12 AKTIVITI MENARIK WARNA-WARNI AIDILFITRI 2017 DI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

12 Aktiviti Menarik Warna-Warni Aidilfitro 2017 Di Kompleks Kraf Kuala Lumpur | Untuk makluman semua yang masih belum biasa dengan Warna-Warni Aidilfitri 2017 ini, telah memasuki penganjuran edisi ke-13 untuk tahun ini di mana telah berlangsungnya Sidang Media di Kompleks Kraf Kuala Lumpur  Warna-Warni Aidilfitri 2017 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Mas Ernieyati Binti Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Sumber foto: Facebook Kompleks Kraf Kuala Lumpur


Info berkenaan Warna-Warni Aidilfitri 2017:

  1. Pelbagai juadah, busana, perhiasan rumah boleh didapati di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula 1 Jun 2017 hingga 12 Jun 2017.
  2. Konsep yang diterapkan pada edisi kali ini adalah Nostalgia Kampung yang mengembalikan kenangan berhari raya di kampung dengan penerapan unsur kemeriahan, kerjasama serta uniknya beraya di kampung walaupun berada di perantauan dan kepada yang tidak berkesempatan beraya di kampung, konsep ini memberi pendidikan dan nilai-nilai murni sambutan hari raya Aidilfitri.

Sumber foto: Facebook Kompleks Kraf Kuala Lumpur

12 aktiviti menarik dan membawa kelainan di Warna-Warni Aidilfitri 2017:

  1. Jualan Kraf & Perkhidmatan Aidilfitri
  2. Pameran & Jualan Produk Rekaan Baru Aidilfitri
  3. Pameran Kraf Warisan Aidilfitri
  4. Demonstrasi Produk Kraf
  5. Interaktif Kraf - 'Adunan Kraf Memeriahkan Raya'
  6. Aroma Aidilfitri / Fresh From The Oven
  7. Gema Aidilfitri
  8. Aktiviti Galakan Pengunjung
  9. Cabaran Rentap Raya
  10. As Salam Ya Ramadhan
  11. Gaya Raya
  12. Lawatan Berpandu Berkumpulan
Waktu operasi: 10 pagi - 8 malam
Melibatkan 200 para usahawan

Jadi, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula 1 Jun 2017 hingga 12 Jun 2017 untuk pelbagai aktiviti yang ada di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Kalau rasa tahun ini nak beraya dengan pebagai barangan hasil seni kraf di sini jadi inilah peluangnya. Pelbagai busana, juadah dan kuih raya turut dijual. Paling penting korang jangan lupa untuk mencuba RENDANG TOK di sini. Sedap dan padu ! Selain itu, ada demonstrasi kuih tradisional dan masakan. Jadinya masa inilah kita nak belajar memasak dan cedok ilmu dari usahawan yang berjaya.

Sumber foto: Facebook Kompleks Kraf Kuala Lumpur


Akhir kata saya, martabatkan kraftangan Malaysia dan hasil seni para usahawan kraf yang ada di Malaysia. Di samping itu, dapat meningkatkan ekonomi negara Malaysia serta minat terhadap kraftangan yang ada di Malaysia. Untuk makluman semua, selain daripada pelbagai aktiviti yang ada di sana, jangan lupa untuk join pertandingan-pertandingan yang ada seperti pertandingan rumi ke jawi dan pertandingan video kreatif. Besnya! Hadiah dia sangat lumayan. Seperti yang saya maklumkan tadi, anda juga boleh dapatkan pelbagai barangan hasil seni kraf iaitu kelengkapan persiapan hari raya. Jangan lupa tau set jadual anda sebelum pulang ke kampung. 


Maklumat lanjut boleh rujuk di facebook Kompleks Kraf Kuala Lumpur


Catat Ulasan

0 Ulasan


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com