Ticker

6/recent/ticker-posts

TONTON MACAM VIP BERSAMA SAHARUL RIDZWAN DAN MIA AHMAD

Tonton Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad | Bagi yang terlepas pandang, baru-baru ini portal video nombor satu Malaysia iaitu tonton yang mencatat rekod lebih daripada 5.9 juta pelanggan telah berjaya mencipta era baharu yang melanda dunia hiburan tanah air kita dengan menyajikan pelbagai filem dan drama tempatan dan antarabangsa.



Ya. Untuk pengetahuan korang semua, dua selebriti popular iaitu Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad telah dilantik sebagai duta tonton bagi program Bahasa Melayu sejak 20 April 2016 yang lalu. Selain itu, tonton juga melantik Soo Wincci dan Henley Hii sebagai duta untuk program Bahasa Cina. Rata-rata sudah ramai yang mengenali portal tonton video iaitu tonton. Baru-baru ini, beberapa program eksklusif untuk  Hari Kebangsaan telah disediakan seperti It's A Date, Cinta Roller Coaster dan Secret Lover. Selain itu, program eksklusif tonton seperti Hijab Chic yang menampilkan Mia Ahmad sebagai selebriti di dalam rancangan tersebut, Crazee Stupid Stuff menampilkan Sharifah Amani sebagai hos dan melakukan perkara diluar jangkauannya, 1001: Celebrity Encounters dan Cinta Masam Manis dimana anda tidak boleh lepaskan dan wajib tengok.



Bagaimana cara untuk anda tengok rancangan ini?
  • Anda boleh melanggan pakej VIP terbaharu serendah RM3  yang menawarkan program siaran langsung, saluran premium dan arkib video tonton melebihi 23,000 jam tanpa sebarang iklan.

Pelan langgan VIP bermula:-
  • RM3 - Sehari
  • RM5 - Seminggu
  • RM10 - Sebulan
  • RM96 - Setahun


Beberapa minggu lalu, kami team projek travel berpeluang turut serta semasa 'Sidang Media Tonton Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad' . Kami juga berpeluang beriadah bersama barisan crew-crew tonton dan selebriti yang hadir. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak tonton kerana sudi menjemput team projek travel tempoh hari. Bukan itu sahaja, kami pun berpeluang menginap di Desa Balqis Kuala Linggi,Melaka yang ditaja oleh tonton. Terima kasih sekali lagi kerana beri kami peluang bersama-sama memeriahkan majlis sidang media ini. Tema yang diketengah pada tempoh hari adalah #BerkampungMacamVIP . Sesungguhnya segala aktiviti yang disediakan serta penginapan membuatkan kami teringat pada kampung masing-masing serta aktiviti 20 tahun lepas. 


Barisan artis bersama crew tonton semasa aktiviti riadah 
Kelihatan Ruhainies dan Saharul Ridzwan semasa aktiviti riadah

Semangat abang Saharul kita

Mia Ahmad buat apa tu.

Sesi autograf duta tonton

Mia Ahmad

Saharul Ridzwan 
Tulang belakang tonton


Dengan menawarkan pelbagai program tempatan yang menarik dan hebat, tonton akan menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia di mana para pengguna boleh menonton program-program kegemaran mereka ikut keselesaan masing-masing, di mana sahaja mereka berada," kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7, 8TV & tonton turut menawarkan portal video sehenti untuk orang ramai, di mana mereka dapat menikmati pelbagai jenis pilihan program-program tempatan mahupun antarabangsa yang disediakan," tambah Airin. 





Terima kasih tonton jemput kami.

Antara drama yang wajib tengok!



Haaaa, so siapa dah daftar sebagai tonton VIP juga anda berpeluang mendapat baucer dari CJ WOW SHOP atau untuk maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk di sini

HASHTAG: #tontonMY #tontonMacamVIP
Hubungi: LIVE chat service / 03-2717 2020


Catat Ulasan

3 Ulasan