Ticker

6/recent/ticker-posts

MYFOODLOFT : MASAKAN PELBAGAI NEGERI



Pada 24 Dec 2016 yang lepas, Majlis pelancaran MyFoodLoft KL dan Food Fiesta serta majlis menandatangani momerandum persefahaman telah dilansungkan dan disempurnakan oleh Datuk Haji Ab Ghaffar Bi A. Thambi, Ketua Setiausaha Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Di MyFoodLoft bakal menyajikan sehingga 1,500 jenis menu makanan yang dijamin HALAL. Kepelbagaian menu termasuk hidangan tempatan, barat dan Asia boleh didapati di MyFoodLoft ni. MyFoodLoft terletak di Capsquare Jalan Mushi Abdullah iaitu hanya bersebelahan Jakel Mall. Menu yang ada di MyFoodLoft ni adalah dengan harga yang berpatutan.


Untuk pengetahuan korang, MyFoodLoft ini akan mula dibuka sepenuhnya pada Mac 2017, dijadualkan beroperasi seawal jam 7 hingga 2 pagi pada setiap hari.

Catat Ulasan

1 Ulasan