Ticker

6/recent/ticker-posts

POJA TARIAN TRADISI MASYARAKAT BUGIS DI ISTANA | RENTAK SELANGOR



POJA TARIAN TRADISI MASYARAKAT BUGIS DI ISTANA | RENTAK SELANGOR | Sebelum ini kami pernah mengikuti lawatan media ke Kampung Sungai Kuali di mukim Kukup, Johor untuk melihat sebuah rumah Seri Salewangeng’ yang merupakan sebuah rumah tradisional dari masyarakat Bugis. Rumah ini bukan sahaja masih elok di luaran malah kelengkapan yang ada di dalamnya juga masih mengekalkan barangan-barangan dan perabot lama.




Berbeza dengan lawatan media kali ini, kami telah dibawa ke negeri Selangor dimana terdapat juga sebilangan orang Bugis yang menetap di sini. Lawatan kali ini memberi peluang kepada kami mengenali asal usul masyarakat Bugis dengan lebih mendalam khususnya di Selangor. 

ORANG BUGIS

Orang Bugis mula tiba di Selangor (Sungai) pada lewat abad ke 17. Pada tahun 1681 telah muncul petempatan orang bugis di Kuala Selangor. Kedudukan orang bugis di Selat Melaka menjadi lebih kukuh bila Daing Merewah dilantik sebagai Yam Tuan Muda di Johor pada tahun 1721. Pada tahun 1742, Raja Lumu (Putera Daing Chelak) telah dilantik sebagai Raja Selangor. Sementara itu orang bugis telah juga menguasai kawasan Klang. Ketua orang Bugis di sana dikenali sebagai Raja Tua. Selain daripada mempunyai petempatan di Linggi (Kuala). Pada tahun 1766, Raja Lumu memakai gelaran Sultan Salahuddin setelah ditabalkan di Kota Lumut, Perak.


Prof. Dr. Haji Mohd. Lahir bin Haji Maharam, (berbaju kuning) pakar tari Bugis dari Persatuan Melayu Bugis Selangor

Berdasarkan sejarah kedatangan Orang Bugis di Negeri Selangor inilah, kita dapat mengetahui mengapa dan bagaimana terdapatnya kesan peninggalan Bugis di Negeri Selangor. Diantara kesan peninggalan Orang Bugis di Negeri Selangor ialah dalam bidang kesenian iaitu bidang seni tari. Antara salah satu dari tarian orang Bugis yang cukup popular adalah tarian poja.

TARIAN POJA


Untuk pengetahuan korang, tarian poja merupakan sebuah tarian yang sangat popular di Negeri Selangor. Tarian poja juga merupakan sebuah tarian yang beridentitikan atau melambangkan budaya Negeri Selangor. 


Poja asal dari perkataan Bugis yang bermaksud puji-pujian. Ini kerana, Tarian pooja merupakan sebuah tarian yang ditarikan sambil memuji-muji Sultan. Tarian ini di persembahkan semasa Sultan sedang bersantai atau berehat.

Pada masa kini, tarian poja dipersembahkan dipermulaan atau diawal sesuatu majlis sebelum majlis tersebut berlangsung. Tarian pooja juga menjadi tarian yang mengalu-alukan kedatangan atau simbolik ucapan selamat datang kepada para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.


Gerakan asas yang wajib ada dalam setiap tarian Bugis

Pada masa dahulu, tarian poja merupakan sebuah tarian yang hanya dipersembahkan di dalam Istana untuk Kerabat-Kerabat Diraja sahaja bagi meraikan sesebuah keramaian. Ini kerana, tarian poja merupakan sebuah tarian Istana yang dijaga mutu dan nilai keseniannya oleh kerabat-kerabat diraja. Pada masakini, Tarian poja bukan lagi merupakan sebuah tarian istana sebaliknya boleh dipersembahkan dimana-mana dan dipertontonkan oleh sesiapa sahaja. Tarian poja ini ditarikan oleh jumlah penari yang tidap genap, kerana sebab-sebab tertentu.

Diharap tarian ini dapat dipelihara agar ianya tidak pupus untuk dipertontonkan kepada generasi-generasi akan datang.

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Rentak Selangor, iaitu lawatan media yang diadakan pada 1 hingga 4 Disember 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan disokong oleh PUSAKA sempena mempromosikan Negeri Selangor.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. ooo wow.. selama ni x ambil tau sgt kisah masyarakat bugis. menarik juga ya.

    org bugis cengeh.. tau apq cengeh.. google..hahaha

    BalasPadam
  2. sy berminat untuk buat research mengenai tarian poja, boleh bgi number utk dihubungi ?

    BalasPadam