Sudah baca artikel tentang 12 Aktiviti Menarik Warna-Warni Aidilfitri 2017 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur? Kalau nak tahu, sempena Warna-Warni Aidilfitri 2017 yang bertemakan nostalgia kampung, satu pertandingan video kreatif juga diadakan. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1000 untuk 3 pemenang bertuah dan RM500 untuk seorang pemenang bagi kategori video dengan "LIKE" tertinggi.
![]() |
Aktiviti menganyam ketupat |
Untuk sama-sama memeriahkan pertandingan video kreatif Warna-Warni Aidilfitri 2017 anjuran pihak Kraftangan Malaysia, kami pun tak melepaskan peluang untuk turut serta. Kalau korang berminat nak tengok video-video peserta lain, boleh search hashtag #ContestWWA2017 di instagram ataupun facebook. Kalau jumpa video kami tu, jangan lupa tonton dan sumbangkan like ye, hehehe.
Jom, kami kongsikan antara video penyertaan yang kami hantar untuk contest kali ini. Cekidout!!!
VIDEO 1
VIDEO 2
VIDEO 3
Jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk memeriahkan lagi Warna-Warni Aidilfitri 2017. Bermula 1-12 Jun 2017, dari jam 10 pagi sehingga 8 malam setiap hari. Macam-macam ada. Jumpa di sana!!!!!
0 Ulasan