Ticker

6/recent/ticker-posts

KETAHUI LOKASI UNTUK TUKAR DUIT MURAH DI KUALA LUMPUR

Nak travel dan tak tahu nak tukar mata wang asing yang murah di Kuala Lumpur? Jangan risau, kerana di entry kali ini, saya akan senaraikan beberapa lokasi pengurup wang atau lokasi untuk tukar duit murah di kawasan Kuala Lumpur 



Perlu diingatkan, lokasi yang disenaraikan ini bukanlah dijanjikan sentiasa murah, tapi dari segi pemerhatian dan pengalaman saya sendiri lokasi - lokasi ini sentiasaa mendapat perhatian pengunjung dan para pelancong. Harga pun not bad! 


1. Mid Valley Mega Mall Bangsar

Menduduki tempat teratas, lokasi ini sentiasa mendapat kunjungan daripada para pelancong dan mereka yang ingin travel ke luar negara. Untuk kesini, dinasihatkan untuk datang awal kerana sebaik sahaja kaunter dibuka, anda akan melihat orang ramai beratur panjang untuk tukar duit 



Landmark : Berhampiran Maybank dan eskalator 


2. NU Sentral, Kuala Lumpur 



Berdasarkan pengalaman dan tinjauan, terdapat beberapa pengurup wang disini. Antara yang selalu mendapat sambutan adalah kedai yang berwarna jingga dan merah. Tips bila datang kesini. Survey semua kedai disini sebelum menukar wang 

Landmark : Ground Floor 

3. IOI City Mall Putrajaya 

Kebanyakan traveller dan juga backpackers memilih lokasi ini untuk tukar duit murah. Ada yang kata rate nya sama seperti di Mid Valley

Landmark : Berhampiran Big Apple 

4.  Jalan Masjid India, Kuala Lumpur 

So far tak pernah lagi ke sini, tapi menurut info Jalan Masjid India juga merupakan salah satu lokasi popular untuk tukar duit 

Landmark :   Ground Floor Selangor Mansion


5. Bangunan PKNS Shah Alam 

Untuk orang Shah Alam, bolehlah tukar duit disini. Kalau dibandingkan antara pengurup wang di Shah Alam, boleh dikatakan disini yang paling murah 

Landmark : Tingkat 1 sebelah Pejabat Pos 


Tips matawang asing : Jika terdapat lebihan berbelanja, sebaiknya jangan tukar duit matawang asing ke duit tempatan dahulu. Sebaiknya tunggu semasa matawang sedang turun, ketika itulah tukar duit matawang tersebut. Berbaloi!

P/S : Kalau anda ada lagi pilihan lokasi money changer yang murah, boleh tinggalkan di ruangan komen 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Dulu selalu tukar di midvalley. Tapi sekarang dah tukar di nu sentral. Not bad jugak rate dia. Rendah dari tempat-tempat lain dab queue tak panjang

    BalasPadam
  2. Ampang Park,tepi tangga muroh jugok.

    BalasPadam
  3. Sunway Pyramid... Marrakesh level...

    BalasPadam
  4. ampang park - antaraduit agensi (tepi tangga)

    BalasPadam