Ticker

6/recent/ticker-posts

LEGO NINJAGO SPINJITZU MASTERS CHALLENGE


LEGO merupakan sebuah jenama eklusif yang mempunyai peminatnya tersendiri. Malah, ada di antara peminatnya sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk memiliki koleksi tertentu. Ninjago merupakan salah satu koleksi yang sangat popular di Malaysia.

LEGO NINJAGO SPINJITZU MASTERS CHALLENGE

Sempena pelancaran set terbaru LEGO Ninjago Spinjitzu Masters Spinner, LEGO Malaysia membawa semangat ninja tu ke majlis LEGO Ninjago Spinjitzu Masters Challenge yang diadakan di Midvalley Megamall pada 14 Mac sehingga 25 Mac 2018.


Anda juga berpeluang untuk lihat dan belajar trick and skills berkaitan di LEGO Ninjago Spinjitzu Masters Challenge ni. Belajar untuk palm spin ke, the orbit, the Zen, the LeapFrog, dan pelbagai lagi skill-skill seorang Spinjitzu! *kami yakin bahawa kanak-kanak mesti suka


Satu set Spinjitzu Spinner ni termasuklah LEGO brick handle, spinner dengan kapsul minifigure, dan rip cord. Dalam bahasa mudah, ianya merupakan permainan gasing moden yang sangat unik, ergonomik dan selamat untuk kanak-kanak. Selain daripada kanak-kanak boleh bermain dengan spinner masing-masing, mereka juga berpeluang untuk menang goodies dan berjumpa dengan ninja Kai, Jay dan Llyod!


Terdapat 3 kawasan untuk bermain di LEGO Ninjago Spinjitzu Masters Challenge; the training dojo, practise dojo, dan spinjitzu battle arena. Kanak-kanak yang nak main akan mengikuti latihan dan berlawan mengikut susunan yang telah ditetapkan. Siap ada coach kot akan ajar skill-skill hebat. Tak lupa juga kalau beli playset LEGO Spinkitzu Masters masa event ni, boleh dapat harga promosi atau menangi pelbagai hadiah eksklusif. Jadi apa tunggu lagi? cepat dapatkan koleksi anda sekarang!!



LEGO Ninjago Spinjitzu Masters Challenge:

Tarikh: 14 Mac - 25 Mac 2018
Waktu: 10 pagi - 10 malam
Lokasi: Centre Court, Ground Floor, Midvalley Megamall

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. wah menarik juga ye lego ninjago spinjitzu masters spinner ni kan. Anak-anak mesti suka kan. Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam