Ticker

6/recent/ticker-posts

26 TEMPAT MENARIK DI KELANTAN WAJIB KUNJUNGI

sumber: wikipedia


26 Tempat Menarik Di Kelantan Wajib Kunjungi | Kelantan Darul Naim atau nama pendek negeri ini adalah Kelantan juga dikenali sebagai Kelate dimana Kelantan ini terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan Negara Thailand iaitu Narathiwat. Untuk pengetahuan semua, Kelantan ini merupakan negeri yang kaya dengan sumber pertanian dan membentuk banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Disebabkan itu juga, negeri Kelantan ramai penjual yang sangat arif dan tekun tanpa mengira masa.


Jadi di sini, admin ingin berkongsi 26 tempat menarik di Kelantan yang wajib korang pergi. Lagi-lagi dah nak pulang ke kampungkan. Mana tahu ingin meluangkan masa bersama keluarga atau sahabat handai semasa pulang beraya nanti.

Sumber: Kampung Kraftangan


Antara 26 tempat menarik di Kelantan yang wajib dikunjungi adalah:-
  1. Menara Tinjau yang terletak di Padang Merdeka atau Merdeka Square di tengah bandar Kota Bharu;
  2. War Museum (Bank Kerapu) yang dibina pada tahun 1912;
  3. Masjid Muhammadi pada asalnya telah dibina menggunakan kayu pada tahun 1867 dan kini hampir keseluruhan menggunakan batu-bata serta masih berguna kepada orang ramai sehinggia kini;
  4. Istana Jahar ini telah dibina pada tahun 1887 oleh Sultan Muhamad sendiri dan pelbagai adat dipersembahkan;
  5. Istana Batu ini telah dibina pada tahun 1939 semasa pemerintahan Sultan Ismail;
  6. Kampung Kraftangan terletak di Kota Bharu yang menjadi tarikan orang Kelantan sendiri terutama dengan Nasi Ulam Cikgu dan pelbagai seni kraftangan yang ada di sini;
  7. Pasar Siti Khadijah adalah tempat membeli-belah bagi mereka yang ingin membawa pulang makanan dari Negeri Che Siti Wan Kembang sebagai cenderahati;
  8. Muzium Kelantan;
  9. Gelanggang Seni terletak di luar Kota Bharu yang membawa pengunjung ke satu destinasi pelancong yang bakal membuat pengunjung akan teringat sampai bila-bila;
  10. Pasar Wakaf Che Yeh terletak 4 kilometer dari Kota Bharu dan sempadan Thailand. So di sini pegunjung boleh membeli dan perhati bagaimana orang Kelantan berniaga;
  11. Rantau Panjang di mana di sini adalah kawasan bebas cukai dan selamat membeli-belah semua;
  12. Sitting Buddha Temple (Wat Machimmaram) yang terletak di Tumpat di mana patung berketinggian 30m dan berkelebaran 18m;
  13. Pengkalan Kubor juga adalah kawasan bebas cukai yang terletak bersempadan Thailand;
  14. Dragon Boat Temple (Wat Mai Suvankhiri) terletak di Tumpat;
  15. Muzium Wau Kelantan terletak di Pantai Sri Tujuh;
  16. Pantai Cahaya Bulan hanya terletak 10km dari Kota Bharu;
  17. Reclining Buddha Temple (Wat Photivihan) terletak di bandar Tumpat dibina pada tahun 1973.
  18. Kelantan State Art Gallery di Jalan Hospital sebelah kanan Kelantan Tourist Information Centre;
  19. Pantai Irama di Bachok; 
  20. Gua Ikan, Gua Batu Susun dan Gua Keris perlu menaiki bot merentasi Sungai Galas;
  21. Masjid Kampung Laut dibina di Kampung Laut dan berusia 300 tahun;
  22. Sungai Nenggiri dan Gua Cha untuk melihat keindahan alam dan hidupan liar (wildlife);
  23. Tasik Pergau;
  24. Kuala Loh National Park;
  25. Gunung Stong; dan
  26. Swee Nyet Kong Temple.

So, antara 26 tempat menarik di Kelantan ini dah berapa tempat korang dah pergi? Seronok tak Kelantan?

Catat Ulasan

4 Ulasan