Ticker

6/recent/ticker-posts

GLAMPING LOST WORLD OF TAMBUN: KENAPA KAMI KATA PENGALAMAN 5 JUTA BINTANG?


Penginapan hotel menjadi suatu kemestian setiap kali pengembaraan team Projek Travel di dalam mahupun di luar negara. Ingin mencipta kelainan, kali ini kami menjengah tawaran Glamping (Glamorous Camping) dalam hutan belantara di Lost World of Tambun, Ipoh! Tidur dalam khemah? Panas tak? Nyamuk banyak tak?



Nah, kami BERANI JAMIN ianya pengalaman 5 JUTA BINTANG! Kenapa?

10 SEBAB berikut bakal buatkan kamu mahu menyertai percutian Lost World Glamping - perkhemahan glamor, you!


1. HARGA MURAH dan BERBALOI!

Pakej bermula serendah RM388 untuk 2 orang dewasa dalam sebuah khemah lengkap seperti kamar hotel! (termasuk 1 King Bed, Buffet Sarapan untuk 2 orang, Tiket Masuk ke Taman Tema selama 2 hari untuk 2 orang bernilai RM240). Lebih menarik, tidur kamu bakal dihiasi dengan kerlipan bintang gemilang dan bunyian semulajadi; damai dan menenangkan!


2. TIADA Nyamuk mahupun Unggas dan SEJUK!

Ya, memang langsung tiada nyamuk mahupun unggas yang hadir ke persekitaran kawasan perkhemahan. Terima kasih kepada Lost World of Tambun yang menanam tanaman wangian pandan. Buat yang mahu melepak di luar khemah pada waktu malam, kamu langsung tidak perlu risau untuk mencalit 'mosquito repellant'; malah kami bersembang di luar khemah sehingga pagi!



3. Bilik mandi yang AWESOME berkonsep semulajadi!

Benar, alami sendiri mandian air panas di bilik mandi (luar khemah) berlatar-belakangkan hutan semulajadi berusia ribuan tahun. Acapkali menggunakan bilik air hotel, pastinya kelengkapan mandi sebegini menimbulkan keterujaan apatah lagi sinki dibina di hadapan hutan mini dengan konsep set perlombongan bijih timah zaman dahulu!


4. Bilik yang BESAR dan LUAS (SPACIOUS!)

Pelbagai saiz khemah tersedia untuk pilihan kamu; sama ada berdua atau berempat buat yang menginap secara berkumpulan! Setiap khemah dilengkapi dengan tetingkap boleh tutup, rasai pengalaman tidur dengan tingkap yang dibuka ke arah pemandangan hutan malam yang dilimpahi lampu limpah ‘spotlight’, pasti ianya bakal mengujakan kamu!


5. Staff yang PERAMAH, Kemudahan BUGGY CAR, Fasiliti LENGKAP!

Benar, kamu akan diawasi oleh staff yang peramah 24 jam selama menginap di Lost World Glamping ini. Minuman 3-in-1 dengan air panas turut tersedia di gazebo khas pada bila-bila masa. Malah, kamu boleh mendapatkan khidmat kenderaan Buggy untuk ke mana-mana di dalam kawasan taman tema Lost World of Tambun pada bila-bila masa yang diinginkan. To cut short, segalanya PAKEJ LENGKAP untuk yang mahukan gaya camping moden!


6. Nikmati Lost World Hot Spa di malam hari SAMPAI LEBAM!

Ya, kami serius tentang ini. Dengan pakej Lost World Glamping, kamu boleh menikmati segala-gala yang ditawarkan di sini sehingga taman tema ditutup. Dah tinggal di dalam kawasan taman tema, maka nikmatilah kemudahan istimewa ini semahu-mahunya (betul, part ini paling kami sukai!).


7. Pas masuk ke Lost World of Tambun untuk 2 Hari, GUNAKAN SAMPAI PUAS!

Tawaran pas masuk selama 2 hari ke taman tema Lost World of Tambun memastikan kamu menikmati kesemua tarikan di sini. Berhibur dengan persembahan Api, mandi-manda di tarikan ‘water slides’ yang pelbagai di siang hari, atau berkunjung ke petting zoo serta pameran haiwan liar lain termasuk Harimau Malaya! Malah, kamu boleh berulang-kali mencabar keberanian kamu dengan permainan ekstrim seperti Dragon Flight (Buaian Gantung), Ayunan Kapal serta Roller Coaster!



8. Pakej boleh disuai-padan dengan aktiviti kegemaran kamu!

Benar, krew Lost World of Tambun sedia untuk memenuhi segala aktiviti keinginan kamu. Sama ada menyelusuri Tasik dengan bot, mendaki Gua Datuk, mahupun melakukan aktiviti Flying-Fox atau Abseiling; istimewa buat pengembara yang menginap di Lost World Glamping ini!



9. Rehatkan minda dengan mengimbau zaman lampau, ianya begitu mendamaikan di persekitaran Glamping

Ya, kami dah cuba! Alami sendiri ‘feel’ di zaman lampau dengan menikmati secangkir kopi di Dulang Tea House sambal menonton televisyen atau minum petang di Ipoh Street!




10. Inilah masanya untuk kamu menjauhkan diri daripada peranti pintar!

Hah, kenapa macam tu? Buat kamu yang sibuk dengan pelbagai pekerjaan di luar, inilah masanya untuk memberi ruang rehat kepada diri kamu! Talian telefon asas (tiada talian 4G) di kawasan Lost World Glamping pastinya menawarkan ketenangan buat kamu tanpa perlu memikirkan pekerjaan di luar. Nah, kamu boleh berehat sepuasnya dengan gembira!


Cubalah rasai kelainan Glamping, pasti berbaloi dan buatkan kamu mahu mengulanginya lagi (dan kami memang rasa begitu!).


Maklumat lanjut berkenaan PAKEJ MURAH Lost World Glamping boleh dirujuk di sunwaylostworldoftambun.com


Catat Ulasan

1 Ulasan