btw, kereta ni cantik dan selesa.

    BalasPadam
  6. Seronok dapat carpool ramai2.. tambahan pulak dapat naik kereta yang selesa.. tp part jgn tidur tu x berani nak janji.. haha

    BalasPadam
  7. Wah bestnyer travel Melaka.

    Besar jugak ya kereta ni. Ingatkan macam Polo.

    BalasPadam
  8. luaskan bonetnya, orang punn boleh baring dalam tuh. k lily minat kereta ni sejak dari dulu lagi.

    BalasPadam
  9. Best kereta nie. Tengok pun dah tahu selesa. Nak berjalan jauh pun syok.

    BalasPadam
  10. selesanyaaa kereta ni! macam teringin nak ada satu hehehe boleh bawa gi jalan-jalan jauh, tak yah fikir banyak kan

    BalasPadam
  11. wahh cantik juga nohh kereta ni hurmmm beragan2 dulu la..mn nak taw kot ada rezeki boleh bw anak2 naik kereta ni..nampak sgt selesa..

    BalasPadam
  12. Bestnya travel beramai-ramai dengan kawan-kawan kan. Nampak menarik travel dengan pemanduan Volkswagen Golf Sportline tu. Suka sangat design nya yang agak sporty dan stylish.

    BalasPadam
  13. Class sejak dah jadi Carboy ni hehehe makin laris.. Kita nak juga dapat bawa kereta baru terutama jenama Volkwagen ni menarik dan selesa hehehehe..

    BalasPadam
  14. apooo tajuk macam tajuk filem hahahaha..volks la kamommmm the best model car on the road kot..dah la cantik, sexy bagai..spec lagilah perghh...cuma harganya org have have jer mampooo hahahah

    BalasPadam
  15. Great tips I love to car pool too, especially with friends trips like that are aalways fun!

    BalasPadam
  16. Menarik keretanya.. malangnya, bro dah masuk fasa kena cari kereta 4x4 yang bersesuaian dengan kerjaya la nie...

    If ada duit lebih nnt, boleh la sambar kereta nie pula

    BalasPadam
  17. Minat juga kereta volkswagen ni smart. Nampak kecil tapi sebenarnya luas juga. Nak beli tak mampu huhuhu

    BalasPadam
  18. Senang baca kisah dan trick persahabatannya. Apalagi jika bisa melakukan perjalanan kemana mana bersama sahabat dengan mobil andalannya Volkwagen

    Angkut kite juga dong hehee

    BalasPadam
  19. Sy pun tengah survey nak beli kereta baru. Macam best je kereta volkswagen ni. Sporty ya. Nnt sy singgah branch figure out. Thank you for the info.

    BalasPadam
  20. Yang gambar last tu mesti tangan Mawardi. Hahaha! bestnya dapat test drive VW. Memang kerata idaman aku. Selesa, cekap dan sporty jugak!

    BalasPadam
  21. Point nombor satu take turn drive tu memang susah nak apply. Tak tau kenapa roomate saya taknak take turn, asyik dia je yang nak drive walaupun mengantuk. Sabar je la..

    BalasPadam
  22. Part yg menarik tempat bukak bonet dia tu.. ingat logo VW tu semata, rupanya ada function kan wak...teringinnya nak bawak kete ginih.

    BalasPadam
  23. Doakan ye Rawlins berjaya sambar salah satu VW nie ye - ngah kumpul duit nie sebab terpikat giler! Sexy, safe and surreal tau pengalaman dribe VW!

    BalasPadam
  24. The car design look good and the boot is spacious. I like the smooth and silent of their engine. Sure comfortable the seat area. Will consider this car if I want to change new car

    BalasPadam
  25. Memang best la kalau dapat drive kereta ini pergi outstation. Smooth je journey and the car space also just right.

    BalasPadam
  26. Btul..kalau car pooling tu kenalah sama2 byr apa yg patut..jgn buat pekak bdak ja xnak bayar..kesian kt driver...
    Nak2 naik kereta sedap mcm VW ni kan..lagi la..kena sedor skit diri tu mnumpang kan..hahah

    BalasPadam