Ticker

6/recent/ticker-posts

TARIAN DAN BUDAYA ORANG ASLI MAH MERI DI PULAU CAREY | RENTAK SELANGOR


TARIAN DAN BUDAYA ORANG ASLI MAH MERI DI PULAU CAREY | RENTAK SELANGOR | Malaysia sememangnya cukup popular dengan dengan kepelbagaian bangsa dan suku kaum. Melayu, Cina, India dan bumiputera di Sabah dan Sarawak merupakan majoriti populasi kaum yang terbesar menjadikan budaya dan perpaduan masyarakat lebih unik. Selain dari kaum-kaum yang dinyatakan, tidak ketinggalan dengan kaum orang asli yang kebanyakannya masih tinggal secara tradisional di beberapa lokasi terutama hutan pedalaman.


Sempena program Rentak Selangor yang dianjurkan oleh Gaya Travel baru-baru ini, sempat juga kami berkunjung ke salah sebuah lokasi dimana wujudnya suku kaum orang asli yang diberi nama Mah Meri. Kehadiran kami ke Pulau Carey Selangor dimana lokasi mereka menetap di sambut dengan meriah.


ORANG ASLI MAH MERI PULAU CAREY

Mah Meri bermakna "Orang Hutan" sementara dalam istilah bahawa Mah Meri disebut "bersisik". Mereka juga dikenali sebagai Orang Laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai nelayan. Mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh._wikipedia


Ramai di antara mereka kreatif mengukir patung-patung yang dibuat daripada kayu. Ukiran mereka berbentuk dewa-dewa , manusia , alam flora dan fauna. Objek yang cukup menghiburkan ialah patung anak kera yang bergayut pada emaknya. Patung-patung ini mendapat pengiktirafan UNESCO

pengukir patung kayu kaum mah meri

Kaum Mah Meri bukan sahaja popular dengan hasil ukiran kayu mereka malah budaya dan tarian tradisi mereka juga telah mendapat perhatian masyarakat luar. Salah satu tarian yang terkenal daripada kaum Mah Meri ini adalah tarian topeng yang dipanggil Mayin Jo-oh sebagai tarian tradisional yang dipersembahkan untuk menjemput roh-roh nenek moyang mereka untuk datang turut serta dalam temasya.


TARIAN MAYIN JO-OH


Dalam tarian Mayin Jo-oh ini, 2 watak penari lelaki memakai topeng iaitu Tok Pongkol dan Tok Nani yang membawa identiti tersendiri dengan pergerakan dan gerak isyarat yang mengaitkan sesuatu peristiwa.

watak penari lelaki memakai topeng iaitu Tok Pongkol dan Tok Nani

Jali sebagai watak Tok Pongkol (kiri) dan Alias sebagai watak Tok Nani (kanan) dari kaum Mah Meri.

Penari-penari perempuan pula akan memakai skirt  dan hiasan kepala yang dibuat dari anyaman daun mengkuang. Para penari perempuan ini akan menari dengan gerakan lawan arah jam di sekitar sebuah bukit Gili, dipanggil Busut.

penari wanita kaum mah meri

Penari lelaki yang bertopeng pula akan melakukan hal berbeza dengan gerakan mengikut arah jam di sekitar wanita.


Video tarian tradisional kaum Mah Meri Jo-oh yang ditarikan oleh kaum asli Mah Meri sendiri lengkap dengan pakaian tradisi mereka.

Tarian ini disempurnakan dengan lagu yang dinyanyikan oleh salah seorang pemain muzik mereka dan muzik pula dihasilkan dari peralatan tuntog (buluh), Jule (viola), tambo (gendang dua muka) dan a-tawa (gong tembaga).




Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Rentak Selangor, iaitu lawatan media yang diadakan pada 1 hingga 4 Disember 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan disokong oleh PUSAKA sempena mempromosikan Negeri Selangor.



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Cantik! Harap-harap tahun depan sempat pergi tengok sambutan Hari Muyang Mah Meri.

    BalasPadam
  2. jemput datang lagi
    sambutan hari moyang pada 26 Februari 2017

    BalasPadam