Ticker

6/recent/ticker-posts

FENOMENA KUIH KERIA ANTARABANGSA HAJI JALIL, LIMBONGAN, MELAKA

Fenomena Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil, Limbongan, Melaka tidak akan anda tahu sekiranya anda tidak mencuba untuk rasai sendiri pengalaman beratur, menunggu, membeli dan merasai kuih keria gula Melaka yang viral saban hari. Kunjungan team Projek Travel ke Melaka baru-baru ini telah memberi ruang dan peluang untuk kami mencuba sendiri pengalaman menjadi pelanggan di kedai Kuih Keria Antarabangasa Haji Jalil yang terletak di Jalan Klebang, Kampung Limbongan, Melaka.




Untuk perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan 5 perkara yang anda perlu tahu tentang Kuih Keria Antrabangsa Haji Jalil, Limbongan, Melaka. Kalau rasa berguna, bolehlah baca sampai habis. Kalau rasa tak berguna, baca juga sampai habis. Kah3! Kalau malas baca, boleh tengok video rakaman kami ketika beratur menunggu giliran mendapatkan kuih keria gula Melaka yang menjadi idaman setiap orang. Enjoice!






#1 Wujud sejak 40 tahun lalu

Tahukah anda? Kuih Keria Antrabangsa Haji Jalil di Limbongan, Melaka ini sudahpun wujud sejak 40 tahun yang lalu. Demi menyara 6 orang anak, Haji Jalil beralih angin dari seorang nelayan kepada seorang penjual kuih keria. Haji Jalil mula belajar cara membuat kuih keria gula Melaka daripada ibunya dan memulakan perniagaan di depan rumah. Bermula dari 20 biji sehingga 100 biji sehari pada harga serendah 5 sen, kini lebih 1000 biji kuih keria gula Melaka dihasilkan untuk sehari dengan harga 50 sen sebiji. Kuih keria Haji Jalil mula menjadi viral bila beliau improvise resipi asal yang menggunakan gula putih kepada gula Melaka untuk menghasilkan kuih keria. 





#2 Diiktiraf sebagai produk pelancongan Negeri Melaka

Bila dah famous, mesti ramai yang tercari-cari. Termasuklah kami, team Projek Travel. Gigih datang dari Kuala Lumpur untuk bercuti di Melaka. Di hari ke-2 kami di sana, terus terjah ke Kuih Keria Antrabangsa Haji Jalil. Hebat betul penangan kuih keria gula Melaka di sini. Dengar kata, ramai pelancong dari Singapura pun datang semata-mata untuk merasai sendiri kuih keria gula Melaka hasil air tangan Haji Jalil. Wow! Tidak hairanlah bila kerajaan Melaka sendiri mengiktiraf Kuih Keria ini sebagai salah satu produk pelancongan di Melaka.





#3 Tips membeli Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil

Bagaikan satu fenomena. Semua orang sanggup beratur selama 1-2 jam semata-mata untuk merasai sendiri kuih keria paling famous. Walaupun waktu operasi bermula jam 1 tengah hari, dinasihatkan korang datang awal. Biasanya, dalam 12:30 tengah hari dah ramai orang start beratur. Jadi, tips penting untuk anda yang berhajat nak pergi beli sendiri kuih keria ni, datanglah awal. Selain itu, kalau boleh sila siap-sedia bawa payung dan kipas untuk kurangkan bahang kepanasan di siang hari ataupun standby payung takut-takut hujan. Hati kena kental, jangan mudah give up kalau tengok ramai orang beratur atau mengambil masa untuk menunggu. Demi sesuap kuih keria yang famous, korang kena cekal dan tabah, hahaha.





#4 Nak beli ada limit

Jangan ingat bila dah sampai turn kita untuk membeli kuih keria gula Melaka, kita boleh order sesuka hati. Jangan pernah berangan nak beli setalam kuih keria gula Melaka di sini untuk orang kampung. Sebabnya, mereka dah letakkan limit atau had tertentu untuk setiap pelanggan. Kalau korang menjadi orang yang terawal, maksimum setiap orang boleh beli adalah 20 biji sahaja. Kalau kurang bernasib baik, just in case korang menjadi orang-orang terakhir, hanya 5 biji seorang je yang dapat. Untuk anda yang datang, time nak beratur tu kalau nampak stock kuih keria gula Melaka dah nak habis, pak cik Haji Jalil sendiri akan datang suruh korang balik. Percayalah! Time ni, korang kena terima hakikat ye. Tak payah nak mengamuk ke apa. Balik lah nak, datang lagi di lain masa.




#5 Nikmati kuih keria gula Melaka tanpa rasa simpati

Dah dapat kuih keria gula Melaka yang diingini tu, cepat-cepat balik. Jangan gatal-gatal duk makan atau tayang-tayang depan orang yang tengah beratur. Takut nanti, ada pula yang mengidam tengok dan datang minta nanti. Nasihat kami untuk korang yang dah nak sampai ke kaunter pembelian, atau baru saja dapat beli kuih keria tu, hati kena kental. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian kami sendiri, akan ada golongan yang malas nak beratur. Lepas itu, mereka akan datang merayu dekat kita minta simpati untuk share dengan mereka. Jangan layan! Nak, sila beratur. Bukan nak bersikap kejam, cuma kena bersikap adil untuk keadaan sebegini. Kalau orang lain boleh beratur, menunggu berjam-jam, kenapa anda tak boleh? Kalau malas nak beratur, sila uli tepung, lenyek ubi keledek dan buat sendiri. 


Okay, cukup 5 perkara yang anda perlu tahu sebelum anda bertandang ke Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil di Limbongan, Melaka. Macam mana, ada berani nak pergi redah lautan manusia semata-mata mendapatkan kuih keria gula Melaka? Apa kata anda? Jom, saksikan video yang sempat kami rakam sewaktu kunjungan kami ke sana.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. amboihhh, viral betul kuih keria pakcik ni.. sampai macam tu sekali ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, first time singgah sini memang terkejut. Ramai betul beratur nak beli kuih keria dia

      Padam